Mahkamah Tinggi,di sini menetapkan 30 Mac ini untuk mendengar permohonan jaminan kos yang difailkan oleh kerajaan Malaysia dan bekas penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Pendaftar, Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh berkenaan ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, yang mewakili kerajaan Malaysia ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata, pihaknya dan Abdul Razak memfailkan permohonan jaminan kos berikutan saman yang difailkan oleh keluarga Altantuya bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana kematian wanita itu.
"Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif (keluarga Altantuya) mendepositkan sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka," katanya.
Beliau berkata mahkamah telah mengarahkan semua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum 9 Feb ini sebelum meneruskan dengan pendengaran permohonan jaminan kos itu.
Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki wanita itu, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan, Abdul Razak dan dua tertuduh dalam kes pembunuhannya, C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.