1 Mac 2010

Fairus Sertai UMNO Selepas SPRM Gugur Tuduhan Rasuah

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Kamaruddin menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Mengikut Malaysian Insider, kes rasuah Mohd Fairus melibatkan syarikat kuari di Seberang Prai, adalah antara lapan kes berprofil tinggi yang digugurkan baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuatnya selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak

“...hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Mengikut laman berita itu, Najib pada majlis sama ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata: "Kita kena jaga beliau (Mohd Fairus) dengan baik."

MSTAR pula melaporkan, pertengahan bulan lalu, SPRM menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.

Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.

"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.

"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.

Namun banyak pihak menyatakan Fairuslah yang tidak konsisten dan tidak berpendirian dengan keputusannya itu malah mendedahkan lagi sikap hipokritnya selama ini.


3 ulasan:

  1. Fairus meninggalkan PKR katanya kerana PKR tidak konsisten terhadap agama dan bangsa melayu.
    Yang Fairus masuk Umno ni apa pasal. Nak bela bangsa melayu konon. Umnolah pengkhianat bangsa melayu dan agama.
    Contohnya PPSMI, dari bahasa melayu ditukar kpd bahasa inggeris.
    Jika bahasa melayu (PPSMI) ditolak,samalah menjadi pengkhianat kpd orang2 melayu. Siapa yg akan jadi bodoh dan tak cerdik,orang2 melayulah yg akan menerima hakikat ini. Umnolah yg menciptakan dasar ini. Apakah Umno pembela kpd orang2 melayu? Begitulah jugak dgn Agama. Banyak bantuan2 diSekolah2 agama ditarik balik.Yang menjadi sasarannya diKelantan. Yang belajar disitu adalah pelajar2 melayu. Yang susah dan menderita adalah orang2 melayu.
    Apakah fairus fikir Umno adalah pembela kpd agama? Janganlah Fairus jadi tak cerdik dan bodoh. Gunalah akal dan fikiran, nilailah dgn akal, siapa pengkhianat kpd agama dan bangsa melayu.
    Mungkin Fairus meneyertai Umno pasti ada disebaliknya.. mungkin utk mengelakkan dakwaan oleh SPRM.
    Jika Fairus masuk Umno hanyalah nak bela bangsa melayu dan agama, sampai kucing bertanduklah..

    BalasPadam
  2. ni merupakan satu lagi tamparan ke atas pimpinan PR. Berita ini tidaklah mengejutkan, kerana memang dapat di agak, AI yang terlalu taksub untuk membuktikan beliau tidak bersalah dalam kes liwat menyebabkan beliau gagal memegang pimpinan PR dengan berkesan kebelakangan ini.

    Ini juga dapat dilihat usaha AI yang terlalu mengharap sokongan bangsa asing membuatkan beliau alpa mengenai perjuangan parti beliau.

    PAS pun dilihat mengikut jejak langkah AI (al maklum lah parti yang sama) mengorak langkah untuk meraih simpati negara-negara asing. Kalau beginilah caranya, ramai lagi ahli PR akan ikut jejak si Fairus ni.

    BalasPadam
  3. buat la laporan terhadap sprm pulak...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.