31 Jan 2010

Berniaga Politik Lebih Baik Dari Berniaga Unta..

Keputusan JK Disipilin Pas Pusat yang menggantung jawatan Ahli Parlimen Khalid Samad selama 6 bulan telah menimbulkan macam-macam persepsi terhadap Pas. Jangan terkejut sekiranya keputusan tersebut menyebabkan ada pemimpin Pas peringkat pusat yang malu kepada ahli -ahli Pas dan penyokong Pas sendiri.

Ada AJK Pas Pusat jadi malu bila terima call dan sms yang macam-macam tentang JK Disipilin Pas Pusat terhadap Khalid Samad. Ramai yang menjangkakan hukuman keras terhadap Hasan Ali tetapi yang terjadi adalah disebaliknya.

Ini antara sms yang diterima memperli dan perlekehkan keputusan JK Disipilin Pas terhadap Khalid Samad:

"Hukuman pada Khalid Samad dan Hasan Ali - Tuan Ibrahim buat lawak. Ahli panel tatatertib Pas boleh join team Zunar. Kah kah kah. Dunia dunia. Meniaga politik lagi baik daripada meniaga unta."

"Kawaq(Pencuri) masuk dalam rumah. Khalid jerkah. Tau-tau Khalid yang kena gantung. Kawaq(Pencuri) diberi amaran saja"

Apa boleh buat keputusan telah dibuat, dah tak boleh nak buat apa dah. Nasi dah jadi bubur. Pimpinan Pas masih dalam dunia mereka belum sedar daripada mimpi yang enak. Mereka tidak tahu hatibudi rakyat dan pengundi yang bagi peluang kepada mereka.

Lepas ni akan keluarlah ayat-ayat wala' dan gesa ahli dan penyokong kuatkan tarbiyyah ruhiyyah, mantapkan ukhwah dan macam -macam yah lagilah untuk kita.. -misaimerah

Ulasan GB

Misaimerah punya tulisan setakat ni GB lihat masih cool walaupun GB dah jatuhkan bom tangan melalui entri sebelum ini.

Nak tunggu J/K Disiplin panggil GB. Tapi mereka kena pastikan sebelum panggil GB, tunjukkan kesahihan jawatan mereka sebagai Jawatankuasa dulu. Perlembagaan mana yang mereka gunakan.

Kalau tak berjaya dibuktikan, GB akan kata, lucut segera pakaian awak sebagai J/K Disiplin. Jangan jadi muka tak tahu malu mengenakan pakaian yang awak tak layak.

Kes mahkamah, no problem, tanpa peguam insyaAllah GB yakin menang.

Alaisallahu biahkamil haakimiin - bukankah Allah sebaik-baik hakim?

8 ulasan:

  1. pemimpin Pas boleh dijual beli, yang salah boleh bebas, yang tak bersalah dihukum.

    BalasPadam
  2. Baru jadi pemimpin parti dah tak betul, bagaimana nak perintah malaysia?

    BalasPadam
  3. DAP yang bukan islam lebih telus dan betul dari J/K Disiplin Pas

    BalasPadam
  4. sebab ada UG Pas dah nak jadi macam UMNO

    BalasPadam
  5. Keputusan juri adalah muktamad. Serupa keputusan mahkamah UMNO lah!... Kah!...3X

    BalasPadam
  6. sebenarnya semua bersalah, TGNA juga bersalah kerana sebagai Mursidul Am PAS beliau boleh mengunakan kuasa beliau untuk mencabar keahlian JKD, maka semua pemimpin PAS bersalah, mereka tidak membaca perlembagaan seperti mana GB baca, mereka tak faham seperti GB faham, mereka semua pendusta kerena mendusta ahli (selain GB yg tidak dapat didustakan) maka kita perlu reform, kita sekarang (ramai ni) samada menyerang dan menawan PAS atau kita semua keluar PAS (klu kita ahli) biar PAS lemah, maka masa tu kita semua boleh ambik alih pemerintahaan PAS, kita dah ada pemimpin pelapis, Aduka Teruna, GB, Tulang Besi, Topeng Perok, Ali BangangSerai dll. Ayuh.. apa kita tunggu lagi, sekarang sudah terbukti hihihi

    BalasPadam
  7. apa nak jadi.. apa nak jadi.. sampai sekarang terbalik lagi.. oh mak, oh bapak.. dunia dah nak terbalik...

    BalasPadam
  8. kah..kah..kah..kah.. lamanya JK Disiplin spend masa... nak ringankan hukuman ke atas hasan ali berfikir sampai sebulan.. kah..kah..kah..kah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.