1 Feb 2010

PANAS : Ku Li Gesa Kelantan Kaji Kedudukan Dalam Persekutuan

Ahli Parlimen Gua Musang mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan supaya mengkaji semula kedudukan mereka dalam Persekutuan.

Beliau menegaskan kajian itu penting kerana sikap angkuh serta tidak bertanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan sikap diskriminasi terhadap Kelantan.

Menurut beliau banyak ketiadakadilan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan terutama dalam pengagihan pembangunan, geran tahunan dan pelbagai kepincangan yang dilakukan terhadap negeri itu.

Sebaliknya, Ku Li menegaskan, Kerajaan Kelantan begitu komited sebagai sebuah negeri yang mendokong kedaulatan undang-undang serta perlembagaan persekutuan.

Antaranya banyak cukai yang kerajaan negeri berikan kepada Persekutuan, menjelaskan hutang kerajaan negeri kepada persekutuan setiap tahun tanpa gagal, walhal hutang berkenaan angkara kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memerintah Kelantan dahulu.

Beliau dipetik berkata demikian oleh akhbar rasmi Pas, Harakah selepas sesi penerangan isu royalti minyak kepada rakyat Kelantan di Stadium Sultan Muhamad di Kota Bharu, baru-baru ini.

TV Selangor sedang mendapatkan reaksi daripada Kerajaan Kelantan berhubung kedudukan itu. -TVS

6 ulasan:

  1. Salam,

    Bior betul Ku Li nih? C'mon la. Jangan la dipecah belahkan lagi orang Islam nih. Tak kira la, MELAYU ke, Cina ke, India ke! Asalkan Islam.

    Orang dok pijak kepala Islam nih. Ada isu lagi penting la.

    Isu minyak Kelantan kasi setel la cepat skit.

    BalasPadam
  2. SETUJU....sabah,sarawak,terengganu dan kelantan dari malaysia....Baru orang melayu selamat dari ditindas...

    BalasPadam
  3. tindakan yang berani menentang kezaliman UMNO/BN

    BalasPadam
  4. nak keluar dari malaysia ke? kalau gitu aku setuju....

    BalasPadam
  5. kaji jage tok kaji...lebih baik kelate tubik dr Malaysial..jd mcm brunei...kayo-rayo.

    BalasPadam
  6. pas dah terpele'ot! ado hok gila meroyan nak sekelambu ngan umno! nok gostan tak leh, dah kena minyak 'pelincir'...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.