18 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Kerajaan Tahu Saya Dimana - Bala

Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (gambar) selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri.

Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai.

Bala memberitahu, ketua pasukan cawangan khas itu dikenali sebagai ACP Muniandy.

Bala berkata, pada 7 Julai 2008, pegawai perhubungan cawangan khas di kedutaan Malaysia di Bangkok menghubunginya dan memintanya memberikan kenyataan pada keesokannya. Bala berkata, ini menunjukkan kerajaan memang mengetahui setiap pergerakannya.

Di sebalik, soal siasat di Bangkok dan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat dalam tempoh 24 jam, tidak ada sebarang arahan dibuat sama ada polis mahupun pejabat Peguam Negara supaya penyiasatan dibuat terhadap kes Altantuya.

Akhbar arus perdana tidak langsung membuat liputan terhadap pendedahan terbaru Bala ini, berbeza dengan laman-laman web yang memberi fokus utama sejak minggu lalu.

Bala dipetik berkata demikian dalam laman web Malaysia Today. -TVS



Era Najib Altantuya : ADUN Sngor Gesa Henti Hantar Pelajar Ke BTN

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) mengesa kerajaan negeri supaya menghentikan penghantaran pelajar institusi pengajian tinggi swasta miliknya ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) Jabatan Perdana Menteri.

Gesaan berkenaan dibuat selepas UMNO-Barisan Nasional mengugut untuk menggantung graduasi pelajar institusi berkenaan sekiranya enggan menyertai program anjuran biro tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Caves, Amiruddin Shari program tersebut bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

"Sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya hal ini turut di propagandakan ke minda pelajar-pelajar bahawa mereka hadir ke program BTN kalau tidak mereka tidak graduate,ini satu penipuan"katanya.

Amiruddin berkata demikian dalam sidang media selepas selesai Sidang Dewan Negeri hari ini, di bangunan Annex,Shah Alam.

Manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, modul-modul yang bersifat politik kepartian Umno-BN tidak sepatutnya disertakan dalam program berkenaan.

"Dan dalam sepanjang program tersebut diungkapkan ialah keadilan ini seperti Anwar Ibrahim adalah ejen Yahudi,DAP adalah ejen Singapura dan Pas adalah parti ajaran sesat itu sahaja yang disertakan dalam modul-modul mereka yang bersifat kepolitikan sepatutnya tidak wujud dalam program dibawah Jabatan Perdana Menteri", kata Nik Nazmi.

Beliau berkata, sebaliknya mahasiswa perlu didedahkan dengan program-program berbentuk keilmuan serta diberikan ruang mengemukakan pandangan tanpa perlu menyekat perkembangan dan merencatkan minda mereka.

Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat adalah, Universiti Industri Selangor, Institut Pendidikan Negeri Selangor(Inpens) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa(KUIS).

Gesaan ini turut dibuat oleh Adun Teratai, Jenice Lee,Adun Subang Jaya,Hannah Yeoh,Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ,Adun Sekinchan,Ng Suee Lim, dan Adun Rawang Gan Pei Nie. -TVS



Era Najib Altantuya : Gaddafi Berdakwah Kepada 200 Wanita Itali

Pada hari Sabtu lalu dua-ratus wanita yang suka pesta, diundang untuk hadir dalam acara mewah yang berlansung di Rom.

Tentunya wanita-wanita muda belia itu menduga akan ada acara makanan ringan dengan ragam minuman. Ternyata tidak begitu, para wanita cantik itu dianjurkan untuk masuk Islam.

Proses pemilihan itu cukup ketat. Gadis-gadis itu syaratnya harus cantik, berusia antara 18 sampai 35 tahun dan setidaknya memiliki tinggi badan 170cm.

Peraturan pakaian mereka pun sangat ketat, yang dadanya terbuka jauh ke bawah dan miniskirt, pasti tidak akan boleh ikut serta.

