12 Jan 2010

Alwi Tunai Haji Tajaan LUTH?

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mendesak agar Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) menjelaskan pemergian ke Makkah untuk menunaikan haji yang dikatakan ditaja oleh Tabung Haji.

Reaksi tersebut diluahkan Husam setelah Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mempersoalkan salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya nak tanya Alwi yang membangkit isu ini (kek), walaupun nilai kecil tetapi ia amalan lazim korporat. Saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Badawi) bersama 20 orang VVIP dan tambang itu disediakan oleh Tabung Haji.

“Saya minta penjelasan dia, kalu dia dok sibuk kes PMBK, pemergian haji dia perlu dijelaskan kepada masyarakat, kenapa Tabung Haji biayai pemergiannya ke Makkah?” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Semalam Alwi berkata, beliau mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek bernilai RM516 sebiji yang diberikan kepada enam pihak termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Abdul Arif Fahmi Abdul Rahman.

Sehubungan dengan itu, Md Alwi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana badan tersebut turut menjalankan siasatan terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK. -SH

Ulasan GB

Kokok berderai-derai, rupanya ekor sendiri bergelumang najis. Alwi alwi!


2 ulasan:

  1. Pemimpin2 UMNO, buatlah apa saja
    dipandang baik disisi pemimpin2nya
    tapi Datuk Md Alwi Che Ahmad, Adun
    Kok Lanas tidak pernah bersuara dan
    menpertikaikan Annwar Musa tentang
    kehilangan wang PPRT sebanyak 36 juta. Mungkin beliau tidak berani
    dan takut kpd Annwar Musa. Tapi
    TGNA, cuma dihadiahkan kek yg bernilai Rm500 sahaja. Pasal kek pun nak jadikan isu. Inilah bangkrapnya pemimpin2 UMNO seperti
    Md Alwi nak jadikan modal politik.
    Jika Alwi bersungguh2 nak hapuskan
    pemimpin2 yg berasuah, kenapa tidak
    persoalkan Khir Toyol dgn Istananya, Rafidah Aziz dgn APnya,
    Nazri Aziz dgn permit teksi, najib
    dgn kapal selamnya, Annwar Musa dgn
    wang PPRTnya dan Khairy dgn saham
    nya yg bernilai berjuta2 dan banyak
    lagi pemimpin UMNO yg kaki rasuah
    yg boleh dipertikaikan tapi Alwi
    double standard dlm isu2 ini. Che
    Alwi tak layak bercakap pasal rasuah, jika Alwi hanya nampak kuman diseberang tapi gajah didepan
    mata, Alwi pejamkan kedua2 belah
    mata sehingga Alwi jadi buta tentang rasuah yg sebenar2nya..

    BalasPadam
  2. UMNO perasuah utama di malaysia

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.