Adun Morib Hasiman Sidom didapati menyalahgunakan wang peruntukan buat penduduk Morib untuk membiayai kempen pilihanrayanya dalam PRU12 lalu.
Beliau didapati membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 ribu yang diagih-agihkan kepada 30 Ketua Cawangan Umno di Dun Morib, serta RM60 ribu lagi untuk perbelanjaan Pemuda dan Puteri Umno kawasannya.
Perkara ini didedahkan panel Selcat, Azmin Ali di Pendengaran Awam Selcat, hari ini.
Dato’ Asmawi Kasbi ditegur Azmin kerana gagal menjalakan tugasnya selaku pengawal dana awam, walhal mengetahui wang itu tidak digunakan untuk kebajikan rakyat termiskin, sebalik untuk berkempen.
Asmawi memberi alasan Perbendaharaan Negeri tidak mengeluarkan arahan jelas melarang bayaran dibuat ke atas badan politik.
“Bagi Adun Morib, YB Hasiman Sidom daripada 500 ribu ringgit, 120 ribu ringgit diserahkan kepada Umno bahagian, Pemuda dan Puteri 60 ribu, cawangan-cawangan Umno sebanyak 30, 60 ribu juga, makna dari 500 ribu, lebih 1 perlima diserahkan kepada Umno,”katanya.
Hasiman Sidom dilaporkan turut menggesa Asmawi membenarkan wang rakyat Morib dibelanjakan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Umno di 16 pusat daerah mengundi.
Selcat juga diberitahu sejumlah RM25 ribu ringgit disalahguna untuk kerja-kerja pengubahsuaian Pusat Khidmat Rakyat.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila kesemua cek pembayaran yang dibuat atas nama pemimpin Umno itu habis digunakan dalam masa sesingkat 1 bulan setengah.
“Maknanya kalau apa-apa pembayaran itu tuntutan itu dibuat mengikut peraturan kita bayar, cuma penerimanya sama ada Umno atau bukan saya rasa bukan tanggungjawab saya, maknanya patutnya wakil rakyat kena tentukan sendiri kebanyakan penerima-penerima adalah orang tempatan situ, cuma nama jer mungkin Umno, tapi mungkin penerimanya yang sebenarnya yang mendapat faedah tak semestinya orang Umno,”jelasnya. -TVS

Bila Pakatan Rakyat menggunakan Selcat untuk mendedahkan penyelewengan pemimpin Barisan Nasional mengenai duit rakyat, maka pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO bergitu terdesak menggunakan SPRM untuk menahan, menyiasat, mendera pemimpin Pakatan Rakyat khasnya DAP dalam hal yang bersangkut paut dengan rasuah demi untuk menunjukkan siapa lebih hebat...
BalasPadamInilah akibat terlampau lama berkuasa maka mereka rasa segala amanah yang diserahkan ketangan mereka seolah-olah tiada makna malah rezeki rakyat mereka jolikan seolah-olah harta mak bapak mereka yang punya.
Betapa bercelarunya fikiran pemimpin UMNO masakini memikirkan nasib mereka dalam pilihanraya yang ke13... hutang macam mana nak bayar, hidup atau mati, lari atau tunggu, dalam penjara atau bebas...?
Hanya rakyat malaysia yang akan menentukan nasib mereka...