29 Jan 2010

Video Aduka Di Mahkamah, Aduka Mengaku Tidak Bersalah

Aduka Taruna, atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Abd Ghani, 29, seorang penulis blog mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Beliau sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Hakim juga memerintahkan passport antarabangsa Khairul Nizam diserahkan kepada mahkamah.

Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.



3 ulasan:

  1. susah lah dpp nak buktikan aduka bersalah.... tengok pada apa yg aduka tulis tu, memang tak ada kes. dia tak tulis nama sesiapa pun. so semuanya hanya lah andaian belaka!

    bodoh punya umno dok sibuk nak mendakwa. hahaha... kalau hari tu suruh aduka buat public apology je kan dah settle. sekarang ni nak kena buang masa dan duit kerajaan pulak dah nak buat proceeding.

    BalasPadam
  2. bila pulak blogspot ada .com.my

    TV3 pun....buta It ke???

    BalasPadam
  3. Penyokong Fuckatan Riot30 Januari 2010 pada 9:14 PTG

    Mcm muka mat indon belakang rumah aku je budak aduka taruna ni

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.