13 Jan 2010

Video Gempabumi Terburuk Di Haiti

Gempa berkekuatan skala 7,3 melanda kawasan kepulauan Carribean lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu-ribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan.

Gegaran yang sangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.

Laporan-laporan sejauh ini menyebutkan sejumlah bangunan, termasuk sebuah hospital musnah. Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti.

Badan Geologi Amerika Serikat mengatakan gempa menggoncang pada pukul 21.53 GMT dan sambungan telefon ke wilayah itu telah terputus.

Duta besar Amerika Serikat untuk Haiti mengatakan bencana yang terjadi amat besar merupakan terburuk dalam tempoh lebih 200 tahun melanda negara itu.

Gempa utama yang mengguncang sekitar Pukul 21.53 GMT atau sekitar 05.00 WIB kemudian diikuti oleh dua gempa susulan berkekuatan skala 5,9 dan 5,5.

Bilik berita Reuters di ibukota Port-au-Prince mengatakan dia menyaksikan berbelas-belas orang telah maut dan cedera parah di balik reruntuhan bangunan.

Sementara itu perwakilan lembaga bantuan Catholic Relief Services, Karel Zelenka, mengatakan "korban pasti mencapai ribuan jiwa."

Pejabat pusat misi PBB di Haiti juga mengalami kerosakan teruk dan sejumlah staf dilaporkan hilang.

Gempa ini terjadi di bawah tanah dan bukan di kawasan pantai, jadi banyak orang yang secara langsung terkena guncangan tersebut...

Pernyataan yang dikeluarkan PBB di New York mengatakan pejabatnya di Haiti beserta instalasi PBB lainnya menghadapi kerusakan serius.

Duta Besar Haiti untuk AS, Raymond Joseph, mengatakan dia sempat menghubungi seorang rakannya di Port-au-Prince.

"Dia harus menghentikan keretanya sekitar satu jam lalu dan keluar berjalan kaki. Dia mengatakan rumah-rumah di sisi jalan musnah," katanya kepada jaringan televisi CNN.

Rakannya itu, tambah Raymond Joseph, tidak dapat memastikan apakah akan sampai di rumahnya atau tidak kerana dia masih harus menyeberang jembatan.

Wartawan BBC Nick Davies di negara tetangga Jamaika mengatakan gempa sepertinya mengguncang Haiti sampai lebih dari satu minit.

Ditambahkan bahawa sebagai salah satu negara miskin, Haiti kemungkinan besar memerlukan bantuan antarabangsa untuk menghadapi akibat gempa bumi ini.

Sementara Mike Blanpied dari Pejabat Kajian Geologi AS mengatakan bahwa berdasarkan dari lokasi dan kekuatan gempa maka sekitar tiga juta warga akan terkena kesannya.

"Gempa ini terjadi di bawah tanah dan bukan di pantai, jadi banyak orang yang secara langsung terkena guncangan yang datang dari gempa bumi tersebut," katanya kepada BBC.

Presiden Amerika Serikat Barack Obama sudah mengeluarkan pernyataan bahawa dia memikirkan dan berdoa untuk warga Haiti serta AS siap untuk membantu mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.