7 Feb 2010

Illustrasi Keterlaluan, PAS Kelantan Buat Laporan Polis Terhadap Blog

PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang “diliwat” Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blog tersebut, jeffrydamien09.blogspot.com selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindan-tindih gambar, turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.

Bahan itu dimuatkan dalam artikel bertajuk “Pak Ajis dah kecut!!: Perpaduan dah jahanam.. Al Jubori pun nak jahanam.. Nak bincang ape lagi?”

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Baru, Pengkalan Chepa oleh Mejar (B) Mohamad Ibrahim selaku Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.

Beliau ketika ditemui berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu bersifat provokatif boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara.

“Kami membuat laporan ini memohon kepada pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas blogger berkenaan kerana telah bertindak di luar batasan seorang blogger.

“Kami juga memohon satu siasatan segera dibuka mengikut akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan-perbuatan fitnah sebegini,” kata beliau.

“Bukan satu sahaja tapi banyak grafik lain terdapat dalam blog tersebut.

“Saya kira ini adalah satu perbuatan melampau jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan ketegangan di kalangan penyokong PAS dan Umno di negeri Kelantan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain memburuk-burukkan imej Nik Aziz dan Anwar ia juga menyentuh perbicaraan terhadap Anwar dalam kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang.

“Kami juga merasakan ini satu tindakan subjudis menyentuh perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Semua kami yang berada di sini hari ini berharap tindakan segera pihak polis berhubung perkara ini dapat diambil memandangkan kes ini telah dapat dilihat dengan jelas,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Pemuda PAS negeri diketuai Ketuanya Abdul Latif Abdul Rahman membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkaitan pemberian wang ihsan.

Aduan tersebut dibuat Mohammad Abdul Rashid selepas merujuk kenyataan Mustapa pada majlis perjumpaan khas dengan Umno Pasir Puteh yang menyebut akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan.

Ekoran itu beliau percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dalam pengagihan wang tersebut.

“Sekurang-kurangnya mereka (Umno-BN) terlebih dahulu rujuk kepada kerajaan negeri kerana walau apapun bentuk projek akan dilaksanakan di negeri ini perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri dulu.

“Tapi malang, sebaliknya berlaku. Ini menunjukkan telah nampak unsur-unsur penyelewengan dalam hal ini.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam kadar segera,” katanya. -MI

Ulasan GB

Jika kita lihat beberp blog penyokong UMNO, kita akan dapat mengesani betapa keterlaluannya mereka di dalam berita dan illustrasi seolah-olah mereka dari bukan yang mempunyai pegangan agama.

Kritikan adalah perkara biasa.. namun apabila ianya sudah melampaui batas, maka itu bukan lagi kritikan tapi kerja syaitan.

10 ulasan:

  1. pastikan ramai lagi buat laporan polis baru le polis ambil tindakan

    BalasPadam
  2. Kritikan adalah perkara biasa.. namun apabila ianya sudah melampaui batas, maka itu bukan lagi kritikan tapi kerja syaitan....sy setuju.umpama roda..dulu pemimpin2 umno di hina dan di lakar ilustrasi yg lebih teruk lg.tetapi bila pemimpin ulama anda di lakar begitu rupa, jelas menunjukkan siapa dan bagaimana pendirian anda semua..begitu lah hidup kita yg lemah ini.

    BalasPadam
  3. UMNO malang sekali hidup anda kerana anda belawan tidak secara adil. bila bukan UMNO membuat suatu kesalahan maka mereka dihukum oleh undang-undang. tapi bila UMNO melakukan kesalahan mereka dibiarkan. Kalau ini yang UMNO mahukan baik kami yang bukan UMNO bersiap sedia untuk memulakan peperangan tak kira apa jenis peperangan kalau baik kita lawan dengan baik kalau jahat kia akan lawan dengan kejahatan. jangan menyesal. kebenaran tetap kebenaran tidak didunia diakhirat.

    BalasPadam
  4. Aku pun benci tengok muka Ketua Pemuda PAS, PJ Selangor, , SUA, Presiden, Timb Presiden, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi aku tak lah tergamak nak lukis benda hodoh macam tu. Itu kerja orang tak de otak je.

    Aku lebih suka kritik bila tak betul kerana ia boleh menjana kepada fikiran yang sihat. Kalau dah lukis gambar macam ni aku rasa orang tu ada satu sindrom penyakit hati yang kritikal.

    Maaf, aku bekan benci ulama tapi aku benci perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab. Siapa yang iktiraf mereka ulama aku tak tau sebab setau aku ulama tak berkarektor macam tu.

    BalasPadam
  5. UMNO sebenarnya peliwat, peragut dan penyamun hak rakyat di malaysia

    BalasPadam
  6. UMNO buat lawak bodoh sebab rakyat dah tak percaya UMNO lagi

    BalasPadam
  7. Tumbangkan UMNO PRU13, rakyat dah muak dengan UMNO

    BalasPadam
  8. Betullah seperti ulasan penjengok blog bahawa MB di negeri PR juga akan dilabel sebagai makhluk yang tidak bermoral! Cis!! Celaka betul UBN yang kian hilang kepercayaan rakyat. Insya Allah dalam PRU13 nanti dia akan tumbang.

    BalasPadam
  9. kecian kat nik aziz bila ada orang yang sanggup buat macam tu kat dia.tapi dulu nik aziz juga yang galakkan blog menyampaikan berita secara aktif tapi bila blog yang menghina pemimpin pas bukan main marah lagi penyokong pas. tapi bila blog menghina pemimpin umno takde sape yang bantah. aku tidak menyokong mana-mana penulis blog yang berfikiran mcm ni nampak tak matang dalam menulis dan aku juga tidak menyokong mana -mana penyokong yang menyokong membuta tuli tanpa usul periksa. kita sepatutnya perlu berfikiran terbuka dalam hal ini dalam menilai setiap tulisan yang ditulis dalam blog.jadilah penyokong yang bijak dan berpaksikan kepada kebenaran walaupun terkena pada diri sendiri dan walaupun pahit untuk ditelan.

    BalasPadam
  10. sensitif sangatla..adatla politik..mana2 negara pun politik memang macam ni..imej dan karikatur yg memeriahkan politik hehe..dan adat juga apabila kena muka sendiri tak boleh terima..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.