Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.
Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.
“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.
Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu, kerajaan UMNO telah menggunakan segala taktik yang ada termasuk memberi sogokan RM 50 ribu kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, mendirikan sebuah sekolah Cina bernilai RM 3 juta dan banyak lagi untuk membeli undi penduduk.
Mengulas kenyataan Zaid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 10 November tahun lalu berkata, seruan dari mantan Menteri Undang-undang itu mempunyai asas yang begitu kuat.
“Saya kira pengalaman di Hulu Selangor ini sesuatu yang membuktikan tidak ada perubahan pun yang berlaku seperti yang dijanjikan oleh BN. Mereka masih lagi mengamalkan perkara yang nampaknya sama. Menggunakan satu pendekatan yang mencemar demokrasi” ujar Azmi.
“Jadi seharusnya memang rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan amalan yang dibuat begini. Jadi saya kira ada relevannya supaya rakyat sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui apa cara sekalipun seperti BERSIH tetapi mesti ada sesuatu yang dilakukan” tambah beliau lagi. -TVS

Pakatan Rakyat wajar bersungguh-sungguh menuntut agar penggunaan dakwat penanda pada jari sebagai menghalang pengundian lebih dari sekali.
BalasPadamJika perlu jadikan perkara ini sebagai satu-satunya tuntutan yang digazetkan di dalam Parlimen agar SPR tidak dapat berdolak-dalih.
Jika terlalu banyak tuntutan, SPR akan banyak akal untuk memutar belit fakta tuntutan. Jadi kita buat satu sahaja tuntutan ini sehingga berjaya.
nak keadilan untuk rakyat...
BalasPadamTahniah!!! langkah yang bijak, jangan tunggu hingga PRU13
BalasPadamSPR pernah menjadi lebih bebas dan telus berbanding sekarang setelah gerakan BERSIH giat menentang penyelewengan.
BalasPadamkemana hilangnya bersih... dah hilang taring agaknya
BalasPadamsekarang SPR makin besar kepala.. BERSIH perlu hidup
BalasPadamsekarang SPR ajar rakyat bukan SPR bekerja untuk rakyat
BalasPadammana perginya bersih, kenyang kena jamu agaknya sampai tertidur
BalasPadamHIDUPKAN BERSIH! HIDUPKAN BERSIH! HIDUPKAN BERSIH!
BalasPadam