7 Mac 2010

Polis Gempur Konvesyen PR, Rakyat Bertambah Benci Kerajaan UMNO BN

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.

Wartawan kami di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.

Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.

Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.

"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.

Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.

Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.
\
Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN. -TVS Gambar ehsan MalaysianInsider


Police stop another Pakatan ceramah

Police moving in to stop the ceramah. — Picture by Choo Choy May

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, March 7 — The police moved in tonight to stop a Pakatan Rakyat public rally at the Sultan Sulaiman Club here to mark the second anniversary of the coalition’s landmark victory in Election 2008.

PKR vice-president Azmin Ali was stopped by Federal Reserve Unit riot police while delivering his speech to thousands attending the rally.

As the police approached him, Azmin told the crowd that the club belonged to the Selangor state government and was not “Umno property”.

“I call on the policemen to embrace the Pakatan Rakyat struggle,” he said to applause from the crowd.

“If we are given the mandate to take over Putrajaya, we will protect the interest of the policemen,” he added before police stopped his speech.

Among those at the rally were PKR deputy president Senator Dr Syed Husin Ali, Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng and PAS vice-president Mahfuz Omar.

Police later sent in two water cannon trucks to the venue, prompting Pakatan supporters to leave the club.

But Batu MP and PKR strategist Chua Tian Chang invited crowd to get into the club hall to comply with police ruling forbidding the crowd from gathering on the field.

The police last night stopped a dinner organised by the DAP in Kepong, just outside the city centre.

The Pakatan Rakyat swept through four more states and captured 82 federal seats in a historic win that denied the ruling Barisan Nasional its customary two-thirds parliamentary majority.

However, Pakatan lost Perak when three lawmakers quit to be independents last year and support Barisan as the state government.

Pakatan lynchpin PKR lost three MPs and sacked another over the past month as the leadership anguished over de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy charge, the second after he was sacked as deputy prime minister in September 1998. -MI



Polis 'cemari' ulangtahun Pakatan
Mac 7, 10 10:20pm


Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir.

Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.50 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

Apabila melihat kehadiran polis, Azmin tidak membuang masa dan terus 'menyapa' mereka.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya.

Ceramahnya kemudian ditangguhkan ketika jawatankuasa "Majlis Ulangtahun Pakatan Rakyat' berbincang dengan pihak polis.

Pada masa yang sama dua truk FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.

Selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.

Pasukan polis dilaporkan terus berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan.

Azmin kemudiannya meneruskan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Kira-kira jam 10.25 malam, Anwar tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.

Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis". -malaysiakini


4 ulasan:

  1. BN takut dgn bayang2 sendiri. Gunakan polis utk terus berkuasa. Dalam Perlembagaan Negara dibenarkan berhimpun secara aman. Dimanakah keadilan dlm sebuah negara demokrasi. Dalam rukun negara ada disebut kedaulatan undang2. Tapi dimanakah kedaulatan undang2, jika BN sendiri tidak mendaulatkan undang2.

    Sepatutnya BN tidak terus mengunakan polis utk berkuasa. Negara kita negara demokrasi, rakyat telah memilih PR sebagai kerajaan diSelangor tapi BN dan polis masih lagi tidak menghormati sebuah kerajaan yg diberi mandat oleh rakyat meskipun kerajaan yg memerintah berlainan parti politik. Kerajaan BN sendiri selalu menyebut dimana2 bahawa negara kita adalah negara yg mengamalkan demokrasi, tapi dimanakah demokratiknya negara kita jika setiap perhimpunan dihalang dan dikacau.

    BalasPadam
  2. POLis ikut telunjuk UMNO......apa saja perhimpunan oleh UMNO langsung tidak diganggu....BN mula takut dan sakit hati dah 2 tahun PR di Selangor...sakit hati beb....lanang duit kena rampas...

    BalasPadam
  3. pasukan polis tak pernah nak fikir satu hari nanti malaysia akan dimiliki pula oleh pakatan rakyat pula bukan bee end lagi. masa tu pulak agaknya bee end juga ke yang bayar gaji mereka.... apalah bangangnya punya polis ya..... makanya jadilah polis ni yg bukannya takut kepada Allah tapi takutkan manusia ..... tunggulah balasan Allah akan sampai sebagai bayaran balik kerana kezaliman mereka kepada org yg menegakkan agama Allah ni.....

    BalasPadam
  4. rakyat tolak UMNO 100%

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.