22 Jan 2010

Pemergian Allahyarham Bekas Timb. KPN - Semuga Menjadi Pengajaran

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Sedek Ali, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 Sept tahun lepas, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Allahyarham berusia 60 tahun.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Rasdi Ramliberkata Allahyarham, yang cedera parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disolatkan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Mesra Tambahan Kajang, Selangor.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kajang selepassolat Jumaat.

Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala setelah kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Jan 2004dan bersara kira-kira setahun kemudian. - BERNAMA

Ulasan GB

Semuga pemergian Allahyarham menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Tertama kepada polis-polis yang sedang berkhidmat, bahawa Allah boleh memanggil kita pada bila-bila masa.

Apatah lagi jika dipanggil di dalam keadaan kita sedang berlaku zalim dan dipanggil pula dalam keadaan mengejut...

Alfatihah untuk Almarhum..

6 ulasan:

  1. Sangat setuju dengan pandangan tuan, juga jadikan pengajaran kepada ahli2 politik PR yang selalu menghambur fitnah.

    BalasPadam
  2. jangan lupa nizar jugak hampir2 maut dlm kemalangan baru2 ini. itu juga mungkin peringatan dari Allah.

    BalasPadam
  3. MALIM DEMAN, Nizar hampir2 maut? berita mana? yang diketahu hanya luka sikit di tangan.

    Sedangkan bekas timbalan kpn di atas koma.... terus meninggal dunia.

    BalasPadam
  4. Malim Deman tu adalah penyebar cerita bohong @ pengamal sifat munafik!

    BalasPadam
  5. pengajaran bagi orang-orang beriman, jangan bertuhankan pangkat dan wang ringgit.

    BalasPadam
  6. Setinggi mana pangkat..sebesar mana
    darjat.. kerdilnya disisi tuhan,
    kasitu juga akhirnya.. Alfatihah..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.