29 Apr 2010

Fitnah Kickdefella Untuk Jatuhkan TGNA, Pemuda PAS K'tan Cabar Dedahkan Siapa Biaya RM4 juta

Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar).

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.

Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”. -malaysiakini

5 ulasan:

  1. patut tak diperlukan pas kelantan kerana pandai sandiwara?

    BalasPadam
  2. PAS wajar menguatkuasakan peraturan supaya hanya individu yang telah memberikan taat setia kepada PAS shj yang perlu dilantik kejawatan utama dalam pentadbiran.

    Ini bagi memastikan bahawa tiada berlaku aspek tikam belakang atau dapat mengelakkan individu munafik berkeliaran. Di waktu Nabi ada ramai munafikukn, maka waktu ini berganda2 lah.

    BalasPadam
  3. Salam, GB. Kita semua tahu siapa sebenarnya yang nak sangat Pak Lah undur cepat. Selepas pendedahan Anwar mengenai UMNO/APCO, banyak pulak peguambela Najib. Adakah inijuga cara APCO? Dah dekat setahun kena pecat baru nak buat cerita. Agaknya ambik masa 8ntuk rancang strategi dengan bantuan APCO lah kut.HIDUP TGNA!!! ALLAH bersama kita.

    BalasPadam
  4. Kalau dia tak nak bagi tau, pastilah duit hasil jual dadah atau jual orang atau jual taik kucing!!!

    BalasPadam
  5. Begitulah kekecewaan seorang penulis Blog cari makan seteleh dipecat dari PMBK baru nak berkukok sana sini. Persoalannya kenapa sekarang baru nak dedahkan cerita2 begini? Begitulah perangai seorang penulis blog yg kecewa. Jika benar, kenapa tak repot kepada SPRM?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.