Kedua-ratus wanita muda itu datang bersama. Mereka dibawa dengan sejumlah bas ke kawasan perumahan mewah di ibukota Itali. Semua yang datang melaui kamera keselamatan yang dipantau di layar monitor di ruang menyambut tetamu.

Setelah itu para perempuan itu dibiarkan menunggu. Sebahagian mereka mengeluh, kerana tidak melihat sebarang air minum yang disediakan.

Yang misteri adalah siapa gerangan yang melaksanakan pesta, satu jam kemudian, jatidiri tuan rumah mereka akhirnya terungkap, yaitu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang terbang ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom.

Gaddafi kemudian menyampaikan ceramah tentang Islam. berusaha keras meyakinkan para tamunya bahawa Islam tidak meremehkan kaum wanita seperti disangkakan banyak orang.

Ia kemudian mengajurkan agar mereka menjadi Muslimah. Sekitar dua jam berikutnya, para wanita tersebut pergi sambil memendam rasa hairan.

Namun, mereka masing-masing dihadiahkan 50 euro (RM302) dan senaskah al-Qur'an.



Era Najib Altantuya : Penduduk S.Alam Bantah JAIS Batalkan Tauliah Khalid Samad

Lebih 650 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

Bantahan tersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan.

"Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Izham Hashim, sebagai ahli kariah di situ, mengetuai sidang media.

Kempen kutipan tandatangan itu akan dilanjutkan lagi selama seminggu sebelum tindakan lanjut, katanya.

Dihubungi pagi ini, Mohd Jamil berkata beliau mengambil inisiatif menganjurkan kempen tersebut bagi mendengar pandangan awam berhubung isu tauliah – yang kini menjadi kontroversi susulan pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008 (foto atas), pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh jabatan itu dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung ahli parlimen BN Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam. -malaysiakini


Penduduk Shah Alam Serah Memorandum Bantah Tauliah Khalid Samad Di Batal

Kira kira 30 orang wakil penduduk Shah Alam hadir dalam satu sesi penyerahan memorandum bantahan terhadap pembatalan tauliah sementara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Memoradum itu diserahkan wakil penduduk Shah Alam, Mohd Jamis Abdul Rahim kepada Pengerusi Penduduk Zon 16, Ir Izham Hashim dengan tandatangan 649 penduduk untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut Izham, tindakan Jais membatalkan tauliah sementara Khalid dilihat tidak mencerminkan ketelusan dalam pentadbiran badan agama itu.

“Macam mana JAIS buat pertimbangan dalam beri tauliah.Saya dimaklumkan masih ramai lagi yang tidak diberi tauliah walaupun mereka kelulusan yang tinggi dalam bidang agama.jadi apa alasan untuk tak berikan tauliah.Kalau dibiarkan JAIS boleh sesuka hati dalam nak beri tak beri tauliah bukan atas asas yang jelas”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum penyerahan memorandum tersebut di TTDI Jaya, petang tadi.

Kata Izham, petisyen yang ditandatangani 649 penduduk itu akan diteruskan selama tujuh hari sebelum diserahkan kepada Pengarah Jais, Datuk Khusrin Munawi.

Tambah Izham lagi, pihaknya mengharapkan penjelasan daripada Jais berhubung isu ini kerana masyarakat keliru dengan piawaian sebenar yang diluluskan oleh badan agama kerajaan negeri itu.

Terdahulu,JAIS telah menarik balik tauliah Khalid Samad dengan alasan ceramah yang disampaikan beliau tidak mantap walhal umum mengetahui kredibiliti tokoh penceramah itu.

“Menurut pemerhatian kami yang pernah mengikuti cermah,kuliah,seminar,tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh YB Haji Khalid Samad,kami dapati penyampaiannya amat mantap,jelas dan bertepatan dengan nas nas Al Quran dan Hadis”,tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, perkara ini seharusnya diambil perhatian agar perkembangan dakwah Islam di negeri ini dipermudahkan dan tidak disalahgunakan. -TVS





Era Najib Altantuya : Rasuah, Kit Siang Desak Ahmad Said Letak Jawatan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri ahmad Said Hamdan kerana kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh mendadak.

