7 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Mustafa Menang Saman Ke Atas Kerajaan & Polis

Musim para pemimpin PAS menang saman nampaknya semakin ketara kebelakangan ini. Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas kerajaan dan polis.

Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada beliau sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Julai tahun 2007 lalu.

Persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkmah Tinggi, Hakim P.S. Nathan hari ini.

Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman dan memorandum Bersih.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Sebelum Mustafa, Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat juga menang samannya ke atas polis pada 26 Ogos lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya memutuskan Dr Hatta tidak bersalah ketika ditahan oleh polis kerana memberikan satu ceramah di Bandar Muadzam, Pahang.

Pada 10 Jun 2004, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas PAS Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.

Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam.

Mahkamah telah mengarahkan Timbalan Pendaftar membuat taksiran jumlah gantirugi yang perlu dibayar Ketua Polis Daerah Rompin yang menangkap beliau itu.

19 Ogos lalu, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS juga menang samannya ke atas Berita Harian. Mahkamah mengarahkan akhbar itu membayar RM150,000 kepada Mahfuz.

Mahfuz menyaman akhbar itu ekoran membuat laporan kononnya Mahfuz mengajak Datuk Shaziman Mansur (ketika itu timbalan menteri) bertumbuk.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.

Ketiga-tiga kes di atas diuruskan oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin. -Malaysian Insider

Era Najib Altantuya : Kenapa Kerajaan Takut Tubuh Suruhanjaya Siasat PKFZ?

Keengganan pihak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat skandal zon bebas perlabuhan klang PKFZ akan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk terus mengkritik pentadbiran negara.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengusulkan penubuhan jawatankuasa diraja bagi menyiasat skandal melibatkan wang rakyat berbilion ringgit ini pada persidangan parlimen penggal kedua jun lalu.

Namun ditolak speaker Pandikar Amin Mulia atas alasan usul itu tidak perlu disegarakan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyatakan beliau tidak yakin kepada jaminan kerajaan sebelum ini yang menjanjikan siasatan telus dan adil akan diadakan bagi menyelesaikan isu ini.


"Mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu PKFZ yang berlarutan sehingga kini. Kita telah bagi cadangan didalam Parlimen dan diluar Parlimen sebab kita lihat badan- badan yang ada sukar untuk buat siasatan samaada SPRM ataupun PDRM. Tidak ada jaminan tindakan yang telus dan penuh integriti," kata Mahfuz.

Skandal PKFZ juga sudah dibawa ke mahkamah tetapi masih tidak ada sebarang tanda- tanda skandal ini akan menemui titik noktah.

Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM mendedahkan kontraktor utama Kuala Dimensi mengenakan bayaran terlampau sehingga projek ini menanggung bebas hutang dan kos yang tinggi. Kos operasi PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Dalam perkembangan lain, Kuala Dimensi mendakwa Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat menggunakan pesawat khas milik Kuala Dimensi untuk kegunaan peribadi.

Ong bingkas menyaman syarikat berkenaan kononnya untuk membersihkan nama baiknya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Ong adalah satu tindakan yang berani sekaligus mencerminkan menteri pengangkutan itu tidak berdiam diri tatkala didakwa menyalahguna kuasa.

Sifat ini jauh berbeza dengan ketuanya, Najib Razak yang sehingga kini masih berdiam diri walaupun menerima tomahan dari seluruh dunia berhubung kematian warga mongiolia, Altantuya Sharibbu.

"Isu ini sudah berlarutan. Kini sesi tuduh diantara Kuala Dimensi dan pihak menteri. Ong didakwa RM 5 juta dan menggunakan pesawat secara percuma kepnuyaan Kuala dimensi. Ong telah mendakwa syarikat itu sebagai usaha untuk membersihkan nama dia. Ini adalah satu tindakan yang berani berbanding ketuannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sehingga kini masih belum mengambil tindakan terhadap tuduhan liar terhadapnya, walaupun sudah dinasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaligh Hamzah," ujarnya lagi.



