Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan ke Isnin depan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pemeriksaaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.
Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian Khamis.
Terdahulu, semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini Mohd Saiful Bukhari memberitahu bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.
Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, beliau berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.
Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai. -- BERNAMA

Kesian kat sesumpah tu. Tak pasal-pasal jadi kambing hitam yang disembelih untuk disemah darah kepada puak-puak BN tu. Beberapa orang yang ada dalam puak tu pun bukan boleh percaya sangat.
BalasPadamx Per la..kurang2 2ke3 mil ada dah..x habis makan bro..
BalasPadamDSAI pun satu hal. check dululah latar belakang pekerjannya. jangan main pilih shj. dah pening kepala satu negara akibat tuduhan liwat ini. Tak serik2. Betullah kata Jeff Ooi. PKR ini parti sampah. Ambil bahan terbuang drp UBN. Dah pening tengok tabiat Zahrain dll.
BalasPadamKesihan dengan DSAI..
BalasPadamMemang pun PKR ni tempat orang buangan, orang kecewa dalam BN tapi harus diingat, dalam politik ni muslihatnya memang susah dilihat. So... jangan hairan jika dalam PKR ni ramai lagi juak2 yang sebelah sana menjadi duri dalam daging. Malah yang lebih parah ada yang jadi mato-mato... mcm dalam perhimpunan yang selalu diadakan... pasti ada provokator... renung2kan lah... siapa yang ada di sekeliling kita.
BalasPadam