17 Feb 2010

Hentikan Perarakan Semua Upacara Agama

Sebarang perarakan sambutan keagamaan menggunakan jalan raya boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam dan menyusahkan pengguna beragama lain yang tidak terlibat dalam upacara itu.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, perarakan ini bukan amalan pada zaman Rasulullah dan mencadangkan sebarang bentuk perarakan menggunakan jalan raya perlu dihenti.

"Saya mencadangkan semua bentuk perarakan yang menggunakan jalan raya awam dan hendaklah dihentikan. Termasuk Deepavali, Thaipusam ataupun Maulidur Rasul.

"Jalan raya ini ialah digunakan orang kerana ada urusan tertentu dan bukan semua agama berkongsi dengan kita. Bila kita guna jalan raya lain dari tujuan pengangkutan, mahu berarak, ia mungkin mengganggu urusan orang.

"Ia mengganggu pengguna yang mahu ke suatu tempat, melawat orang sakit, membazir minyak orang ramai dan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mengulas berhubung isu perarakan Maulidur Rasul yang menjadi kontroversi, baru-baru ini.

Asri berkata, perarakan seumpama itu juga tidak pernah disuruh oleh Rasulullah sehingga mengganggu urusan orang lain.

Beliau juga mencadangkan supaya sambutan keagamaan selepas ini hanya dilakukan di rumah ibadat masing-masing.

Katanya, jika sambutan Maulidur Rasul tidak membuat amalan baru yang tiada dalam Islam, maka ia tidak dianggap salah kerana ia bukan wajib dan bukan sunnah.

"Jika sambutan itu tidak mencetuskan apa-apa reka bentuk ibadat yang baru, umpamanya tak ada sembahyang khusus Maulidur Rasul, bacaan khusus Maulidur Rasul, maka tidak dianggap mengada-adakan ibadat baru dalam Islam.

"Jika sambutan itu sekadar untuk menceritakan tentang sirah, menceritakan tentang perjuangan dan seumpamanya, dengan kadar-kadar itu tidak menjadi masalahlah," katanya.



2 ulasan:

  1. nak jadi taipusam kot...pecah kelapa kat jalan..nak jadi cam syiah kot...cederakan diri tengah jalan..
    maulidur rasul..patut raikan ngn selawat je...ramai2...tak yah sampai berarak la...tapi..dah jadi tradisi..UMNO mula lah lagi

    BalasPadam
  2. Aku sokong...demi KeAdilan... semua upacara agama Deepavali, Thaipusam ataupun Maulidur Rasul.... maupun perarakan org cina yang mati adalah DIHARAMKAN...... Hari Kebangsaan je boleh

    Jalan Raya adalah tempat untuk kereta pengangkutan bergerak.. bukaan tempat upacara keagamaan.... whta a sick malaysian

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.