16 Jan 2010

Pembunuhan Ngeri Ibu Saudara Rosmah – Video Rosmah: Dua Episod Yang Mencurigakan

Selepas menonton dan merasa kegerunan dengan apa yang didedahkan dalam video “Rosmah Puaka”, kini kita dimaklumkan pula dengan berita bahawa empat sekeluarga yang dibunuh dengan kejam di Gemenceh baru-baru ini ada kaitan keluarga dengan Rosmah Mansor.

Yang menjadi kebimbangan IB ialah apa yang didedahkan dalam video tersebut tentang hubungan kekeluargaan yang boleh dikatakan sudah tiada lagi di antara Rosmah dengan ahli-ahli keluarganya yang ditemubual dalam video tersebut mungkin sememangnya benar jika rentetan peristiwa pembunuhan kejam empat sekeluarga tersebut dikatakan tiada khabar berita langsung dari Rosmah Mansor untuk menjenguk dan menzirahi jenazah ibu saudaranya sendiri.

Semalam, suaminya boleh menyuarakan rasa sedih dengan rakyat negara luar yang mati ditimpa bencana gempa di Haiti. Namun, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak langsung bersuara tentang kematian empat orang ahli keluarga isterinya sendiri yang dibunuh dengan kejam.

Apabila berita sebegini semakin menjadi buah mulut orang ramai, maka sukarlah untuk Rosmah dan orang-orang yang terdekat dengannya untuk menidakkan persepsi orang ramai terhadapnya. Berbelanjalah jutaan ringgit kepada konsultan PR (public relations – bukan Pakatan Rakyat ya!) tersohor pun, pasti episod hitam sebegini sukar untuk dipadamkan dari sanubari rakyat. Pergilah mendokong bayi cacat atau berglamourlah dengan artis Bollywood, ingatan orang-orang di Gemenceh sukar untuk melupakan bahawa seorang anak gadis kampung tersebut tidak datang menjenguk ibu saudaranya yang telah dibunuh secara kejam – dan telah tersebarpun seluruh negara beritanya

Ditambah pula dengan pelbagai usaha untuk menutup sebarang kaitan antara mangsa pembunuhan kejam dengan Rosmah agar beritanya tidak tersebar … maka rakyat semakin rasa curiga dengan pelbagai episod-episod yang berlaku dan mereka tidak dapat jawapan sebenar …

* pembunuhan Altantunya
* misteri kehilangan PI Bala
* pelbagai kisah perkahwinan anaknya dan sekatan-sekatan yang dikatakan dikenakan terhadap menantunya
* pelbagai penglibatannya dalam kontrak-kontrak semasa Najib di Kementerian Pelajaran dan Pertahanan
* khabar-khabar tentang campur-tangannya dalam pentadbiran suaminya
* perangai “shopaholic” yang berbelanja mewah semasa mengikuti suaminya dalam lawatan di luar negara


Rakyat tertanya-tanya. Apabila tiada penjelasan yang dibuat dengan baik dan “sebenarnya”, maka rakyat semakin tertanya. Maka semakin banyak khabar-khabar lain yang lebih mudah dipercayai kerana mencari-carikan jawapan. Dan semakin disekat khabar-khabar sebegini, semakin dirasakan ada sesuatu sebab yang hendak disekat.

Sekian, -Ibrahim Baba


4 beranak mati dibunuh
January 6th, 2010 oryza sativa

“TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.

Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.”

Berita Harian 6 Januari 2010




Flashback





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.