Era Najib Altantuya : UMNO Yang Gagal Bukan Pakatan Rakyat

Kegagalan sebenar dalam menyelesaikan masalah rakyat, berpihak pada UMNO dan Barisan Nasional sendiri dan bukan kerajaan Pakatan Rakyat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata, selama kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, banyak perkara yang ditinggalkan oleh UMNO dahulu telah diselesaikan satu persatu dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang mendakwa rakyat semakin sangsi dengan keupayaan Pakatan Rakyat semalam, Khalid berkata, rakyat sendiri melihat keburukan Umno-Barisan Nasional satu demi satu.

“Saya rasa kenyataan beliau bahawa kita gagal adalah satu kenyataan yang amat meleset dan saya rasa masyarakat melihat kegagalan yang telah berlaku ialah kegagalan dari pihak barisan nasional yang tidak menjadi pembangkang yang bertanggungjawab di negeri Selangor ataupun kerajaan pusat yang bertanggungjawab di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Pejabat PAS Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, Najib seharusnya memberi teguran kepada Menterinya yang telah menyemarakkan kemarahan penduduk sehingga bertindak melampau.

Khalid berkata, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak berasas tanpa melihat fakta yang sebenar.

“Kita menunaikan tanggungjawab kita dengan mengadakan dialog awam, itu tanggungjawab kita, kita merujuk kepada pihak kuil, kita merujuk kepada pihak MBSA dan PKNS, Kerajaan negeri dan kepada penduduk, itu peranan kita tapi malangnya penduduk di Seksyen 23, bukan semuanya tetapi segolongan telah diberikan galakan dan dorongan untuk bertindak secara melampau oleh Noh Omar dan Hishamuddin, Najib sebagai perdana menteri sepatutnya memberi teguran terbuka kepada dua menteri kebinetnya yang bertindak secara tidak bertanggung jawab,” katanya.

Menurutnya, isu kuil yang cuba diselesaikan ini juga, sebenarnya gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo.

Beliau berkata, penduduk Islam Seksyen 19, Shah Alam telah membuat desakan sejak sekian lama kepada kerajaan pimpinan Khir ketika itu, namun tiada usaha positif yang dilakukan untuk menangani masalah berkenaan.


Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang, cuba dikelirukan oleh ahli-ahli Umno yang cemburu dengan kejayaan-kejayaan Pakatan Rakyat sejak mentadbir Selangor, Mac tahun lalu.

“Atas desakan barisan nasional dan dorongan dari mereka golongan ini digalakan memberikan bantahan secara tidak sopan, hakikatnya jika mereka membantah secara sopan juga kita akan ambil kira kerana kita kerajaan Pakatan Rakyat bukan Kerajaan BN,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Koh Minta SPRM Jahit Mulut Masing-masing Mengenai Kes Teoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Isnin meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai kanannya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejas siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Koh berkata adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan komen terhadap sebarang kes yang sedang disiasat.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata Koh dalam satu kenyataan.

Koh memberikan respons terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua MACC pada ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.

Beliau berkata orang ramai mengharapkan hasil konkrit oleh MACC dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Koh, yang bertanggungjawab menangani soal perpaduan nasional dan prestasi, adalah juga pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapai (Pemandu) di Jabatan Perdana menteri.

Koh berkata pegawai-pegawai MACC boleh menjelaskan kepada orang ramai mengenai dasar, perkara prosedur dan perangkaan kes yang disiasat.

"MACC mesti bebas dan dilihat bersifat demikian, dalam pengendalian sebarang kes,' ujar Koh.

Teoh, seorang pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoalsiasat oleh MACC di bangunan yang sama. -Bernama

Era Najib Altantuya : Siapa Demonstran Kepala Lembu Ini?



Mereka adalah ahli UMNO yang tidak boleh lagi meminta wang perlindungan di kilang-kilang haram sejak PR mengambilalih. Dulu senang-senang mereka boleh pau RM20-30 ribu sebulan tapi sekarang? Soru sudah miss.. ini toyol yang dah setahun tak makan!

Tengok gambar mereka yang hodoh lagi hina itu! -zanie

UMNO goons, Toyol Morons, KJ Rempits, Baruah Nasional, rednecks, racist, bigots, etc. Call them whatever you want. They are an insult to their parents, race and religion. Pathetic scumbags of Mother Earth. -OngJJJ

These are the hooligans sent by the BN to stir up tension. Beware and not falling into their traps. They have no other issue against the PR. So they are now using religion and race factor.They are waiting for other race to respond so that they can use this as reasons to create tension.So exercise restrain. It could be a time bomb. -Al-Ambia


Era Najib Altantuya : Lokasi Baru Kuil Di Seksyen 23 Dikenalpasti

Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari turut meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.

