Pas Perak sentiasa memandang serius kemelut politik terkini di Perak dan ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara apabila sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala gengster oleh kerakusan pimpinan Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain berkata, hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan BN di Perak ini, Pas Perak berpendirian bahawa BN sememangnya sangat pakar dalam hal menggunakan strategi suapan kebendaan dan pujuk rayu.
Menurutnya, jelas sekali jika cubaan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka pimpinan BN tanpa segan silu akan menggunakan strategi ugut serta ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.
Katanya, lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan BN bila amat ketara apabila mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihan raya, sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah bersatu hati kononnya bagi membangunkan negeri juga negara.
”Tetapi watak pimpinan BN akan berubah secara drastik apabila ia tewas dalam pilihan raya, BN lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru-hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.
”Kami juga berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru-hara dan porak-peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak-perandakan ekonomi dan kekayaan negara,” katanya di sini, semalam.
Abu Bakar berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah kemaruk kuasa, selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanah air, PR sangat konsisten bagi memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara.
Katanya, Pas khususnya dan PR amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang malah bersedia untuk melepaskan pemerintahan PR di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan pengundi.
“Kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin serta rakyat yang dipimpin.
”Sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan berlaku di Perak turut dipersoalkan, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bertuankan kuasa.
”Satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif dan eksekutif tetapi akhirnya tanpa rasa malu telah membelakangi semua prinsip berkenaan ketika membuat satu-satu keputusan yang sangat penting,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.