2 Mac 2010

Ong Tee Kiat Terima Hadiah Jam "Hatikva Israel" Bernilai Setengah Juta RM

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya. -malaysiakini

Ulasan GB

Pertama, masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa apatah lagi nilainya begitu mahal.. harganya setengah juta RM.

Kedua, jika diberikan di atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan.

Ketiga, jenama jam itu begitu jelas tertera perkataan "Hatikva Israel". "Hativa" setahu GB ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubungkaitnya dengan permberian jam oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan? Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu, mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung memperdulikan sensitiviti itu.

1 ulasan:

  1. mana perginya brahim ali? tak bersuara ke pasal ni? bukan ke dia tu orang kuat PERKOSA? inilah masanya sbb malaysia dah diperkosa oleh presiden mca.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.