Tiga ADUN Umno Bakal Lompat Parti, Politik Perak Bergolak Lagi
ercaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.
Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.
Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.
Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.
Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.
"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.
Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.
"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.
"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.
Ulasan GB
Sukar untuk diramalkan kerana Bapa Rasuah a.k.a. Bapa Judi akan melakukan apa saja untuk memujuk ketiga-ketiga ADUN itu kekal bersama BN.
Anyway best wishes to Perak's PR.

salam. poyo jugak PKR ni. nk kecoh2 buat pa? saja nk kasi gegar? aku sokong pakatan tp PKR ni poyo sikit la. nk sensasi ja kerjanya. kalo betul pn ada 3 UMNO nk lompat, diam2 uda la. bodoh pa bg tau. bila dah org tau , yg ada duit akan bt pa shj asal x jd lompat.
BalasPadamnk buat pa terima 3 katak yg x bersih? pasal apa skrg br nk lompat? hr tu krisis perak bercelaru x nk lompat pula? mungkin panas ati duit / projek ciput? aku paling tak suka kalo pikir pasal tembolok sendiri.
kalo 3 UMNGOK nak lompat, x payah join PKR la. kasi kotor pakatan ja. suruh ja mrk jd bebas.
yg dok buat pengumuman tu, ko org bgs buat kerja lain la. bgs bykkan jumpa rakyat. balik2 kasi 'gegar' ja x guna gak.
- jack
mungkin inilah balasan yang diterima oleh umno bee end berkat dari doa orang2 yang berserah kepada Allah segala2nya setelah berusaha untuk mempertahankan jawatan yang dipegang oleh pakatan rakyat. BAGI KITA ALLAH ADALAH SEGALA2NYA. TETAPI BAGI UMNO BEE END WANG ADALAH SEGALA2NYA DEMI UNTUK KEPENTINGAN DUNIA MEREKA SANGGUP GADAIKAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. BAGI KITA DARI PAKATAN RAKYAT PULAK INI ADALAH UJIAN DARI ALLAH JUA... MUNGKIN AKAN SAMPAI MASANYA KITA NAK DAPATKAN KEMBALI BUNGA DAN RAMA2 YANG CANTIK ITU.... SETELAH KITA DIUJI ..... INSYA ALLAH. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR..
BalasPadamSalam GB.
BalasPadamJika benar ianya terjadi Alhamdulillah.
TAPI kena cek KENAPA & MENGAPA ianya berlaku,Jika atas rasa merajuk MAKA tak perlu dilayan DAN JIKA ianya atas sebab hilangnya kepercayaan MAKA hendaklah ditapis dulu mereka-mereka ni.DAN benar ianya akan berlaku walau setelah di pereksa & diluluskan MAKA hendaklah diterima bersyarat sebagaimana Yb2 PR lakukan semasa dicalunkan sebelum PRU yang lalu.
YB Bota pernah malukan Kita apakah ini mahu diulangi lagi.
semua adun dan MP BN patut tawar lompat parti baru dapat keuntungan..
BalasPadam