Seorang ibu sanggup meninggalkan lima anaknya yang masih kecil serta suami selepas Tahun Baru Cina lalu, semata-mata terpengaruh dengan ajakan rakan untuk bekerja di Kuala Lumpur.
Lebih menyedihkan, lima anaknya itu, Muhammad Haziq Danial berusia setahun; Puteri Nabila Nasuha, 2; Muhammad Aidip Danish, 6; Muhammad Aizam, 7, dan Muhammad Aiman, 9, pernah hanya minum air gula kerana kehabisan susu dan bekalan makanan disebabkan bapa mereka tidak berupaya keluar bekerja kerana perlu menjaga mereka.
Maulana Shifee Khatib, 37, berkata, isterinya, Zuraidah Samsudin, 27, keluar rumah sejak pertengahan bulan lalu bersama empat rakannya termasuk seorang yang dikenali sebagai Farah dan tidak pulang hingga hari ini.
“Pada mulanya, isteri saya beri alasan untuk keluar sebentar bagi mengambil barang di rumah seorang rakan di Kampar.
“Bagaimanapun sehingga hari ini dia tidak pulang meninggalkan saya dan lima anak yang masih kecil tanpa sebarang khabar berita,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di perumahan Taman Bercham, di sini, semalam.
Maulana Shifee berkata, mereka tidak bergaduh, cuma beberapa hari sebelum kejadian isterinya ada meminta izin mengikut rakannya untuk bekerja di Kuala Lumpur.
“Saya tidak benarkan kerana jauh. Lagipun saya mencurigai tingkah laku rakan-rakan Zuraidah.
“Isteri saya pernah bercerita mengenai seorang rakannya 'dibela' sugar daddy. Saya menasihatkannya supaya tidak terpengaruh, tetapi dia masih berdegil,” katanya yang bekerja sementara sebagai pemandu lori.
Maulana Shifee berkata, kelakuan isterinya juga mula berubah termasuk berpakaian seksi dan kasar tutur kata malah mula mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri serta seorang ibu.
“Sebelum ini, Zuraidah tidak pernah berperangai sedemikian, tetapi sejak berjumpa rakannya itu dia mula memberontak dan sering keluar serta pulang rumah lewat malam.
Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Bercham berhubung kehilangan isterinya itu dan mengharapkan isterinya pulang, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 012-5993281 -BH

Salam... Inilah bahana ALLAH.. Duit zakat banyak..duit kerajaan pun ada... Kenapa ini belaku.. Salah agihan...Gaji CEO RM50,000.00..kalau gaji menteri lagi la lebih.. campur itu campur ini wah.... rakyat tetap miskin..
BalasPadamPM buat-buat tak nampak. Rosmah yang khabarnya perihatin dengan kes-kes macam ni buat apa?
BalasPadam