Khalid berkata, Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini.

Katanya, Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai," kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik.

Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tapak ini akan di diusulkan kepada AJK kuil tertelebih dahulu dan pihak kilang yang berhampiran abgi memastikan persetujuan semua pihak.

“Tapak ini akan dikemukakan tapi belum di finalize lagi kita perlukan persetujuan dari ajk kuil, kiranya dapat persetujuan ajk kuil, kita akan bentang kepada exco untuk dapat persetujuan Kerajaan Negeri dan bila itu telah diperolehi kita akan buat public hearing,”

“ini langkah yang terakhir jika semua pihak sudah bersetuju, kalau orang tak bersetuju pada tapak itu kita nak jumapa publik nak buat apa,” katanya.

Khalid berkata, perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin agar ketegangan penduduk di Seksyen 19 dapat diatasi.

Beliau turut menyeru masyarakat agar bersikap toleransi dalam menghormati dan mengiktiraf hak golongan minoriti sebagai satu proses pendidikan politik kepada masyarakt umum.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata perkara ini perlu diselesaikan segera agar pihak luar tidak lagi mengembar-gemburkan cerita dan masyarakat di situ berada dalam keadaan aman semula.

“Hari ini merupakan lawatan ke tapak tersebut insyaalah sebagai wakil rakyat disitu saya ingin melihat suasana ataupun kalaulah ketegangan itu wujud dikalangan penduduk, saya harap isu yang ada ini telah dapat difahami dengan baik, sebenarnya tidak patut menimbulkan ketegangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Tvselangor ketika lawatan menteri besar di tapak baru kuil di Seksyen 23, Shah Alam, pagi tadi.

Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.



Era Najib Altantuya "Tabiat Umno Menjadi Juara Rakyat Sesudah Kalah

Dalam beberapa hari ini kita dikejutkan dengan berbagai berita yang agak menjengkilkan otak terutamanya kejadian perarakan kepala lembu dan majlis perbincangan yang diadakan bersama MB Selangor, MP Shah Alam dan Adun berkenaan. Kejadian di Pejabat SUK Negeri Selangor dan Dewan MBSA ternyata amat mendukacitakan kita sebagai Rakyat Malaysia yang waras akalnya. Bagi perarakan kepala lembu tak payah saya ulaskan kerana ianya memanglah tidak elok dan tidak patut dibuat di Negara Majmuk dan berbilang Agama.

Tetapi bagi majlis perbincangan antara Pemimpin dan Rakyat terutamanya penduduk seksyen 23 teramatlah mendukacitakan kita Rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah tetapi dengan kehadiran segelintir penduduk yang amat emosi sebagaimana yang digambarkan didalam blog sahabat seolah olah mereka ini adalah pejuang melayu dan Islam yang sebenarnya.

Kalau tengok ke faktor luaran seperti cara pemakaian puak2 ni surau dan mesjid pun tak pernah atau jarang2 mereka pergi. Nampak juga seperti peserta upahan atau memang komplot untuk menghuruharakan majlis tersebut. Kalau semasa kerajaan BN dulu lagi tobat lahum tak berani mereka buat lansung. Bagaimana segelintir penduduk tersebut memaki hamun pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak menghormati lansung Menteri Besar Selangor yang ada didepan mereka dengan sorak dan tempikan yang kita sendiri tidak sanggup mendengarkannya.

Apakah ini sengaja diatur terlebih dahulu oleh mereka secara berani kerana telah ada tangan2 atau pemimpin gerombolan Ameno dibelakang mereka?..... Percayalah akan kena KIFARAH keatas mereka nanti kerana kerja buat mereka terhadap Pemimpin yang Adil ini. Tak akan ada Pemimpin yang seberani ini semasa pemerintahan Rejim Gerobolan BN. Mereka takut berdepan dengan rakyat.