Beliau menyifatkannya sebagai satu perkara yang memalukan Negara dalam keadaan Perdana Menteri, Najib Razak mengisytiharkan perang ke atas rasuah.

“Ini adalah kejatuhan terburuk dalam kedudukan CPI dan skor untuk Malaysia sejak CPI tahunan diperkenalkan oleh Transparency International (TI) pada 1995, bila Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 negara dengan skor 5.28 mata.

“Ini memalukan Negara, dan penilaian terhadap pembaharuan SPRM dan laungan pentadbiran baru oleh Ahli Parlimen Pekan (Najib Razak) yang mengisytiharkan perang terhadap rasuah adalah salah satu daripada enam KPI utama dalam pentadbirannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.

Transparency International semalam mendedahkan bahawa Malaysia kini kegiatan rasuah di Malaysia dilihat semakin meningkat berbanding sebelumnya.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-56 daripada 180 negara yang mana skor untuk indeks rasuahnya hanyalah 4.5 mata daripada 10 mata. Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 5.1 mata.

Menurut TI, kedudukan ini dilihat berkemungkinan disumbangkan oleh factor persepsi di mana terdapatnya sesetangah ahli politik yang terlibat dengan rasuah.

Selain itu, SPRM juga dilihat lebih focus untuk menangkap ‘ikan-ikan kecil’ dan ahli poltik pembangkang.

“Misteri kematian setiausaha politik DAP, Teoh BEng Hock pada 16 Julai lalu di ibu pejabat SPRM dan kegagalan SPRM untuk mendakwa mereka yangterlibat dalam skandal RM12.5 bilion PKFZ dan kes Video Lingam adalah factor utama Malaysia kedudukan terburuk yang pernah dicatatkan Malayisia dalam TI CPI.

“Ini disahkan oleh keyataan TI dalam Laporan CPI 2009 terhadap persepsi ‘kurangnya kehendak politik akan mempengaruhi keberkesanan menangari rasuah seperti fokus SPRM yang hanya kepada ‘ikan-ikan kecil’ dan pembangkang,” katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata beliau telah memberitahu Speaker suapaya perkara ini dijadikan usul tergempar untuk dibahaskan kerana ia melibatkan kepentingan awam. -TVS



Era Najib Altantuya : Paip Air Bocor Punca Bkt Antarabangsa Runtuh

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.

Menurut Khalid, faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun.

Ini merupakan pendedahan keempat Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya mengenai kejadian yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo musnah dan lima kematian pada hari kejadian.

Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang setiap satunya hanya berselang tiga ke lima minit.

Beliau bersedia untuk bertemu dengan penduduk di Bukit Antarabangsa bagi mengkaji serta menyelesaikan permasalahan mereka.

"Saya harap masyarakat di Bukit Antarabangsa akan mengetahui keadaan sebenar kejadian tanah runtuh tersebut dan kerajaan negeri akan membuat perjumpaan dengan mesyarakat disana pada awal Januari ini,bagi mengkaji semula apakah pengajaran yang kita dapati dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah dicerun itu dan bagaimana cara untuk membantu mereka serba sedikit yang mengalami tragedi Bukit Antarabangsa,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, hari ini.

Menurut Khalid lagi, kajian siasatan kejadian tanah runtuh adalah untuk mengenalpasti punca-punca kejadian tanah runtuh, faktor-faktor penyumbang kejadian tanah runtuh dan cadangan yang disyorkan untuk mengatasi.

Salinan buku laporan tersebut boleh diperolehi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mulai Isnin ini.


