10 Jun 2010

BN Akan Menjadi Pembangkang Di Parlimen Baru Putrajaya

Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.

“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

“Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik,” katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu dan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri berkata Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

“Bagaimanapun butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru dalam kawasan sedia ada bagi memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemudahan dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen.

“Kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal yang telah uzur. Cadangan ini telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Firasat GB: Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia seawal-awalnya selepas PRU13 DAN selewat-lewatnya selepas PRU14. Ini bererti Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah yang akan menggunakan Parlimen yang baru dan waktu itu BN adalah pembangkang. InsyaAllah.

Justeru itu, lebih cepat Parlimen disiapkan di Putrajaya lebih cepat PR akan membentuk kerajaan Malaysia Baru.

Kehendak, kuasa dan ilmu Allah, siapa yang dapat menandinginya?

6 ulasan:

  1. Salam,
    1.Kehendak, kuasa dan ilmu Allah, siapa yang dapat menandinginya...Ana sangat setuju....

    2.Tapi anta kenalah tengok pada fakta...spt sekarang dengan parti ketiga dalam PR apa PAS bole buat.....tak kan Ular lidi nak telan ular Sawa...

    3.Yg mampu dibuat ikut aja le....

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com,
    kubang kerian,kelantan

    BalasPadam
  2. InsyaAllah...kebenaran akan muncul.

    BalasPadam
  3. Seorang anak kepada YB PAS nak masuk ke perasmian Pemuda dan Muslimah PAS. Memang beliau adalah blogger kerana beliau yang update blog YB tersebut.

    Bila nak masuk dan minta PASS Media, depa kate BLOGGER TU APER?

    Yang lagi sorang. Blogger memang tak boleh masuk sebab yang boleh masuk mereka yang ada Tag Media daripada KDN sahaja.

    BalasPadam
  4. kata duit takde, nak bangkrap, kena tekan lagi rakyat supaya bagi duit kat kerajaan... ni nak bersenang lenang buat parlimen baru nih kepala bana apa??? besi, simen tengah mahal la nih... bengong!!!!

    BalasPadam
  5. inilah kerajaan bn yg suka bermegah-megah dan membazir. belum pun lama mewarkan negara akan bangkrap. dengan kabar nak beli 2 buah kapal tentera lagi dengan harga 2 billion

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.