25 Mei 2010

Khairy Bersiap Untuk Jadi Menteri Pertahanan?

Khairy tamat latihan askar wataniah

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

- Bernama

4 ulasan:

  1. paklah hentam judi, khiry kena jadi askar

    BalasPadam
  2. dah tak diperlukan UMNO setelah diperkudakakan najib, akhirnya kena masuk askar, kuda kayu rosmah.

    BalasPadam
  3. itulah KENYATAAN POLITIK namanya. Hehehe... Apa yg dinafi, itulah sebenarnya yg berlaku.... tak gitu UMNO APCO?

    BalasPadam
  4. Kalau setakat latihan sebulan sahaja, tak usah la nak jadi merak!!!
    Poraaaah la KJ!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.