Era Najib Altantuya : Karpal Sahut Cabaran Nazri Untuk Dakwa VK Lingam

Pengerusi DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini Rabu.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri sedang mencari sukarelawan bagi mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

"Dalam perkataan lain, perkara ini termasuk di bawah Seksyen 3(1c) Akta Hasutan, yang mentakrifkan kecenderungan untuk menghasut sebagai kecenderungan untuk menghina atau mewujudkan kebencian terhadap bidang kehakiman di negara ini, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata di England, adalah perkara biasa bagi Peguam Diraja atau pengamal undang-undang bebas untuk bertindak sebagai pendakwa, sekiranya kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Karpal berkata mengikut Seksyen 5 akta yang sama, "tiada seorang pun boleh didakwa bagi kesalahan mengikut Seksyen 4, tanpa mendapat kebenaran Pendakwa Raya.

"Jika AG bersetuju... saya tak nampak ada sebab kenapa Nazri tidak bersetuju untuk memberi kebenarannya secara bertulis, jika diambil kira kenyataan menteri itu di lobi parlimen semalam," katanya.



Era Najib Altantuya : AMK Seru Komponen PR Bersatu Laksana Agenda Reformasi

Angkatan Muda Keadilan Malaysia hari ini menyeru agar ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pakyat bersatu-padu untuk melaksanakan dasar perubahan dan agenda reformasi. Usaha ini penting untuk mengelakkan Barisan Nasional merampas semula 2/3 majoriti dalam kerusi parlimen pada PRU Ke-13.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon, Pakatan Rakyat mesti meneliti secara serius tentang keputusan kajian selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Keputusan tersebut boleh dijadikan satu tanda peringatan untuk kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memperkukuhkan sokongan rakyat dan sekaligus mewujudkan sistem dua-parti di Malaysia.

Katanya, mengikut statistik kajian selidik tersebut, sokongan kaum India terhadap BN telah meningkat secara mendadak dari 35% ke 55%. Manakala masyarakat Melayu pula menaik sedikit sebanyak 4% iaitu dari 53% ke 57%. Sekiranya parlimen dibubarkan sekarang, Pakatan Rakyat akan hilang 20 hingga 30 kerusi dan menjadi jumlah kerusi dalam parlimen tinggal 50 hingga 60 kerusi.

Walaupun keputusan tersebut hanya sekadar rujukan tetapi sudah mencukupi untuk mengingatkan wakil rakyat yang tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi amaran kepada mereka yang tidak mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan. Sekiranya mereka masih tidak berubah, maka kemungkinan besar akan digugur pada PRU Ke-13.

Menurutnya lagi, AMK berpendapat bahawa setiap lapisan pimpinan Pakatan Rakyat harus memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Hanya dengan semangat reformasi yang mengutamakan rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, barulah boleh menyakinkan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN dalam menerajui kerajaan Persekutuan.

Walaupun 52 tahun BN yang penuh dengan rasuah dan penyelewangan telah ditolak dengan tsunami politik 8 Mac, tetapi asas untuk sistem dua parti di Malaysia masih tidak kukuh. Malahan pelbagai tekanan serta sekatan yang dikenakan oleh BN telah membantut proses demokrasi khasnya sistem dua-parti.

Oleh itu, AMK berbangga dengan pencapaian kerajaan PR dalam 20 bulan yang lepas. Namun masih terdapat ruang untuk diperbaiki serta mempercepatkan agenda reformasi serta proses demokrasi untuk menjadi model negeri kepada negeri lain.

Era Indeks Najib Altantuya : CPI Menurun Bukti Kegagalan Kerajaan BN

Perdana Menteri, Najib Razak sekali lagi gagal dalam memerangi rasuah di negara ini apabila Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Laporan ini dikeluarkan Transparency International Malaysia(TIM) dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Indeks Persepsi Rasuah(CPI)2009 di Kelab Golf DiRaja Selangor,petang tadi.

Menurut Presiden TIM, Paul Low,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun,beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“If you have leaders that doesn’t show the good example,you doesn’t expect the young to follow good example too because they just follow what the leaders does",katanya.

