23 Jan 2010

Saranan Kita Diterima, 100K Rakyat Kelantan Solat Hajat 28 Jan Ini

Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan berhimpun dan menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.

Perhimpunan raksasa itu di adakan ekoran kedegilan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974, demikian menurut penganjur, Dr Abdul Halim Yusoff yang juga Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Program itu melibatkan penyertaan parti-parti politik termasuk MCA, MIC, Umno, Gerakan, KEADILAN, DAP dan PAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka akan mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas menteri kewangan itu dijangka menjelaskan isu-isu berkaitan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Menurut Setiausaha Gegar, Muhammad Hisamudin Ghazali, program itu bermula dengan solat Maghrib, solat Isya’ dan solat hajat yang akan diimamkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

Ceramah royalti minyak bermula jam 9.30 malam oleh Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

“Gegar juga merancang untuk mengadakan debat mengenai isu royalti petroleum pada bulan Februari ini dan konvensyen pada Mac depan,” kata Hisamudin pada sidang media baru-baru ini.

Pada November lalu, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Kerajaan Pusat akan membayar wang ehsan kepada Kelantan menggantikan royalti minyak mulai tahun ini.

Tuntutan royalti minyak diperjuangkan oleh kerajaan negeri mulai Julai lalu setelah Jabatan Perangkaan menyebut Kelantan antara negeri pengeluar petroleum sejak 2004.

Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri mendapatkan royalti tersebut cuba dinafikan oleh pemimpin Umno, yang juga anak watan negeri Kelantan sendiri, Mustapha Mohamed dan Awang Adik Husein.

Ulasan GB

Syukur ke hadhrat Allah, akhirnya cadangan kita diterima oleh Kelantan. GB sebelum ini mencadangkan betapa PAS Kelantan Perlu Munajat Perdana Sekali Lagi.

GB menyatakan sebelum ini:

Demi untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, PAS Kelantan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Kita di luar Kelantan, marilah bersama-sama kita bersolat hajat di rumah masing-masing menyertai perhimpunan 100K rakyat Kelantan itu.

Muga Allah selamatkan PAS Kelantan, muga perjuangan Kelantan menuntut royalti miliknya akan berjaya, muga Allah akan menurunkan barakahNya dari langit dan bumi untuk PAS Kelantan. Aamiin.



6 ulasan:

  1. Alhamdulillah...doa dan munajat org2 yang dizalimi jaraknya hanya sejengkal dengan Allah SWT. Allahuakbar! Allahuakbar!

    Mustapa, awang adek..apa lagi alasan kamu ha?????

    BalasPadam
  2. sb dehlawi

    aku naik binggong dengan tokpa dan awang adek ni. Malah dengan UMNO Kelantan. Depa-depa ni berjuang dalam politik dalam arena negeri kelantan ke luar kelantan?

    Aku fahamlah bahawa kenyataan depa berdua yang kelantan tak ada hak keatas royalti tu untuk mengambil hati najib dan lain-lain pemimpin tertinggi UMNO.

    tapi depa berdua dan UMNO bertanding untuk mendapat sokongan dan kemenangan dari rakyat kelantan. Tidakkah bodoh mereka berdua ini - dalam pru nak menang dikelantan tetapi setiap tindakan , statement nak menjahanan rakyat dan negeri kelantan.

    Ini politik stail mana ni. Tolong habaq kat aku.


    bat8

    BalasPadam
  3. Semoga Allah memakbulkan do'a. Puak-puak yang dok dalam UMNO tu yakinkah dengan do'a dan sembahyang hajat? Ramai sangat pengamal sifat munafik di dalam tu!

    BalasPadam
  4. Aku sokong 100% solat hajat ini.
    Semoga sekelian rakyat Kelantan dtg
    beramai.

    Mustapaha Mohamad dan Awang adek
    meneyertai UMNO bukan lah diatas
    prinsip membela rakyat tapi hanya
    lah utk kepentingan diri sendiri.
    Mereka merupakan rakyat kelantan
    yg menentang keras isu royalti ini.
    Merekalah yg menjadi dalang supaya
    royalti ini tidak diberikan kapada
    kelantan. Jika penentangan ini
    datang drp rakyat negeri lain, bolehlah kita katakan hasad dengki,
    tapi mereka ini rakyat kelantan.
    Meski pun mereka berdua perbezaan
    parti, naum mereka harus menerima
    fakta undang2 yg dibuat 35 tahun
    yg lalu. Bukan soal PAS atau UMNO,
    ini soal perjanjian rolyati di
    antara Petronas dgn Kerajaan
    kelantan.

    Kalau Mereka berdua pemimpin yang
    jujor dan iklas, mereka harus terima hakikat ini. Mereka berdua
    sengaja mempolitikkan isu ini hanya
    lah utk mengambil hati Najib. Ini
    lah pemikiran politik sempit pemimpin2 UMNO. Mereka hanyalah
    berjuang utk kepentingan mereka dan
    menjadi menteri utk mencari untung.
    Jika begitulah perangai mereka,
    mereka bolehlah dikatakan penderhaka kpd rakyat kelantan dan
    diharapkan rakyat kelantan menolaknya sebagai saorang pemimpin
    yg dayus dan bacul...

    BalasPadam
  5. semua umat islam wajar hadir, BN/UMNO menzalimi umat islam

    BalasPadam
  6. aku sokong ko orang tapi jangan berkokok kat sini jer lapor laa kat balalai polis bacok tu. wat masuk mahkamah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.