1 Mac 2010

Fairus Baca Skrip Yang Hampir Serupa Untuk Semua Yang Melompat

Berita bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno bukanlah berita hangat bagi aku. Malah sudah menjadi basi. Semua orang sudah tahu bahawa mamat ini akan masuk UMNO juga.

Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar “untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.”

"Saya umumkan penyertaan saya dalam UMNO dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus dipetik oleh Malaysiakini.

Cuba saudara perhatikan semua ayat-ayat mamat ini. Semuanya sudah kita dengar dan baca sebelum ini. Skrip yang serupa!

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali melalui satu kenyataan berkata, “Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.”

“Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya," kata Syed Husin.


Beliau juga berkata bahawa tidak ada sebab bagi PKR melayan tuntutan itu. “Lagipun PKR tidak mampu berbuat demikian.”

Syed Husin berkata atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya, seorang yang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000.

“Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan PKR. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin UMNO yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu,” tegas Syed Husin.

"Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar."

Untuk Puan presiden PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun Datuk Seri Anwar sudah memohon maaf atas kesilapan memilih calun dalam PRU12 yang lalu, saya ingin terus mengingatkan akan pertanyaan dan pernyataan saya seketika dulu:

Anwar Ibrahim, jangan gelojoh memilih calun bagi sebarang pilihanraya. Rakan-rakan dan sanak saudara saya serta ramai lagi rakyat yang prihatin berkata bahawa ada segelintir ahli-ahli PKR dan pimpinan masuk PKR bukan untuk sebuah perjuangan. Mereka juga berkata sebagai bekas ahli UMNO, ahli PKR masih pekat dengan budaya UMNO/BN.

Perjuangan dalam Pakatan Rakyat bukan main-main. Rakyat memilih PAS, PKR dan DAP dalam PRU12 lalu bukan juga sengaja mahu main-main.
-websutera

Ulasan GB

Ringkas ahaja, dimana katak melompat di situ PM ada... Berita yang ini ada kaitannya dan boleh menjawabnya.


3 ulasan:

  1. najib buat skrip, dia baca saja

    BalasPadam
  2. sanggup najib kutip balik barang2 yang tak leh pakai demi gilakan kuasa...

    BalasPadam
  3. belakunlah lagi wahai katak lompat... memang betul-betul jadi mcm katak... lompat sana, lompatlah lagi mana2 katak yg nak lompat anda dialu2kan keluar dari pakatan rakyat.. org mcm ni kita pun tak nak......

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.