Tambahnya lagi,“For Malaysia is not just an issue of having democratic society or the election. We have ,So election but you hear so much about the crossover and who been involved what, who have been paid what right, so its not about democracy. Its about political will”.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata ,manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun,Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu. -TVS


Era Najib Altantuya : Kelantan Mahu Undang-undang Royalti Disemak Semula

Kerajaan Negeri Kelantan meminta kerajaan pusat menyemak semula undang-undang berkaitan royalti minyak dengan mengambil kira aspek keadilan asasi yang memberi faedah kepada semua pihak.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sepatutnya berhak menjadi tuan punya kepada hasil bumi seperti petrol, balak dan logam yang terdapat dalam sesebuah negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu berkata sebarang perselisihan atau pertikaian yang timbul dalam perkara mengenai tuntutan royalti minyak mesti mengambil kira kaedah keadilan asasi.

"Sebarang penyelesaian yang mengenepikan kaedah ini, keadilan asasi tetap akan menimbulkan perasaan dendam, menindas dan zalim yang dikutuk oleh manusia.

"Oleh itu undang-undang petrol (dan royalti minyak) yang ada sekarang hendaklah digubal (disemak) semula dengan mengambil kira keadilan asasi dan tidak hanya mementingkan masalah sebelah pihak semata-mata," katanya dalam sidang media khas mengenai royalti minyak di pejabatnya di sini Rabu.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Pada 4 Nov lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kelantan akan menerima wang ihsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.

Bagaimanapun Kelantan tidak berpuas hati dengan pemberian wang ihsan berkenaan telah melantik panel guaman untuk membuat tuntutan royalti minyak itu ke mahkamah berdasarkan perjanjian kerajaan negeri dan pusat pada 1974.

Era Najib Altantuya : Kepimpinan Khalid Dipuji

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima pujian daripada Presiden Transparency International Malaysia(TIM), Datuk Paul Low di atas kejayaan beliau mengendalikan urus tadbir kerajaan negeri dengan telus.

Beliau berkata sikap kepimpinan Khalid dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“I believe MB Selangor have a strong political will to fight corruption because by the things that been put in place in Selangor. For example they have legislative assembly, the select commiitee to disscuss and to bring things up and they quite open about it.Thats good”, ulas Paul.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Menurutnya, sifat ‘kehendak politik’ (Political Will) yang tinggi antara ciri yang dimilik Khalid perlu ada kepada mana-mana pemimpin yang mahu memerangi rasuah.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspkek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.

“Yes I just hope that what have been done in Selangor is very progressive we just hope that it will be follow by other state including those in Barisan government.Because this is good governance and I think the prosperity of the state to tied up with the integrity and the efficiency of the government”, katanya. -TVS



Era Najib Altantuya : SPR Perlu Akui Kuasa Speaker

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan kerusi wakil rakyat Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, sebagai sebuah suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya di negara ini, SPR sepatutnya tahu mengenai udang-undang yang termaktub dalam DUN.

"Kita harus faham keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini juga berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Jadi saya memang tak memang faham bila SPR buat keputusan bahawa tiada perlunya membuat pilihanraya kecil. Kerana ini menunjukkan yang pegawai SPR memang tidak mengikut peraturan mesyuarat dan juga undang-undang yang termaktub dalam dewan undangan negeri", kata Teressa.

Tambahnya, pilihan raya kecil yang baru memang tepat pada masanya memandangkan sikap sambil lewa bekas ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif dengan tidak menghadiri sidang DUN.

"Tapi bekas ADUN Umno ini dia memang tidak kisah langsung untuk hadir sidang DUN Kedah. Jadi bagi saya tibalah masanya kita untuk tukar wakil rakyat", tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak rasional dan keputusan suruhanjaya harus dibatalkan.

Meskipun tidak menolak SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, namun Alizatul berpendapat, kuasa yang dimiliki oleh SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Keputusan Mahkamah itu juga disambut baik, Setiausaha Politik Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari.

