Perbicaraan kes liwat Saiful hari keempat menyaksikan perbicaraan terpendek.
Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoalbalas, peguam pembela Karpal Singh telah membuat permohonan di depan Hakim.
Karpal memohon supaya hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada membicarakan kes. Pendakwa telah membuat bantahan dan meminta masa untuk bersedia.
Karpal membuat permohonan berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias”. Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' tetapi dipertikaikan oleh pihak pembelaan.
Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertikaian kedua-dua pihak.
Karpal pada minggu lalu meminta hakim supaya mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian.
Karpal berkata hakim Mohamad Zabidi tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.”
Sekalipun dibantah oleh Pendakwa namun, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk diperdengarkan dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada esok (9/02/2010) jam 9.30 pagi.

Mengapa agaknya tetiba nak tukar hakim? Dah makin pelik dengan kes Anwar ni.
BalasPadamSebelum ni memohon untuk adakan perbicaraan tertutup. Kalau tak salah, mengapa nak malu? Ramai tengah seronok dengar Saiful mengaku diliwat, memalukan diri sendiri saja. Hehehe. Sepatutnya, Karpal biar Saiful mengaku je.
Nih dah nak tukar hakim plak. Sengaja nak lengah kes ke? Proses pertukaran hakim boleh memakan masa yang sangat panjang. Mungkin sampai PRU-13 nanti.
Makin lama, makin rasa tuduhan kat Anwar macam betul. Betul ke?
Hanya orang yang tidak faham perjalanan mahkamah kendalikan kes liwat palsu II akan merasa pelik bila peguambela minta tukar hakim.
BalasPadamKita perlu ingat, dalam mahkamah orang yang menuduh dan orang kena tuduh mahu menang dalam perbicaraan.
Liwat palsu II boleh diibaratkan sebagai menonton perlawanan bolasepak, kita akan sokong pasukan yang kita suka. Biarpun pasukan yang disokong itu selalu dibuli oleh pengadil yang pilih kasih dan berat sebelah namun kita tetap sokong pada pasukan tersebut.
Tetapi kita akan tolak terus pasukan itu jika mereka terlibat dalam rasuah seperti yang berlaku dalam bolasepak Malaysia.
Walau bagaimana pun kes liwat II ini sedang diperhati dan dinilai oleh jutaan manusia sama ada dalam dan luar negeri. Mereka juga bijak dalam undang-undang dan mereka tahu menilai sama ada hakim itu adil atau tidak.
Turun atau naik ekonomi negara juga bergantong diatas keadilan mahkamah yang kendalikan kes tersebut. Apakah pelabur akan menyimpan duit mereka di Malaysia jika mereka memerlukan mahkamah untuk mendapatkan keadilan tetapi hakim pula mmelakukan pembicaraan yang tidak adil..?
Semuga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir..... sehingga 2021
Hakim ni bagi maklumat kat akhbar arus perdana milik UBN tu kot. Pas tu nak sekat orang ikuti media alternatif pula. Ciss!!
BalasPadam