29 Jan 2010

Mustapha Pengampu, Utusan Akhbar Dongeng - Ku Li

Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus, lapor Malaysian Insider.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,”
kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.

“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan pada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.




11 ulasan:

  1. Mustapha jahat dan pengkianat kpd
    rakyat Kelantan. Mustaha Mohamad
    dan ahkbar2nya sama2 donggeng.
    Surat2 perjanjian royalti minyak
    pun dah ada. Kenapa Mustapha nak
    berdolak dalih lagi. Soal perjanjian dan royalti minyak ini
    bukanlah utk PAS atau UMNO. Ini adalah hak rakyat. Janganlah mengkhianati amanah rakyat.

    Yang Mustapha menentang sangat soal royalti ini, apa pasal? Nak
    ambil hati Najib. Apa yg Mustapha
    nak takutkan pada Najib. Persoalan
    nya sekarang, kerajaan pusat dan
    Mustapha hendaklah telus dalam isu
    ini kerana perjanjian royalti ini
    bukanlah dibuat diantara kerajaan
    pusat dengan Kerajaan Kelantan tapi perjanjian ini dibuat 35 tahun yg lalu adalah diantara kerajaan Kelantan dgn Petronas.
    Mustapha harus terima kenyataan ini dan jika Mustapha tidak faham
    lagi dgn perjanjian2 ini samalah
    jugak Mustapha tidak layak nak
    jadi saorang pemimpin.

    Ini persepsi aku.. pemimpin2 UMNO
    adalah jahat semata2 dan khianat
    kpd amanah2 rakyat. Pentingkan
    diri sendiri. Yang masuk UMNO, semuanya nakkan projek dan kekayaan, nak bela rakyat jauh sama
    sekali..

    Diharapkan Tuan Guru Nik Aziz tidak akan menerima wang ihsan ini
    kerana wang ihsan jika diberikan
    bukan kpd kerajaan yg memerintah,
    tapi kapada UMNO melalui Jabatan
    pembangunan Persekutuan (JPP).
    Semoga solat hajat ini akan membuka hati mereka terutamanya
    Najib supaya royalti ini dikembalikan kapada rakyat Kelantan.

    BalasPadam
  2. Lucu ni. Dah tahu macam tu, buat lagi Ku Li dok tunggu dalam UMNO? Belahlah. Suaranya orang dah tak pakai. Walhal dalam Parlimen tu dialah yang paling senior.

    BalasPadam
  3. Peruntukan untuk negeri Kelantan dahulu Tok Pa jugok hok sekat.

    Duit Royalti ni sebenarnya Tok Pa jugok hok sekat, sebab takut tertutup peluang memerintah kembali Kelate.

    Tok Pa ikut Najib ko Najib ikut Tok Pa?

    BalasPadam
  4. Suruh Sultan halau je tok pa tu dariNegeri kelantan, kan orang Umno hormat pada raja. dia mesti keluar punya. jangan mengaku dia sebagai anak negeri. jadikan dia orang bangla supaya dia tidak boleh jadi ahli politik.

    BalasPadam
  5. Tok Pa tu dok kelih kerusi MB Kelate la tu. Oge Kelate nak sokong dio ko? Dio dah kaya, cubo kelih Jeli. Pembangune mencurah-curah di situ. Pas ni dio nak tunjukkan kepada Tuanku yang dio ada sengat.

    BalasPadam
  6. Tak paham isu nih. Aku dapat e-mail kata dulu Ku Li cakap macam lain. Masa kes Terannganu dulu. Artikel bertarikh Nov. 2000 dalam NST.

    Skang cakap cam lain lak. Aku rasa sebab dah lama kena main dengan UMNO kot...

    Artikel Ku Li tu jelas terangkan bahawa negeri semenanjung memang tak layak pon terima wang royalti... Aduss... Camne nak paham nih?

    BalasPadam
  7. begitulah perangai umno.kalu lah kok org kata main piolitik,dio bukan stakat mian curi,rompak,cabul dan sebagainya ado pado dio.kato pas tak pandai printah negeri,umno pandai sangat ko.kes balok dulu umno buat taik kena pas selesai jugak.pas buat jambatan panjang dekat rumah nik amar hargo murah jah,umno buat jambatan pendek makan belanja 12 juta.pandai ko umno.lagu ni org kata bengong bukan pandai.

    BalasPadam
  8. Salam, pelik sungguh bila Ku Li sendiri kuarkan kenyataan itu. Kat sini aku selitkan sedikit petikan dan menerangkan apa yang berlaku di KELANTA. Perkara yang berlaku di Terengganu boleh dijadikan rujukan dengan kenyataan Ku Li pada tahun 2000.

    New Straits Times (Nov 1, 2000) melaporkan Ku Li yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam Perjanjian 1974 di antara Petronas dan kerajaan Terengganu on payments involving petroleum, said the State was not entitled to any royalty from the national petroleum corporation.

    Ku Li menyatakan bahawa Terengganu menerima bayaran tahunan daripada Petronas bukan kerana mereka mempunyai hak atau sebab wang tersebut milik kerajaan negeri. Tetapi, kawasan penggalian berada di luar pesisir pantai negeri. Dari segi undang-undang, semasa Petronas ditubuhkan, negeri-negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak ke atas minyak yang ditemui di pesisiran pantai.

    KESIMPULANNYA, telaga minyak Kelantan telahpun disahkan melebihi 3 nautika oleh Ku Li sendiri dan mengikut fakta di atas, memang Kelantan tidak layak menerima wang royalti minyak.

    So, Boleh terima pakai ke kenyataan dia semalam? Fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  9. Wang ehsan tu macam nak bagi duit kat pengemis saja. Kelantan tu pengemis ka? Hentikan sifat munafik tu!

    BalasPadam
  10. 1Malaysia mungkin adalah agenda PM untuk merampas kembali semua negeri-negri ke pangkuan Barisan nasional. Jika semua di tangan BN barulah kekayaan negara akan diagih kepada negeri-negeri. itulah mungkin 1Malaysia dalam minda PM kita. Kalau itu sasarannya saya rasa sampai kiamat pun Malaysia yang bersatu tidak akan wujud. Sedih bila ada pemimpin pusat kita yang bercakap seolah-olah Negeri-negeri dalam persekutuan macam tanah jajahan bukan sebagai ahli persekutuan negeri-negeri yang bergabung atas dasar perpaduan dan gagasan yang mulia.Di mana demokrasi yang di gembar gemborkan. Berpuluh-puluh tahun negara merdeka tetapi amalan demokrasi masih di tahap yang rendah. 1Malaysia hanya mimpi

    BalasPadam
  11. alih lokasi minyak tu dan saluran minyak ke wilayah terdekat contohnya Pahang baru Kelantan tidak layak. Inilah kalau taksub kepada parti bila kerajaan pusat buat sesuatu yang tidak adil pun kepada negeri pun dia kata betul

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.