17 Mei 2010

Kisah Keberanian Masyarakat Sibu Dan Katak Memanggil Hujan

WWong Hargai Keberanian Rakyat Sibu Sahut Cabaran Perubahan

Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng mengisytiharkan kemenangan Pakatan Rakyat sebagai 'fajar kebangkitan rakyat Sarawak'.

Pengerusi DAP Negeri ini berkata dengan kemenangan Pakatan Rakyat, kini mana-mana parti politik tidak akan berani mengambil-mudah isu kemiskinan, rasuah dan perompakan harta rakyat Sarawak.

Pemerhati politik bersetuju kemenangan Pakatan Rakyat mengoyahkan cengkaman BN di Sarawak, dimana jumlah kerusi Parlimen yang besar di negeri ini menjadi penentu pembentukan Kerajaan Pusat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia. Selangkah memenangi Sibu, selangkah lagi kita menghampiri Putrajaya," kata Wong disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Mulai hari ini, mana-mana orang tidak lagi akan berani mengambil kesempatan keatas kita, rakyat Sarawak," tegas beliau, dengan anggukan setuju pimpinan Pakatan Rakyat.

Calon BN, Robert Lau, pewaris kekayaan bapanya yang merupakan wakil rakyat sebelum ini, dijangka mengekalkan Sibu dengan majoriti sekitar 3,000 undi, namun tewas kepada Pakatan Rakyat.

Walau majoriti yang diperoleh nipis, namun keputusan menyaksikan BN kehilangan lebih banyak undi masyarakat Cina berbanding PRU 2008. Sokongan masyarakat Dayak kepada Pakatan Rakyat turut mencatatkan peningkatan.

Wong mengucapkan penghargaan kepada penyokong Pakatan Rakyat dan berkata kemenangannya turut dikongsi bersama pengundi Sibu yang peka dan sedar akan tanggungjawab mereka.

"Malam ini rakyat Sibu mencipta sejarah. Kemenangan ini bukan milik saya, tetapi kemenangan untuk semua pengundi Sibu yang sedar. Minggu lalu sahaja kita tidak akan percaya Pakatan Rakyat mampu menang, tetapi malam ini satu keajaiban berlaku, keajaiban yang kita jayakan bersama," kata Wong.

Namun begitu, Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa suara rakyat Sibu, walau apapun keanggotaan parti politik mereka, tidak akan diabaikan.

"Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih pada pengundi Sibu diatas keberanian mereka melakukan perubahan. Saya akan berkhidmat sebaik-mungkin kepada semua, samada mereka undi saya atau tidak. Saya mahu menjadi kawan kamu, dan kamu adalah kawan saya," tegas Wong. -TVS



Sibu: Perkasa lagi pertikai undi Cina kepada BN

Perkasa yang mempersoalkan sumbangan balas pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, sekali lagi mempertikaikan tahap sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu semalam.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.

“Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya.

“Masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.

“Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, yang mewakili Perkasa iaitu pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di Malaysia sekarang, mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu yang diumumkan lewat malam tadi.

Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.

Di Hulu Selangor tiga minggu lalu walaupun BN berjaya merampas balik kubu kuatnya daripada PKR, tetapi merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.

Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.

Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan semalam sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.

“Mereka tidak boleh meminda perlembagaan (negara). Jika begitu ia akan membawa kepada malapetaka,” katanya.

“Bagi saya selaku orang Melayu dan sebagai seorang Islam, ini satu hikmah pengajaran... kita akan ke depan, kita akan lihat,” katanya yang berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor tetapi tidak di Sibu.

Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi. -TMI


Ulasan GB

Kita harap UMNO BN dengar cakap Ibrahim Ali, sisihkan pembangunan untuk masyarakat Cina supaya BN cepat sikit bungkus. Lagipun rakyat sebenarnya dah tak sabar untuk mentalkinkan UMNO BN lantaran keangkuhannya dan perangai jijik mereka "menternak katak-katak" yang hodoh lagi bising di celah-celah longkang demokrasi.



3 ulasan:

  1. Cina tak bodoh macam melayu brahim ali. Pasal tu melayu masih mundur. Harga maruah melayu hanya RM1,000 dan jambatan je. Cuba kalau melayu berubah secara total undi pakatan rakyat PAS & PKR, saya pasti keadaan akan berbeza.

    Jangan salahkan cina kerena mereka bijak. Cermin diri tentang kebodohan kita dulu. Jangan dilayan melayu brahim ali yang bodoh dulu.. kini... dan selamanya

    BalasPadam
  2. Khabarkan kepada Pak Brahim a.k.a Katak- PRU13 nak tanding dimana?.....mu gi tandinglah parlimen katak.....mintak adakan satu kerusi wakil kata-katak pada pandikar...

    BalasPadam
  3. Cemburu rasanya dengan rakyat di Hulu Selangor dan Sibu.. Kalau YB kat tempat aku meninggal boleh jugak aku dapat duit.. (Tapi undi belum tentu untuk BN).. Sapa yang ajar aku cakap macam ni... Pemimpin UMNO!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.