Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.
"Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar di sini Rabu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lepas dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.
Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.
Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
"Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata sejumlah 352 kes telah disiasat oleh SKMM sepanjang tahun lepas dan dari angka tersebut 13 pertuduhan telah dibawa ke mahkamah, sama ada kerana kesalahan mengikut Seksyen 232 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kes-kes yang dikompaun ialah 38 dan jumlah denda atau kompaun yang diterima ialah RM460,000, manakala kes yang masih dalam siasatan ialah 174 dan kes yang memerlukan siasatan lanjut atas arahan timbalan pendakwa raya ialah 36," katanya.
Sejumlah 88 kes pula telah ditutup oleh pendakwa raya atas sebab-sebab tertentu, sama ada tidak cukup bukti ataupun atas budi bicara jabatan berkenaan, katanya.
"Ini termasuklah kes-kes di mana mereka yang telah terbabit mungkin telah memohon maaf ataupun dalam kes-kes tertentu pula didapati bahawa barang-barang yang disiasat itu tidak dapat menimbulkan pembuktian yang jelas.
"Jadi kesemua ini menunjukkan bahawa bidang bagi seseorang itu memohon maaf secara formal memang ada dan digalakkan tetapi itu hanya boleh dibuat semasa mitigasi hadapan dengan hakim atau pihak yang menghakimkan kes-kes tersebut dan juga sekiranya diterima oleh pihak-pihak tertentu seperti kes blogger yang melibatkan pihak diraja kita di Johor," katanya.
Rais berkata SKMM telah diarah untuk bertindak tegas dalam menangani perkara itu selain menjalankan siasatan secara adil dan objektif.
-- BERNAMA
Ulasan GB
Inilah yang GB tekankan di dalam tulisan-tulisan yang lalu. Sepatutnya sebelum melapor dan menyerah diri ke Balai Polis, AT berusaha ke Istana Johor untuk mengadap Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Johor yang baru ditabalkan memohon maaf.
Seandai ia telah dilakukan terlebih awal, dan Sultan perkenan mengampunkan, maka terdiamlah semua para penjerit di alam siber atau di atas bumi meminta AT disiasat dan ditangkap.
AT memilih ke Kota Bharu. Kerana dua faktor, faktor isteri dan faktor rakan. Mungkin yang memburukkan keadaan pada masa itu, Pemuda PAS Johor sendiri meminta beliau ditangkap dan disiasat, bukan untuk membantu mententeramkan keadaan.

Aduka nak pergi mengadap istana johor dlm suasana sedih masa lepas kebumi tu? Hilang akal per...
BalasPadamPemuda PAS nak mengambil kesempatan tu yg tak masuk akal pulak. Dalam kes kepala lembu hari tu tak ada pun nak bising-bising?
Hilang akal?
BalasPadamYang tak berakal AT sendiri yang dah menulis tanpa memikirkan implikasinya.
Lepas dia sendiri hilang akal bila dah tersepit.
Sekarang terima padahnya. Saya rasa GB cuba menunjukkan jalan terbaik.
Aduka taruna mmg dah hilang akal gamaknya.
BalasPadamGB plak...biasalah...rakan seperjuangan walaupun dari kem sebelah kot..cover jangan x cover
Belum pun dibicarakan sudah ada orang yang lebih besar suaranya dari hakim, mengarahkan bahawa Aduka perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya...?
BalasPadamMasih lagi mahu menceritakan hal AdukaTaruna...? Itu semua pekara remeh yang mahu diperbesarkan....
Isu besar kenapa dikecilkan dan mahu dilupakan...? Orang jual peralatan tentera udara apa cerita...? Dah tutup kes ke..?
Isu PKFZ bila nak selesai...? Kapal selam yang baru dibeli itu boleh tenggelam hingga kedasar laut..?
Harga barang keperluan akan dinaikan dalam masa yang terdekat...?
Harga tol, harga petrol akan dinaikan juga, kenapa tidak difikirkan bagaimana nak mengatasi masaalah itu...? Stupid ke..?
Sekarang sudah ada pemimpin PKR ingin mendedahkan orang yang membakar gereja adalah dari parti UMNO... kes lebih besar akan terbongkar...?
Alahaiii AdukaTaruna.... kamu telah disihir menjadi seekor kambing, cuma warna bulu kamu belum ditentukan sama ada ia akan berwarna hitam, putih, kuning, hijau atau pun biru.
Kalau bulu kamu ditentukan warna hitam, sah lah kamu telah dikambing hitamkan oleh puak jumud....
"tabahkan hati hadapi ujian..."
Aku tak paham la GB. Pemuda PAS desak Aduka dihukum atas sebab apa? Sebab dia HINA Aishah dan Muawiyah. ISTERI DAN SAHABAT NABI!
BalasPadamSo apa masalahnya? Ke sebab dia pro PAS (kenkonon), kita kena senyap. kita kena bela tindakan dia hina ahlulbait?? Kalau dia mintak maaf dah lain cerita la. Tapi dia siap pertahankan tindakan menghina dia tu.
Ok la, senang sembang, soalan aku pd kau GB, setuju tak dengan tindakan Aduka hina isteri Nabi dan apa tindakan yg patut kita buat?