Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.
Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.
Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.
"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.
"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.
Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.
Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.
Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.
Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.
Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.
Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat. -mk
Ulasan GB
Diantara modal Muhyiddin... "anak angkat" yang tunggu pengumuman masa berkempen.. Hulu Selangot akan jadi anak angkat BN.

kalau PM mati mungkin lebih banyak gula-gula ditaburkan di Pekan Pahang
BalasPadamTabur projek mi segera untuk raih undi la tuu!!!
BalasPadammana bee end ni dapat duit ya....
BalasPadambanyak pulak tu... selagi ada duit rakyat semua nak dilabur... ini pun org umno tak sedar lagi, setiap kali pilihanraya aje adalah tabungan rakyat yang digunakan... TAPI NANTI KITA TENGOK YA... ANAK2 ORG UMNO YG DAPAT DUIT HARAM NI AKAN HURU HARA, LINTANG PUKANG.
MCM2 JADI KAT AHLI UMNO NI... INI ADALAH DARI PANDANGAN MATA DISEKITARAN SAYA, WALAUPUN BELAJAR SAMPAI IJAZAH.. TAPI BALA ALLAH BAGI KAT DEPA