16 Jun 2010

Najib Bertanggungjawab Mufliskan Felda

Kerajaan pusat secara terbuka hari ini mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

“Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda),” kata Ahmad di Dewan Rakyat hari ini sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik.

Ketika bercakap pada sidang media selepas itu, Ahmad berkata, dana agensi itu digunakan untuk pelbagai projek.

“Sebanyak RM2 bilion digunakan untuk penanaman semula, deposit pulangan dan kos sokongan sara hidup bagi peneroka.

“Sejumlah RM603 juta digunakan untuk pinjaman perumahan bebas faedah manakala RM253 juta diperuntukkan sebagai dana khas untuk pembasmian kemiskinan di Sabah.

“Sebanyak RM662 juta dibelanjakan untuk membeli Menara Felda 50 tingkat,” katanya.

Ahmad menambah, meskipun simpanan tunai merosot tetapi aset Felda mengalami peningkatan.

“Simpanan tunai menurun RM2.37 bilion manakala aset meningkat RM6.2 bilion,” kata Ahmad.

Terdahulu Ahmad menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri yang mengemukakan soalan mengenai fitnah di internet bahawa adanya unsur salah guna kuasa di agensi pembangunan tanah itu.

Hamim merujuk kepada surat terbuka bekas menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong yang mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memufliskan Felda.

Tan yang merupakan ahli PKR yang aktif mendakwa tunai simpanan Felda sekitar RM4.5 bilion pada 2004 tetapi telah menurun sehingga RM200 juta. -TMI



1 ulasan:

  1. salam,

    saya dah list blog ni dalam blog saya, http://warta365.blogspot.com

    diminta jasa baik tuan listkan blog http://warta365.blogspot.com dalam blog tuan

    semua dijemput lepak di warta365.blogspot.com

    terima kasih.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.