8 Jan 2010

Demo Masjid Negara

Kira-kira 200 umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini mengadakan demonstrasi untuk membantah penggunaan kalimah Allah.

Polis memantau Masjid Negara dari udara.

Di lapangan, ribuan umat Islam mengerjakan solat Jumaat, diperhatikan oleh puluhan anggota polis.

Kawalan keselamatan ini bertujuan menghindar tunjuk perasaan yang dikhuatiri boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Beberapa kain rentang dinaikan untuk mengenengahkan isu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar kristian menggunakan kalimah Allah.

Namun umat Islam sendiri membuktikan mereka tidak cepat mengikut emosi.

Solat Jumaat berjalan lancar dan jemaah menghayati khutbah yang disampaikan bersabit isu yang dibicarakan.

Selain ribuan jemaah yang mengerjakan solat Jumaat, turut hadir wakil-wakil yang menggelar diri sebagai Gerakan Bantah Penggunaan Kalimah Allah.

Mereka ini mewakili persatuan seperti TERAS, PERKASA, PERSATUAN PENGGUNA Islam MALAYSIA (PPIM), PEWARIS, dan Kimma dan Pekida.

Tujuan mereka ialah meraih sokongan jemaah untuk menyertai tunjuk perasaan bersabit isu penggunaan kalimah Allah.

Namun hanya kira-kira 200 orang jemaah yang meluangkan masa untuk mendengar ucapan wakil badan-badan itu.

Pemimpin wakil-wakil berkenaan bertegas bahawa kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat Islam.

Kehadiran anggota polis memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini dan tunjuk perasaan oleh badan-badan ini bersurai selepas kira-kira 15 minit.



2 ulasan:

  1. demo anjuran UMNO tak dapat sokongan, tak seperti gerakan mansuh ISA dulu..

    BalasPadam
  2. ..rezeki dua orang anak buah ku yang singgah bersolat jumaat diberi habuan rm100 seorang yang hanya memegang banner tertulis 'Allah is just for Muslim', rezeki dari Allah la tu gamaknya..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.