Ipoh, Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di sini pagi semalam telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.
Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.
Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr. Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.
Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain.
Menurut wakil kedutaan U.S itu, Melalui kunjungan-kunjungan beliau ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.
Suasana menjadi semakin rancak dalam sesi dialog dan soal jawab antara pimpinan PAS Perak dan En. Jeremy yang masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka terhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.
Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini ada beliau ada kesempatan.
Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.
“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media dan kedatangannya hanya kebetulan dengan keputusan kes Nizar-Zambry yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari ini.
Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar menjelang 9 Februari ini.
Ulasan GB
Kalau GB ada di sana semalam GB bertanya kepada Jeremy mengenai apakah benar Zambry dihalang masuk ke US tempohari kerana dikatakan namanya tersenarai sebagai pengganas. :)

Salam,
BalasPadamAnwar belum terbukti bersalah atau tidak. Beliau memang berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Akan tetapi, ini tidak bermaksud beliau boleh memburukkan nama Malaysia di media-media antarabangsa. Yang malu bukan saja kerajaan, malah rakyat Malaysia sendiri.
Sebagai seoarang bekas pemimpin nombor 2 negara, beliau sepatutnya faham dan jelas dengan soal ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya turut malu dengan tuduhan Anwar kepada Malaysia di media antarabangsa.
Mende la mamat ni. Buat pening kepala rakyat. Sumpah mubahalah la senang. Terus setel je...
Anonymous said...
BalasPadam"....Anwar belum terbukti bersalah atau tidak. Beliau memang berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Akan tetapi, ini tidak bermaksud beliau boleh memburukkan nama Malaysia di media-media antarabangsa. Yang malu bukan saja kerajaan, malah rakyat Malaysia sendiri...."
February 2, 2010 1:04 PM
Hellow mat anony:
Ko cerita apa..? Ko baru ikut kisah liwat Anuar ke..? Ko duduk kat mana ..? Betul ke ko ni rakyat Malaysia..? Ko rakyat Malaysia status apa... jenis bangang ke, atau pencacai atau kaki bodek..?