Kementerian Pengajian Tinggi meminta institusi pengajian tinggi awam supaya tidak terlalu cepat mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang meluahkan pandangan berbeza dengan arus perdana dan dasar kerajaan ketika berdebat di Sudut Pidato.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pelajar untuk berpidato.
Beliau berkata, IPTA sebaliknya harus mewujudkan suasana yang lebih kondusif supaya pelajar tidak takut untuk menyuarakan apa saja pendapat mereka termasuk mengenai politik, bagi menyemarakkan budaya berfikir secara kritis di kalangan mereka.
"Saya nak ingatkan supaya sekiranya dalam Sudut Pidato itu pelajar menyuarakan sesuatu yang dianggap bertentangan atau berlainan jangan hukum. Kalau dia salah betulkan dengan cara yang bijaksana.
"Kalau kita mula menghukum siapa pun tak nak pergi ke Sudut Pidato, menghukum itu harus menjadi tindakan yang akhir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej Antarabangsa Taj, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Saifuddin sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila Sudut Pidato yang disediakan di IPTA tidak mendapat sambutan.
Antara sebab yang dikenal pasti ialah kebimbangan dikenakan hukuman sekiranya meluahkan pendapat berbeza dengan arus perdana.

Sudut Pidato IPTA ini wajar macam khutbah jumaat shj. Teks wajar disediakan oleh HEP dan pelajar hanya membacakannya shj.
BalasPadamPenyakit 'takut' akibat AUKU begitu mencengkam pentadbir, pensyarah dan pekerja IPTA.
Untuk maju, IPT wajar jadi tempat penyuburan idea2 baru berkaitan masyarakat dan negara. Namun, kongkongan kerajaan BN menyebabkan pengeluar idea baru dianggap sebagai penentang kepada penguasa.
Trajedi ini telah berlaku di zaman kegelapan eropah apabila idea baru yang bertentangan dengan gereja dan negara dianggap sebagai penderhaka. Akibatnya, eropah jauh tertinggal.
Eropah mula maju apabila mengikuti jejak langkah tamadun Islam yang menghargai idea dan merangsang penyuburan idea baru.
Adakah Malaysia akan jadi spt Eropada di zaman kegelapan ?