Cuma Khir Toyo tetiba sahaja balik dari Umrah cuba untuk menjuarai isu tersebut kononnya beliau telah menyediakan tapak kuil dengan segala infranya sekali yang berjumlah RM1 juta diseksyen 18..... Elloo kawan.. dah ada kemudahan awat hang tak pindahkan dulu kuil tersebut!!!!!!. Nampak sangatlah sifat kemunafikan beliau dalam menyelesaikan isu yang telah lama dialami oleh penduduk di seksyen 19 itu. Kalau setakat nak bagi projek kat kroni bolehlah.

Setahu saya di seksyen 18 pun terdapat majoriti orang Islam yang tinggal disana. Hang takut kot Khir Toyo pasai tu kuil tersebut tak diuabah. Dan Penduduk seksyen 18 tak akan melupakan bagaimana surau seksyen 18 digantung oleh Majlis Agama Islam Selangor dulu. Awat baru lanie hang nak menjadi jaguh rakyat Selangor kononnya..... Piiiiiraaah!!!!!!

Itu kes di Selangor. bagaimana di Kedah Pula. Ameno menjuarai kes Babi pulak. Macam2 cara dan ikhtiar puak2 gerombolan buat demi untuk menjadi juara rakyat yang mana semasa ada kuasa tak nampak pun permasaalahan rakyat. Yang nampak cuma projek membalun dan merompak kazanah rakyat. Tapi bila dah kalah lain pula jadinya. Cuma depalah pemimpin paling perihatin dan bertawadduk.

Di Kulim Aziz Kadiaq dok jadi hero dan pemimpin yang bejiwa rakyat kononnya. Pantang ada sahaja hari kebesaran maka terpampanglah bannernya diseluruh pelusuk Kulim. Mengucapkan selamat itu dan ini sampai naik menyampah dok tengok muka kernyihnya. Pantang ada bala dan mala petaka dialah yang paling awai sampai mengalahkan ahli parlimen kulim yang hilang entah kemana. Macam pakat2 pulak.

Dibulan ramadhan yang mulia ini kalau nak bubur lambuk pilah kat pejabat bahagian Ameno Kulim untuk mengambilnya seminggu beberapa kali. Nak buah korma berlambang Ameno pilah mintak kat depa. Depa dok edarkan ke Setiap pejabat kerajaan, sekolah termasuk di Kem Polis Gerakan Am. Antang siap dengan keenderaan pacuan 4 roda lagi. Sampai ada yang kata tak gamak nak makan bila tengok lambang Ameno di kotak kurma.

Siap bagi satment kata ada lagi adun dan Mp Pakatan yang akan keluar parti( rujuk Sinar Harian dan Mstar Online) semasa program sahur di Balai Polis Kulim, siapa dia entahla.... MP Kulim kot...... Tak taulah berapa banyak duit yang dikeluarkan dan dilabur semata mata nak meraih populariti beliau dan berlakon sebagai pemimpin yang perihatin dan humble kepada rakyat setelah ditolak mentah2 oleh pengundi Kulim dengan majoriti yang besar semasa kebangkitan rakyat dalam PRU ke 12 dulu.

Bagitulah munafiknya pemimpin Ameno bila nak meraih simpati dari rakyat semula. Lakonan mereka ini rakyat pun dah pandai menilainya baik orang melayu dan kaum2 yang lain. Tapi baik waktu ini dan selamanya rakyat telah menilai watak dan kerja buat mereka selama lebih 52 tahun memerintah Malaysia. Kaum Tionghwa tetap menolak aziz kadiaq ni sampai bila2. Mereka tak akan melupakan sejarah Aziz semasa menjadi Timbalan Ketua Pemuda Ameno dulu.

Dan yang pastinya Pemimpin Gerombolan pasti tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan kerja buat tak menjadi apabila mengenangkan tumbangnya Kerajaan LDP di Jepun(klau di Malaysia Gerombolan BN lah) setelah rakyat menolak mereka setelah lebih 54 tahun memerintah dan memajukan Jepun. Takut tempiasnya akan terjadi di Malaysia pula..... -Jin Brabus


Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Sebenar Kekecohan Isu Kuil

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Khalid ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.

"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik" ujarnya.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.

"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati" katanya lagi.

Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.

"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS.

Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti." tambah beliau lagi.

Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.

"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama." tegas khalid.

Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.

" Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin" katanya.

Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.

"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut 1Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitkan dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat" ujar Nasir.

Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.
Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.

" Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja.

Benda itu satu hipokrasi" ujarnya beliau.

Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO. -TVA




Era Najib Altantuya : SPR Cuba Tipu 1Malaysia Di Bulan Puasa

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilihat cuba memperbodohkan rakyat Malaysia apabila menolak tuduhan beberapa parti politik berhubung tuduhan wujudnya ugutan atau tekanan terhadap pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis sehingga menyebabkan undi mereka berpihak kepada satu pihak sahaja.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti-bukti sokongan.

"Saya tak nampak (kebenaran) jika mereka menuduh pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis (diugut) kerana mereka juga mengundi seperti pengundi biasa.

"Tak ada sesiapa yang menekan mereka... mereka mengundi macam orang biasa, undi mereka juga tetap rahsia, hanya mereka yang tahu siapa yang mereka pangkah (undi) dan prosesnya juga sama seperti pengundi biasa pada hari pengundian umum.

"Cuma mereka mengundi lebih awal, namun kertas undi yang mereka masukkan ke dalam karung undi pos hanya akan dibuka untuk dikira selepas tamatnya proses mengundi," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa pemimpin parti politik yang meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota tentera dan polis.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap meragui undi pos dan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di sini.

Berikutan itu, beliau menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor.

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.

Wan Ahmad pula menyifatkan keraguan berkenaan timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mengeluarkan pandangan berdasarkan andaian mereka semata-mata.

Jelas beliau tuduhan dan andaian seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia boleh mencetuskan perasaan curiga di kalangan rakyat terhadap proses pilihan raya di negara ini.

Kenyataan Wan Ahmad tersebut telah diselar oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kerana menurut mereka SPR hendaklah bukan sahaja menjalankan tugas dengan adil tetapi hendaklah dilihat telah melakukan keadilan dan sebarang keraguan yang timbul hendaklah diambilkira dan diperbetulkan, bukan dipertahankan.

Undi Pos telah sekian lama menjadi perkara yang meragukan rakyat apa tah lagi di dalam kes dimana berlakunya duplikasi.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.



Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalannya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?

Selain daripada itu, penipuan juga berlaku dengan menduplikasi beberapa nama pengundi pos dengan sedikit perubahan kepada nombor kad tenteranya seperti illustrasi di bawah ini.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam daftar pemilih bagi pengundi pos dengan yang berada di pusat penyemakan.

Justeru itu ada asasnya undi pos itu diragukan. Dan rakyat akan tetap mendesak agar undi pos itu diperbaiki jika tidak dihapuskan sama sekali.

Wan Ahmad adalah diantara mereka yang amat diragui peranannya selama ini di dalam SPR kerana beliau merupakan anggota yang agak lama berkhidmat dengan SPR. Kebanyakan keputusan-keputusan penting SPR adalah ditangannya sekalipun kedudukan beliau ialah sekadar nombor 2 di dalam hirarki SPR.

Era Najib Altantuya : Ong Panggil Chua Anjing, Krisis MCA Meruncing

Timbalan Presiden MCA yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Ong Tee Keat telah memanggilnya "anjing" dan menggunakan Lembaga Disiplin MCA untuk memusnahkan karier politiknya.

"Bahawa dalam siri lawatan yang dianjurkan oleh Ong, beliau tidak henti-henti menabur fitnah mengenai saya dan semasa dalam lawatan ke Sabah telah mengatakan bahawa saya sebagai 'anjing'," katanya.

Dr Chua berkata beberapa pemimpin MCA Sabah telah menyatakan sedia tampil untuk menjadi saksi berhubung penghinaan yang dilakukan oleh Ong terhadap saya.

"Saya ingin memberitahu Ong bahawa menabur fitnah tidak akan meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan dia pun tak akan mendapat sokongan daripada perwakilan MCA," katanya.

Beliau juga mendakwa Ong sebagai pemimpin MCA yang tidak takut kepada sesiapa.

Beliau mendedahkan hal tersebut apabila ditanya mengenai tandatangan yang berjaya diperolehinya daripada perwakilan untuk mengadakan EGM, Dr Chua berkata sehingga hari ini beliau telah berjaya mengumpul 1,100 tandatangan bagi pihaknya untuk diadakan EGM.

