11 Feb 2010

Debat Royalti : Nazri Dan Mustapha Rupanya Pengecut

Pakatan Rakyat membidas keras kegagalan Kerajaan Pusat mengesahkan penyertaan menterinya dalam bahas royalti minyak.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata keengganan Kerajaan Pusat menyertai dialog merungkai permasalahan royalti minyak menunjukkan pemerintah tidak prihatin kepada tuntutan rakyat Kelantan.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak selaku penganjur forum tersebut menjemput individu-individu yang arif dalam permasalahan royalti minyak Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz, hanya Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dijemput untuk memberi penerangan pada Sabtu ini.

Namun hanya Husam Musa dan Salahuddin mengesahkan kehadiran mereka, manakala dua menteri BN itu gagal mengesahkan penyertaan mereka.

“Ini menunjukkan kedua-dua mereka itu tak berani berhadapan dengan masyarakat dan rakyat khususnya diKelantan apabila penampilan Tengku Razaligh dan Tun Salleh Abbas, dua orang yang terlibat dalam menggagaskan Petronas yang secara jelas menolak keputusan kerajaan yang enggan memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan,” katanya kepada TVSelangor.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan dua menteri ini juga mengelak dari mempertahankan tindakan Kerajaan Pusat menafikan rakyat Kelantan hak kepada royalti minyak.

“Apatah lagi dengan pendirian Sultan dan pemangku raja yang memperkenan usaha untuk mendapatkan royalti kepada kerajaan itu dilihat sangat ditakuti dan digeruni oleh kedua-dua menteri ini,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF (TVS)


2 ulasan:

  1. mereka ni hanya berani dalam media eletronik aje .....

    BalasPadam
  2. Sebetulnya semua yang dok dalam kabinet BN tu pengecut. Cakap saja berdegar-degar. Tambah-tambah yang cabar untuk berdebat tu DSAI. Dulu Strawbery Cheek sampai berbuih-buaih mulut dia. Itupun banyak point dia hilang, 1 Malaysia kata dia tak mengang. Mamat tu kata dia akan letak jawatan kalau tak menang, alih-alih dia kena tukar kementerian. Sepatutnya kementerian tu boleh buatkan dia popular, tapi nampaknya saham dia merosot teruk la ni.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.