3 Mac 2010

Inkues Teoh : Dr Porntip Beri Keterangan 19 April

Dr Pornthip Rojanasunand, (gambar) yang memberi keterangan sebagai saksi pada Oktober lalu dalam inkues Teoh Beng Hock akan sekali lagi menjadi saksi pada 19 April depan.

"Ya, beliau akan memberi keterangan pada 19 April," kata Gobind Singh Deo, peguam bela keluarga Teoh, apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberitahu Dr Pornthip merupakan satu-satunya saksi yang akan dipanggil oleh keluarga Teoh atau kerajaan negeri Selangor untuk memberi keterangan.

Teoh, pembantu peribadi kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di Tingkat 5, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai lalu selepas semalaman disoal siasat dan didera oleh pegawai-pegawai SPRM.

Kerajaan negeri Selangor mendapatkan khidmat Dr Pornthip, pengarah Pusat Institusi Sains Forensik berpengkalan di Bangkok untuk meneliti laporan bedah siasat pakar pathologi kerajaan, Dr Khairul Azman ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberker.

4 ulasan:

  1. terangkan kebenaran dan buka pekong najib dan SPRM

    BalasPadam
  2. nampaknya ada yang nak disembunyikan najib dan SPRM

    BalasPadam
  3. memang SPRM tidak boleh dipercayai

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.