Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.
Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.
Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?
“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut beliau, kehadiran sebegitu ramai anggota polis di kawasan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sesak selain mengganggu perjalanan ceramah.
“Sebelum ini kita pernah buat ceramah di kawasan ini tetapi tidak ada pula begitu ramai anggota polis yang mengawal, mengapa keadaan itu berlaku sekarang?” katanya.
Beliau berkata, sekatan jalan raya itu bermula pada pukul 7 petang dan ia melibatkan laluan-laluan utama di Taman Dahlia.
“Sepatutnya mereka (polis) kekang jenayah bukannya penceramah.
“Kalau dulu sekatan ini digunakan untuk menghalang komunis daripada masuk kampung untuk mendapatkan bekalan.
“Tapi itu semua sudah berlalu dan sudah tidak perlu lagi dibuat pada zaman sekarang kecuali untuk menangkap penjenayah,” katanya.
Suhaizan berkata, berang dengan kehadiran sebegitu ramai anggota polis beliau telah melabelkan mereka sebagai “barua” Umno dalam ucapannya.
“Saya memang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan dalam ucapan saya memanggil polis seperti barua Umno.
“Tindakan saya itu menyebabkan lapan anggota polis naik ke pentas lalu menangkap saya sebelum masukkan saya ke dalam lokap di Balai Polis Johor Baru Utara malam tadi,” katanya yang telah dilepaskan kira-kira pukul 12 tengah hari ini dengan jaminan polis.
Tambahnya, ketika ditahan kira-kira sembilan jam beliau mendapat kerjasama yang baik dengan anggota polis.

Selamat berjuang wahai saudara kami. Sejak kes mata lebam Anwar 12 tahun dulu, maka nampaknya sikap itu tidak berubah sama sekali.
BalasPadamyg sebenarnya ramai jugaklah polis yang sokong pakatan rakyat ni... tapi kalau polis simpanan persekutuan (fru) tu memang sah lah depa ni penyokong kuat umno bee end... sbb nya dlm keluarga sy juga ada yg dlm kumpulan ni.... tapi sy tak peduli... aku hentam aje dia ni... yang sebenarnya... takut.... nak jaga periok nasi... beginilah kalau sama takutkan Allah dengan manusia... SYIRIK yeop oi....
BalasPadam