"Saya rasa keputusan itu mahkamah yang dibuat menunjukkan keputusan speaker dewan undangan Negeri Kedah merupakan tindakan yang betul kerana beliau tidak hadir selama dua penggal berturut-turut tanpa sebarang kebenaran daripada speaker".

"Saya daripada awal lagi patut SPR tahu kuasa speaker dan semalam mahkamah memutuskan memang ada kuasa speaker. Mana-mana ADUN yang tidak hadir selama enam bulan berturut-turut, maka kuasa speaker untuk memastikan keputusan tersebut". -TVS



Era Najib Altantuya : Kecurian Pasir Di Bestari Jaya Akan Disiasat Segera

Kerajaan Negeri Selangor bakal segera menyiasat dakwaan kecurian pasir di Bestari Jaya baru-baru ini.

Malah, kawasan yang terbabit merupakan tanah pertanian yang dijadikan lombong pasir yang didakwa didalangi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kes kecurian pasir bukan perkara baharu malah ia berlaku di serata tempat termasuklah negeri Selangor.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut yang diwarisi sejak pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi.

“Itu kita akan siasat, saya selepas dewan dan esok kita ada perjumpaan Exco, dan salah satu daripada tajuk itu kita untuk mengatasi masalah yang sentiasa berlaku, di mana kecurian pasir sentiasa berlaku masih berleluasa di negeri Selangor, sudah tentu kita cari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut, bukan sahaja di Bestari Jaya tetapi di banyak tempat di negeri Selangor ni, untuk menyelesaikan masalah ini, saya sendiri akan fokus dan akan mencuba mencari jalan bagaimana penyelesaian ini dapat dilakukan”, katanya.

Bercakap demikian selepas persidangan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor Kali Ketiga yang ditangguhkan pada hari ini.

Dalam pada itu, Tan Sri Khalid menambah, sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, semua kelulusan untuk kebenaran melombong pasir hanya dikeluarkan oleh Exco Sumber Alam, Yaakob Sapari.

“Untuk mengambil pasir, secara yang betul ialah dia mesti mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan untuk ini sekarang kelulusan untuk melombong pasir adalah di bawah kelulusan Exco”, jelasnya.

Terdahulu semasa pentadbiran Umno-BN di Selangor, semua kelulusan untuk melombong pasir boleh diperolehi dari Pejabat Daerah seluruh negeri ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)



Era Najib Altatuya : Asri Diikatjamin RM3 Ribu, Kes Ditangguh 5 Jan

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini menangguhkan kes Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ke 5 Januari depan dan jaminan terhadap bekas Mufti Perlis itu ditetapkan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.

Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bekas Mufti Perlis itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini bagi menghadapi dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.

Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah.

Semasa prosiding, pihak defendan membantah kes itu dibawa ke mahkamah tinggi syariah kerana ia baru didaftar 10 minit lalu.

Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.

Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.

Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.

Mohd. Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan terhadap Mohd. Asri dibuat ekoran penahanannya oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 November lalu kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Keesokan harinya, Mohd. Asri diarahkan pergi ke mahkamah tersebut tetapi selepas menunggu lebih tiga jam, tiada pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi ini bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.

Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.

Era Najib Altantuya : Polis Tembak Mati Untuk Tutup Kes

Keluarga kepada pemuda yang ditembak mati oleh polis di Guar Sanji sini kelmarin, Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, semalam melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa sengaja menembak pemuda itu bagi memudahkan kerjanya menutup kes.

Bapanya, Noorzan Abdul Rahim, 47, memberitahu, tindakan itu diambil setelah mendapati polis cuai sehingga menyebabkan anaknya maut akibat tembakan di dada.

"Saya melantik peguam dalam kes ini selepas mendapati polis sengaja menembak Mohamad Tawfiq. Adalah tidak logik seperti yang didakwa kononnya tembakan yang dihalakan ke kaki kemudian peluru terkena dada.

