20 Apr 2010

Penyertaan SNAP Perkukuhkan Pakatan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Sarawak National Parti (SNAP) telah menyertai Pakatan Rakyat (PR) sebagai ahli keempat gabungan tersebut dan sekaligus mengukuhkan lagi PR.

Serentak itu, Ketua Umum PKR itu berkata, tugas pertama SNAP adalah untuk memberi sokongan kepada calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu, 18 Mei ini.

"Dengan adanya gabungan baru dari SNAP, saya yakin ia akan mengukuhkan lagi PR dan juga mampu memebri kemenangan pada pilihan raya Sibu nanti.

"Saya berharap pengukuhan empat parti ini(DAP, PAS, PKR dan SNAP) dapat memberi impak yang baik pada parti untuk terus maju ke hadapan,"katanya dalam sidang media di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen hari ini.

SNAP merupakan salah satu parti tertua di Sarawak sebelum ini merupakan angggota gabungan BN.

Anwar menyatakan beliau bersama pemimpin-pemimpin Pakatan telah pun mendapat persetujuan dari SNAP pada minggu lepas untuk menyertai PR.

" Saya telah pun berjumpa dengan pucuk pimpinan SNAP dan mereka menyatakan hasrat untuk menyertai PR adalah terbaik kerana SNAP tidak dapat menerima pelbagai penyelewengan di Sarawak hasil daripemimpin-pemimpin dari kroni BN.

" SNAP membuat keputusan untuk menyertai PR pada masa ini adalah untuk bergabung bersama PR bagi membantu mengukuhkan lagi PR dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Anwar terus menyatakan, dengan wujudnya sebuah gabungan rasmi yang telah siap diatur, empat parti pembangkang sekarang bersatu dalam kedudukan lebih baik bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak akan datang mampu memberi kemenangan pada PR.

Ulasan GB

UMNO BN pasti kebingungan. Diusahakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meninggalkan parti tiba-tiba ada sahaja berita tak baik mengekorinya, kali ini sebuah parti pula menyertai Pakatan Rakyat.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), bukan parti picisan di Sarawak dan telah ditubuhkan sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia lagi.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, SNAP telah pun bersama PKR, Kongres Dayak Malaysia (MDC) dan PAS bagi menjalinkan satu gabungan politik untuk menentang BN yang akhirnya menyaksikan pembangkang berjaya meraih sembilan buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ia satu petanda baik untuk PR. Yang mana kotor dan berkategori daki dibersihkan dari PR, melompatlah mereka keluar dan yang tinggal dan yang masuk ialah mereka yang yakin PR akan ke PutraJaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.