25 Jan 2010

Pecat Zul Kulim!

Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim(bawah) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.

Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.

Zaid yang juga ahli majlis pimpinan PKR mengulas laporan polis yang difailkan ke atas ahli parlimen PAS, Khalid Samad yang mencadangkan enakmen agama Selangor dipinda.

Zaid juga memberi amaran imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi (kanan).

"Jika tidak 'Middle Malaysia' akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR itu telah melampaui batasnya.

Bercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.

Anwar mengulas laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli ke atas ahli parlimen Shah Alam, minggu lalu yang mendakwa Khalid Samad, menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.

Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.



4 ulasan:

  1. Salam

    YB Zul ni tunggu PKR buang dia aje, nanti senang ia utk jaja isu pemecatan dia nanti. kalau dia berani baik dia sendiri keluar PKR.

    Utk YB Zul baik YB Zul bertindak sebagai YB Bebas seperti YB Ibrahim Ali dan YB2 SAPP dari sabah barulah macho.

    BalasPadam
  2. kumpulan Pro UMNO wajar disingkir dari pakatan rakyat

    BalasPadam
  3. Pemimpin yg belok dlm perjuangan
    dan bermasaalah, yang menjadi
    duri dalam daging.. pecat saja..
    habis cerita.Orang macam ni tak
    perlu dikekalkan dlm PR.. nanti
    akan menjadi lebeh parah lagi..

    BalasPadam
  4. 0rg cmni pnegak agama.bkn cm k0rg jd anjing dap..agungkn dsai drp nabi. Ke neraka la k0rg cpt.mnjual agama utk ksnangan dunia. Take beer!! 3x

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.