"Bagaimanapun, ada daripada mereka yang meminta supaya senarai nama mereka yang tandatangan tidak didedahkan kerana mereka faham, Presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat) seorang yang ganas," katanya.

Dr Chua berkata kumpulan penyokongnya bersedia berbincang untuk menetapkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) tunggal.

Katanya wakilnya, anggota jawatankuasa pusat Datuk Seri Tan Chai Ho telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung MCA Senator Datuk Wong Foon Meng, Jumaat lepas.

"Kita sedang menghalusi resolusi dia (Wong) dan kita akan menghalusi resolusi kita dan kita akan berbincang kalau boleh untuk mengadakan satu EGM demi kepentingan parti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan satu pertemuan dengan penyokongnya di sebuah restoran di Melaka semalam.

Lebih 50 penyokongnya termasuk beberapa pemimpin MCA negeri itu menghadiri pertemuan tersebut.

Sebelum ini, Wong menggesa anggota parti yang yang mahu EGM diadakan agar bersikap rasional dan mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Dr Chua berkata bagaimanapun beliau tidak mahu pihaknya ditipu berhubung resolusi untuk mengadakan EGM tunggal.


Era Najib Altantuya : Gelombang Kebangkitan Rakyat Di Johor, 1000 Sertai PKR

Parti Keadilan Rakyat Cabang Sekijang menempa sejarah pada 6 September apabila bejaya menyerahkan 1000 borang keahlian baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam satu majlis Makan Malam di Dewan Siang Hai Kee Restaurant.

Pada sebelah petangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Cabang Keadialan Sekijang dan berdailog bersama penduduk setempat. Menjawab pertanyaan tentang ISA DSAI menyatakan bahawa ISA tidak diperlukan kerana setiap pesalah boleh didakwa mengikut undang-undang yang telah sedia termaktub, seperti jenayah senjata api, ada undang-undang senjatapi, begitu juga pemberontakan dan penganas terdapat undang-undang yang boleh disabitkan keatas pesalah-pesalah.

"Kita bukan hendak lawan UMNO, MCA, MIC tetapi kita nak ajak tukar rumah yang kotor dan buruk kepada rumah yang baru dan bersih" Ujur Anwar apabila menyentuh berkenaan komisen RM400 juta untuk sebuah kapal selam tidak termasuk meriam dan lain-lain.

UMNO juga menurut beliau lagi berlagak sombong apabila berlaku sesuatu isu akan mengangkat keris dan sanggup menghina agama lain seperti yang berlaku di Selangor mereka sanggup mengarak kepala lembu yang menjadi simbol kesucian bagi masyarakat India.

BN berlagak sombong dan berbuat apa sahaja dan setiap tindakan BN ia tidak berada bersama hati rakyat kerana mereka mementingkan kroni mereka lebih dari rakyat bawahan. Sebagaimana yang berlaku di Perak seorang pelajar Cina mendapat 9A namun tidak dapat memasuki universiti. Ini adalah tidak adil kerana setiap rakyat Malaysia seharusnya dilayan dengan saksama. Menurut DSAI walaupun ia seorang Melayu semestinya ia akan menjaga nasib orang Melayu, tetapi beliau juga adalah rakyat Malaysia tugas beliau adalah untuk menjaga semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mewah yang mana suatu masa dahulu adalah bersaing bersama Singapura dan Taiwan namun ia menjadi jauh ketinggalan disebabkan oleh masalah rasuah yang teruk. Sekiranya kewangan negara diurus dengan betul, kekayaan negara ini sudah boleh dinikmati oleh seluruh rakyat negara ini. -boyanmen

Era Najib Altantuya : UMNO Harapkan Katak-katak Melompat

Banyak pihak melihat kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang yakin konon akan ada beberapa lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini yang akan meninggalkan pakatan untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas, sebagai luahan sebenar harapan UMNO.

UMNO sudah tidka mempunyai wibawa untuk berhadapan dengan rakyat di dalam pilihanraya apabila telah dikalahkan pada setiap pilihanraya kecil yang berlansung di negara ini. Apa yang boleh diharapkan UMNo kita ialah akan wujudnya katak-katak lompat yang meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai mereka.