"Apa yang saya dapati polis ternyata cuai. Contohnya, mudah sahaja. Polis mendakwa Mohamad Tawfiq telah ke Balai Polis Arau pagi semalam mengadu dianiayai rakan- rakan dan mahu membalas dendam termasuk untuk membunuh.

"Jika benar begitu, sepatutnya Mohamad Tawfiq terus ditahan di balai berkenaan. Ini tidak, polis datang ke rumah meminta saya memujuk. Polis mendakwa mereka tidak berani memujuk 'botak' (panggilan buat Mohamad Tawfiq)," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguam berkenaan, Zuhair Ahmad Zakuan di rumahnya di sini malam ini.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Mohamad Tawfiq mati selepas ditembak oleh anggota polis yang cuba memujuknya kerana mahu menyerang rakannya.

Dia dikatakan mengamuk selepas ditinggalkan rakan-rakan, dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumahnya di Guar Sanji.

Noorzan memberitahu, dia telah membuat laporan berhubung dakwaan kecuaian pihak polis itu di Balai Polis Kangar hari ini.

Menceritakan kejadian itu, katanya, selepas mendengar dua das tembakan berturut-turut pagi semalam, dia segera ke tempat kejadian dan mendapati anaknya tertiarap dengan kedua-dua tangannya bergari di belakang.

Dia juga mengakui anaknya itu terpaksa berjalan kaki selepas ditinggalkan rakannya di Alor Setar, untuk pulang ke rumah.

"Dia (Mohamad Tawfiq) terpaksa berjalan kaki untuk balik ke sini. Dia ada duit tetapi tiada pengangkutan awam selepas pukul 12 tengah malam," ujarnya sambil memberitahu anaknya itu tiba di rumah kira-kira pukul 6 pagi.

Ibu kepada Mohamad Tawfiq, Salmiah Ismail, 45, pula memberitahu, anaknya itu kebelakangan ini memberitahu untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dan tiada bantahan daripada keluarga.

"Seminggu lepas dia menyatakan mahu berkahwin dengan janda dua anak. Apabila ditanya kenapa memilih janda, anak saya menyatakan itu adalah pilihan hatinya. Kami tiada masalah," ujarnya yang sedih dengan kematian itu. -Utusan

Ulasan GB

Sudah sampai masanya modus operandi polis yang menembak sampai mati suspek-suspek jenayah disiasat dan dihentikan.

Adalah tidak wajar samasekali mereka yang baru disyaki ditembak mati sehingga belum terbukti perlakuan jenayah terlaksana dan modus operandi sedemikian bukan caranya untuk mengurangkan jenayah.

Ia hanya untuk memudahkan kerja polis kerana tiada sebarang pendakwaan lantaran suspek telah pun mati, namun persoalan integriti polis jelas tercemar dan tercalar apabila modus operandi sedemikian terus dilakukan dan rakyat akan terus berpersepsi bahawa polis adalah sebenarnya penjenayah yang paling utama.

Era Najib Altantuya : Tranparency International Puji Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima pujian daripada Presiden Transparency International Malaysia(TIM), Datuk Paul Low di atas kejayaan beliau mengendalikan urus tadbir kerajaan negeri dengan telus.

Beliau berkata sikap kepimpinan Khalid dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“I believe MB Selangor have a strong political will to fight corruption because by the things that been put in place in Selangor. For example they have legislative assembly, the selection committee to disscuss and to bring things up and they quite open about it. Thats good”, ulas Paul.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Menurutnya, sifat ‘kehendak politik’ (Political Will) yang tinggi antara ciri yang dimilik Khalid perlu ada kepada mana-mana pemimpin yang mahu memerangi rasuah.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspkek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.

“Yes I just hope that what have been done in Selangor is very progressive we just hope that it will be followed by other states including those in Barisan government. Because this is a good governance and I think the prosperity of the state be tied up with the integrity and the efficiency of the government”, katanya.

