1 Mac 2010

2 Panel Hakim Tarik Diri, Permohonan Anwar Ditunda

Dua panel daripada panel 3 hakim yang bersidang menarik diri bagi mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar ibrahim terhadap pembatalan notis rayuan berhubung kes saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff berbuat demikian selepas peguam, Karpal singh memfailkan permohonan supaya mereka menarik diri dari mendengar rayuan itu kerana mereka terlibat dalam perbicaraan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Meneteri pada 1998.

Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan prosiding sehingga minggu hadapan bagi mencari hakim untuk menggatikan tempat 2 panel hakim itu.

Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu menolak rayuan Anwar dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Dr Mahathir atas alasan penggunaan bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah.

Rayuan itu dibuat selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober lalu membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatal rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu.

Anwar memfailkan saman pada 26 Januari 2006, mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah fitnah, bertujuan mengaibkannya secara peperibadi dan kapasitinya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. -TVS


Panel Baru Akan Dengar Rayuan Anwar Dalam Saman Fitnah Terhadap Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Sebuah korum baharu Mahkamah Persekutuan akan ditubuhkan untuk mendengar permohonan kebenaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merayu terhadap keputusan mahkamah yang menolak saman fitnah RM100 juta beliau terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini berikutan keputusan dua daripada tiga hakim yang bersetuju menarik diri daripada mendengar permohonan itu yang dijadual didengar Isnin, berikutan permohonan yang dikemukakan peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh.

Karpal Singh memohon Hakim Datuk Hashim Yusoff dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin menarik diri atas alasan mereka sebelum ini pernah mengendalikan saman sivil Anwar terhadap Dr Mahathir berhubung pemecatannya daripada jawatan Kabinet yang melibatkan pihak-pihak yang sama.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria menangguhkan prosiding ke minggu depan dan berkata pihak-pihak dalam saman itu akan dimaklumkan mengenai tarikh pendengaran itu.

Terdahulu, peguam Datuk V K Lingam yang mewakili Dr Mahathir berhujah untuk melucutkan kelayakan seorang hakim daripada mendengar rayuan itu, Anwar perlu menunjukkan bahawa akan wujud keadaan berat sebelah.

Anwar, memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Okt tahun lepas yang menolak rayuan Anwar atas alasan teknikal.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa memorandum rayuan yang difailkan oleh Anwar dalam bahasa Inggeris adalah satu kecacatan dan tidak sah dan bahawa dokumen mahkamah perlu difailkan dalam bahasa Malaysia.

Pada 1999, Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir bagi memfitnah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menuduhnya terbabit dalam perbuatan tidak bermoral pada satu sidang akhbar.

Pada 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk menggugurkan saman itu. Rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan ditolak.

Di luar mahkamah, Karpal Singh memberitahu pemberita yang Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada Isnin depan dalam rayuan terakhir Anwar berhubung pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998.

Dalam kes itu, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon perintah supaya mahkamah mengisytiharkan pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan oleh Dr Mahathir adalah tidak mengikut undang-undang dan menuntut beliau dibayar ganti rugi sebagai gantian kepada dikembalikan semula jawatannya itu. -- BERNAMA




2 ulasan:

  1. hakim yang patut tarik diri tak tarik diri, arahan atasan?

    BalasPadam
  2. nak kehakiman yang adil dan bebas kena tumbangkan UMNO/BN

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.