“Bukan Mohd Radzi (Mohd Radzi Salleh, ADUN Bebas kawasan Lunas) saja yang meninggalkan pakatan. Saya yakin selepas ini akan ada lagi, termasuk ADUN Pas,” kata Aziz ketika ditemui pada majlis bersahur bersama kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini, awal pagi kelmarin.

Diminta mengulas mengenai isu Mohd Radzhi didesak oleh pihak tertentu supaya mengosongkan kerusi itu setelah beliau mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Aziz tidak mampu memberikan jawapan tetapi sekadar berkata, tindakan Mohd Radzhi mengisytiharkan dirinya sebagai Wakil Rakyat Bebas adalah bijak dengan meninggalkan perjuangan bersama PKR yang sia-sia.

“Tindakan beliau meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas adalah satu keputusan bijak. Dia hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR dan beliau tidak seharusnya mengosongkan kerusi DUN Lunas kerana Mohd Radzhi masih berhak memegang jawatan ADUN Lunas sehingga Pilihan Raya ke-13 dan ini jelas termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan.

Beliau mendakwa kononnya, Anwar tidak ikhlas dalam menyatupadukan rakyat dan berjuang hanya atas kepentingan dirinya sendiri

Dan sewaktu diasak lagi supaya mengulas isu Mohd Radzhi didesak mengosongkan kerusi DUN, Abdul Aziz berkata, itu tidak perlu. Jelas menampakkan UMNO takut untuk berdepan dengan pilihanraya.

Era Najib Altantuya : Ahmad Maslan Pendulum Tak Mengaku UMNO Dah Kalah 7 Kali

Persiapan UMNO bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bermula semalam, melibatkan jentera empat peringkat.:

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbincangan jentera penerangan empat peringkat melibatkan UMNO Bahagian Telok Kemang, Pemuda, Wanita dan Puteri mengenai isu yang bakal dibangkitkan pembangkang.

Menurutnya, selain membincangkan beberapa strategi, UMNO tidak boleh selesa dengan kemenangan pada pilihan raya lalu yang menang majoriti 2,333 undi.

“Kita hanya berbincang mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang nanti.

“Perjumpaan empat peringkat jentera UMNO yang terdiri UMNO Bahagian Telok Kemang, Wanita, Pemuda dan Puteri ini adalah untuk menyusun semula strategi terbaik dan tertentu untuk pilihan raya kecil kali ini,” katanya selepas mesyuarat bersama ketua dan jawatankuasa Peneranga:n UMNO Bahagian Telok Kemang di sini, semalam.

Menurutnya, UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa berwaspada dan jangan terlalu yakin atau bongkak bahawa kemenangan mudah dicapai kerana apa saja boleh berlaku nanti.

Ahmad berkata, walaupun DUN Bagan Pinang kubu kuat BN, mereka wajib meneruskan usaha memantapkan kemenangan dan menambah majoriti undian.

“Usaha harus diteruskan demi memastikan kemenangan berterusan, mudah-mudahan rakyat dapat menilai segala perkara yang dibuat pemimpin tempatan dan negeri, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan dan semua ahli parti perlu mengambil iktibar apa yang berlaku pada lapan pilihan raya kecil sebelum ini.

“Saya mahu menegaskan bahawa kita tidak kalah teruk sepertimana diuar-uarkan pembangkang, BN kalah 7. Sebenarnya, kita hanya kalah satu iaitu di Kuala Terengganu.

“Di DUN Penanti, kita tidak kalah kerana kita tidak bertanding. BN menang di Batang Air. Kemudian tidak menang di kawasan sememangnya sejak azali lagi mereka menang,”
katanya.

Ulasan GB

Sekarang Ahmad Maslon dah tolak teori pendulum, merbahaya bila terkena batang hidung. Jadi kena tukar ayat lain.. UMNO tidak menang di kawasan sememangnya sejak azali lagi PR menang.. kihkihkih


Era Najib Altantuya : Jabatan Penjara Diberi Lampu Hijau Sebat Kartika

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberi kebenaran kepada Jabatan Penjara untuk menjalankan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Hishammuddin berkata, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar bersama seorang pegawai wanita telah datang ke pejabatnya minggu lepas untuk menunjukkan demonstrasi hukuman sebat tersebut kepadanya.

