3 Mac 2010

Beli Ahli Parlimen, UMNO BN Kian Terdesak

Perbuatan membeli Ahli Parlimen yang galak dilakukan Barisan Nasional (BN) semata-mata bagi memperoleh mandat dua pertiga dalam Parlimen bukan sahaja tidak bermoral bahkan bertentangan dengan semangat demokrasi.

Pujukan dengan menyogok wang ringgit menunjukkan Umno BN terdesak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang melalui proses gerrymandering atau memanipulasi komposisi pengundi di sesebuah setempat.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang pernah mengalami pengalaman itu tapi teguh dalam perjuangan menyifatkan perbuatan Umno Bn itu, mengancam keutuhan demokrasi berparlimen.

Malaysia Today hari ini mendedahkan proses membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat didalangi Hamdan, sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hamdan dikatakan bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas dan Penyiasat Tentera.

Blog itu mendakwa Hamdan telah dianugerah Kudat IPP bagi membiayai proses pembelian pemimpin Parti Keadilan rakyat.

"Ini adalah satu tindakan yang cukup berbahaya. Kita ada sistem demokrasi, jadi kita kena pulangkan kepada rakyat. BN mempermainkan rakyat dengan mempergunakan teknik membeli ahli parlimen.

"Motifnya cuma satu. Untuk supaya cukup majoriti dua pertiga dan ubah persempadanan pilihan raya. Tujuan untuk apa? Untuk menang pilihan raya," kata Azan kepada TV Selangor.

Azan juga menganggap situasi itu meletakkan rakyat sebagai mangsa percaturan politik Umno BN yang rakus untuk mengekal kuasa yang semakin menjauh.

"Amat malanglah kepada rakyat negara malaysia kalau institusi legislatif, legislator, pembuat dasar dalam parlimen dibenarkan memasuki unsur yang sangat tidak bermoral dengan wang," katanya.

"Kita ini kalau nak berkuasa dalam negara kita kena pulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah namanya demokrasi," kata beliau.

3 ulasan:

  1. Benarkah perbuatan membeli Ahli Parlimen yang dilakukan Barisan Nasional (BN) dianggap tidak bermoral bahkan bertentangan dengan semangat demokrasi....?

    Kalau perbuatan itu tidak bermoral mengapa SPRM tidak bertindak... Atau SPRM dan Peguam Negara juga tidak bermoral..?

    Bahasa politik yang disampaikan kepada orang awam "...ianya tidak bermoral..."

    Sebenarnya dalam politik banyak tipu muslihatnya, semuanya halal asalkan setiap tindakan itu membawa kepada kemenangan dan berkuasa.

    Kebanyakan ahli parlimen adalah berjiwa hipokrit. Mereka melihat kebendaan adalah simbol hidup mewah dan penghormatan. Ada diantara mereka tergila-gila ingin jadi sebahagian dari golongan bangsawan.

    Untuk mendapatkan pekara seperti yang disebutkan itu mereka perlu ada duit/wang yang banyak. Bagaimana..? Nafsu bergelora, fikiran kena kreatif.

    Pasti ada diantara MP beragama islam sanggup minum arak, makan babi, berzina dan membunuh asalkan cita-cita mereka tercapai.

    Lihat dalam parti UMNO, Dalam ceramah mereka berpura-pura berjuang demi bangsa melayu tetapi perjuangan utama mereka adalah rompak duit rakyat melalui projek yang disediakan oleh kerajaan.

    Slogan yang diwar-warkan oleh presiden parti UMNO...."tiada guna kita menang kalau kita tidak berkuasa..."

    Kelemahan wakil rakyat ini sudah dikenal pasti sejak zaman Tunku A.Rahman lagi. Tanpa rasuah UMNO tidak boleh membina Barisan Nasional bersama dengan MIC dan MCA. Diharap dalam Pakatan Rakyat tidak akan berlaku seperti ini.

    Dalam hal membeli ahli parlimen ini, UMNO mempunyai kelebihan kerana selain mereka mempunyai duit tapi mereka tidak akan ditangkap oleh sesiapa.

    Jikalau membeli ahli parlimen itu dibuat oleh Pakatan Rakyat, pasti ada yang mati dibelasah oleh SPRM.

    Jangan salahkan ahli parlimen keluar parti, tapi ahli dan pemimpin hendaklah berbincang dan cipta satu peraturan atau undang-undng resmi dan terbuka bila ada pemimpin bermasaalah istihar keluar parti, mereka akan terlucut dari memilik apa-apa jawatan dalam DUN atau Parlimen.

    Pekara mudah jangan disusah-susahkan... Insyaaalah, selepas ini tiada lagi orang yang keluar parti boleh bercakap besar dan bongkak.

    BalasPadam
  2. UMNO boleh diistiharkan parti Rasuah satu malaysia

    BalasPadam
  3. dah tua nak mampus pun nak mlompat lg...silap lompat masuk parit,,,burrrr...dah rakyat bg titi titinya plak di bakar...dah nyanyuk ler tu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.