14 Jan 2010

Memorandum Bantah Kenaikan Harga Gula

Dewan Muslimat PAS Selangor menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga gula kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memorandum berkenaan mendesak KPDNKK mengkaji semula kenaikkan harga gula sebanyak 20sen yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Memorandum diserahkan ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan kepada setiausaha politik menteri KPDNKK, Azizan Che Omar.

Wan Hasrina berkata desakan itu dibuat kerana kenaikan harga gula memberi tekanan hidup dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Hasrina berkata, KPDNKK menjelaskan kenaikan harga gula daripada RM1.45 kepada RM1.65 dirasakan masih releven pada masa kini.

“Dimaklumkan kenaikan(kesan) itu tidak lah tinggi sangat iaitu 0.07sen sahaja. Mungkin nmereka tidak nampak kesannya kerana ia dirasai rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan kesan kenaikan barang lain,”katanya.

Bagaimanapun Hasrina berkata, rakyat bakal dihimpit bebanan besar apabila kerajaan melaksanakan hasratnya mahu menaikkan harga petrol mulai 1 Mei ini.

“Kami mendesak supaya memorandum ini sampai kepada Menteri dan dibuat kajian semula. Bukannya subsidi gula ini diberi menjelang pilihanraya sahaja. Biasanya digula-gulakan rakyat menjelang tahun pilihanraya kemungkinan 2012 akan datang, mungkin diturunkan sedikit harga barang-barang. Tetapi bilaselesai pilihanraya dan mereka dapat tampok pemerintahan dinaikan semula harga barang,”katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada kerajaan pusat yang mempunyai kuasa mengawal harga barang supaya prihatin dengan masalah rakyat jika mahu memastikan Barisan Nasional mahu kekal bernyawa.

Katanya jika kandungan memorandum berkenaan tidak diendahkan KPDNKK, pihaknya tidak teragak-agak untuk menganjurkan demonstrasi mendesak kenaikan harga gula dikaji. -TVS


4 ulasan:

  1. kita sokong harga gula naik 200% supaya rakyat tolak BN 100%

    BalasPadam
  2. cuba beri peluang Pakatan Rakyat perintah 1 penggal dan lihat perubahan!!!

    BalasPadam
  3. Pakatan rakyat perlu 5 tahun sahaja untuk perubahan, sedangkan BN dah lebih 53 tahun tapi nmenindas rakyat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.