20 Apr 2010

Bung Mokhtar Dan Zizie Mengaku Salah Nikah Tanpa Kebenaran

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

6 ulasan:

  1. nikah kat obesi la ni...emm takut juga dgn Allah swt. alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. bagus juga menikah walaupun umur 15 tahun, UMNO tak benarkan biar buat maksiat tak apa!!!

    BalasPadam
  3. dah agak...nikah kat siam la tu..hehehe

    BalasPadam
  4. menikah dua atau bawah umur musuh utama wanita UMNO,sebab tu maksiat berleluasa

    BalasPadam
  5. Kalau bung lompat parti, kesilapan ini akan jadi isu besar yg diguna oleh Be End

    BalasPadam
  6. Bro..Kat parlimen cakap besar..memang besar lah dia..semua dia nak besar..cakap tak serupa bikin..entak-entak dia pun kaki...........

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.