Era Najib Altantuya : PJ PAS Perak Selar UMNO Yang Kemaruk Kuasa

Pas Perak sentiasa memandang serius kemelut politik terkini di Perak dan ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara apabila sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala gengster oleh kerakusan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain berkata, hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan BN di Perak ini, Pas Perak berpendirian bahawa BN sememangnya sangat pakar dalam hal menggunakan strategi suapan kebendaan dan pujuk rayu.

Menurutnya, jelas sekali jika cubaan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka pimpinan BN tanpa segan silu akan menggunakan strategi ugut serta ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Katanya, lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan BN bila amat ketara apabila mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihan raya, sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah bersatu hati kononnya bagi membangunkan negeri juga negara.

”Tetapi watak pimpinan BN akan berubah secara drastik apabila ia tewas dalam pilihan raya, BN lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru-hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.

”Kami juga berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru-hara dan porak-peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak-perandakan ekonomi dan kekayaan negara,” katanya di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah kemaruk kuasa, selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanah air, PR sangat konsisten bagi memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara.

Katanya, Pas khususnya dan PR amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang malah bersedia untuk melepaskan pemerintahan PR di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan pengundi.

“Kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin serta rakyat yang dipimpin.

”Sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan berlaku di Perak turut dipersoalkan, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bertuankan kuasa.

”Satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif dan eksekutif tetapi akhirnya tanpa rasa malu telah membelakangi semua prinsip berkenaan ketika membuat satu-satu keputusan yang sangat penting,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : TGNA Tak Bercita-cita Jadi PM

Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.

Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan.

Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini. Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.

Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.

Yang penting sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekakalkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.

Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.

Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.

Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik. -Zaid Ibrahim

Ulasan GB

Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut. Malahan dalam kes tersebut, paling indah dinukilkan bagaimana perlantikan pemimpin di dalam Islam dimana Abu Bakar telah melantik Umar sebagai khalifah yang kemudiannya Umar menyerahkan semula Abu Bakar sebagai khalifah Islam yang pertama.

Dan Abu Bakar yang dilantik sebagai pemerintah masih dirasakan dirinya perlu dibantu dan tanggungjawab tersebut adalah berat sebagaimana ucapan beliau di hadapan kaum muslimin sewaktu perlantikannya sebagai khalifah:

“Wahai kaum muslimin semua, kamu telah melantik aku sebagai pemimpin kamu sedangkan aku merasakan aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu. Begitu pula kiranya aku berlaku benar dan adil, bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng perbetulkanlah"

Kita menunggu-nunggu jika hal ini boleh berlaku di dalam jemaah Islam PAS, tetapi sehingga kini, kecuali TGNA, belum ada yang lain setawadhu' Abu Bakar dan Umar seperti kisah tadi.

Malah di dalam Islam, kita diajar untuk tidak meminta jadi pemimpin. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW apabila didatangi oleh Abu Musa. Dia berkata kepada Rasulullah: “tolong ambil kami jadi ketua”.

Kemudian Nabi bersabda:

“Demi Allah, kami tidak akan lantik pekerjaan ini kepada seorang yang meminta jawatan atau orang yang nampak rakus mahukan jawatan”.

Najib Altantuya Gagal Perangi Rasuah, CPI Malaysia Jatuh

Perdana Menteri, Najib Razak sekali lagi gagal dalam memerangi rasuah di negara ini apabila Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Laporan ini dikeluarkan Transparency International Malaysia(TIM) dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Indeks Persepsi Rasuah(CPI)2009 di Kelab Golf DiRaja Selangor, petang tadi.

Menurut Presiden TIM,Paul Low,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah.

Namun,beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.

“If you have leaders that doesn’t show the good example,you doesn’t expect the young to follow good example too because they just follow what the leaders does",katanya.

Tambahnya lagi,“For Malaysia is not just an issue of having democratic society or the election.We have ,So election but you hear so much about the crossover and who been involved what,who have been paid what right,so its not about democracy.Its about political will”.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata ,manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat.

Walaubagaimanapun,Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu. -TVS