16 Jan 2010

Klinik 1 Malaysia Hanya Propaganda

Penubuhan klinik 1Malaysia yang dianggap memberi faedah kepada rakyat berpendapatan rendah dengan bayaran hanya RM1.00 tidak lebih dari propaganda kerajaan semata-mata.

Menurut Naib Presiden Keadilan dan bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, (gambar) bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan klinik 1Malaysia tidak berbeza dengan kos rawatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini yang mengenakan caj pada kadar yang sama.

“Ini adalah satu propaganda sahaja untuk menawan hati rakyat. Saya perkuatkan sistem itu bila saya menjadi menteri kesihatan selama sembilan tahun,” ujarnya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Beliau juga mempertikai klinik tersebut kerana tidak diselia oleh doktor atau pakar perubatan bertauliah, sebaliknya pemeriksaan kesihatan hanya dijalankan oleh pembantu perubatan dan jururawat biasa.

Malah katanya, adalah amat memalukan apabila klinik 1Malaysia yang tidak mempunyai perkhidmatan doktor itu diwujudkan di tengah-tengah bandaraya.

“Sepatutnya mana ada klinik di Lembah Kelang tanpa perkhidmatan doktor, tanpa perkhidmatan pakar perubatan. Mana ada klinik di bandar besar yang pemeriksaan kesihatannya dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat. Ini hanya menjadi bahan ketawa saja,” ujarnya.

Katanya lagi, klinik tanpa doktor kebiasaannya hanya wujud di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman kerana ia tidak boleh dielak akibat kekurangan doktor terlatih di kawasan terbabit.

Mengulas lebih lanjut, Chua berkata, sepatutnya kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sedia ada, dan bukan dengan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik seumpama itu.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak tepat, sepatutnya lebih baik kerajaan perbaiki mutu perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai doktor dengan dibantu jururawat dan pembantu perubatan. Saya tak nampak logik kewujudan klinik 1Malaysia ini” ujarnya.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Menurut Presidennya, Dr David K L Quek, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

“MMA percaya klinik-klinik sedemikian dalam kawasan bandar bakal menjadi terlalu banyak dan membazirkan wang rakyat.

Tambahan pula, pegawai perubatan yang tidak berdaftar sebagai doktor yang menyeliakan klinik ini juga menjadi satu kesalahan, melemah dan merendahkan standard perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan. -FMT


MMA slams 1Malaysia clinics
(The Sun)

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.

Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.

A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.

However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.

"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.

“The standard of medical care should not be compromised."

Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.


2 ulasan:

  1. kerja UMNO meryusahkan rakyat, menjadikan kehidupan rakyat tersepit.

    BalasPadam
  2. kalo aku mmg xkan pergi la klinik 1 malaysia ni..sebab utama kerana yg merawat tu pembantu perubatan jer..bg aku pembantu perubatan ni bukan la tahu seelok belok ilmu perubatan ni berbanding doktor perubatan..pembantu perubatan atau nama baru penolong pegawai perubatan atau nama kuno dressar ni sama jer dgn jururawat tu..latihan nya lebih kurang sama jer..dah la bukan yg pandai pon masuk latihan pembantu perubatan ni..tak mcm doktor..diorg ni mmg terpilih dan bijak..kerajaan salah dr segi ni..aku ni pon kakitangan kerajaan gak..tp aku mmg xmenyokong klinik 1 malaysia sbb bukan doktor yg handle klinik ni..aku lebih rela pegi klinik swasta tu drp g klinik 1 malaysia ni sbb kat sana ader doktor bertauliah berdaftar dgn lembaga perubatan..tak per bayar lebih ckit pon..sbb ni melibatkan kesihatan iaitu idup dan mati..penting tu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.