"Dia (pegawai wanita yang melakukan demo) menyebat belakang sebuah kerusi dengan rotan.

"Memang ada sedikit tekanan pada hayunan rotan tapi ia bukannya meninggalkan kesan kesakitan, tidak seperti hukuman rotan yang pernah dijalankan di sekolah-sekolah satu ketika dahulu.

"Saya sangat berpuas hati dan hukuman sebat itu boleh dijalankan oleh Jabatan Penjara jika mahkamah memutuskan untuk meneruskan dan menguatkuasakan hukuman tersebut," katanya dalam temubual bersama akhbar The Star.

Baru-baru ini Hishammuddin berkata, kementeriannya perlu mengkaji prosedur yang betul sebelum melaksanakan hukuman merotan terhadap wanita menurut undang-undang Syariah.

Tambahnya, beliau tidak akan membenarkan jabatan tersebut untuk melaksanakan hukuman merotan tersebut jika mereka tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam melaksanakannya.

Kartika, 32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating.

Hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat campurtangan daripada pelbagai pihak yang memberikan pelbagai alasan antaranya kerana sekarang adalah bulan Ramadan dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan pelaksanaan hukuman tersebut tidak dapat dijalankan lagi kerana pihak berkuasa penjara tidak pernah melaksanakan hukuman sebat ke atas wanita sebelum ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun beliau berpuas hati dengan kemampuan Jabatan Penjara untuk melaksanakan hukuman merotan itu, namun hakikatnya mereka tidak mempunyai pengalaman berbuat demikian.

“Ini kerana wanita itu (Kartika) akan menjadi pesalah pertama yang akan dirotan (di bawah undang-undang Syariah). Sementara empat lelaki yang pernah dikenakan hukuman yang sama telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Syariah terhadap hukuman ke atas mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai merit menjatuhkan hukuman rotan ke atas Kartika, Hishammuddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Jabatan Penjara supaya 'tidak terlibat' dalam isu tersebut.

"Itu bukan skop mereka.Ia merupakan satu proses penghakiman yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah. Jika keputusan mahkamah ialah hukuman rotan adalah menjadi tugas mereka (Jabatan Penjara) untuk melaksanakannya secara adil.”

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarno Mutalib, ketika dihubungi, berkata keluarga mereka sangat gembira apabila mendengar berita yang Jabatan Penjara akan menjalankan hukuman merotan itu.

"Syukur,alhamdulillah. Kartika mahu semuanya selesai dengan segera," katanya. -Mstar

Ulasan GB

Yang ni bila nak kena sebat?








Era Najib Altantuya : Wanita UMNO Nak Jadi Calon Di Bagan Pinang

Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya Datuk Kamelia Ibrahim berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

"Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini , Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kamelia berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu.

"Kalau diberi peluang, saya pasti kita boleh cari calon wanita yang berwibawa, pasti ada," katanya.

Mengenai persiapan jentera pergerakan itu, Kamelia berkata Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menyusun strategi baru dalam mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sementara itu, Ahmad Shabery yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN tersebut berdasarkan prestasi BN kini yang dilihat semakin stabil.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata prestasi BN pada pilihan raya kecil sebelum ini agak menurun kerana bertanding di kawasan kuat pembangkang namun sokongan pengundi mula kembali kepada BN.

"Kalau dilihat di Manik Urai, telah ada perubahan besar di kalangan pengundi di sana untuk datang kepada BN walaupun tempat itu menjadi kubu kuat PAS, jadi kita tengok keadaannya agak stabil," katanya. -Bernama

Era Najib Altantuya : Hishammuddin Tersepit. Anunya Terkepit Bila 25 Laporan Polis Dilakukan Terhadapnya

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein cuba untuk mengkaitkan anggota PKR dan PAS di dalam isu perarakan kepala lembu apabila berkata anggota pelbagai parti politik dikenal pasti terbabit dalam isu bantahan cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Beliau berkata kementeriannya telah pun melakukan siasatan mengenai perkara itu dan bersedia mendedahkan maklumat mengenainya pada suatu masa yang difikirkan sesuai.

"Kita tahu berapa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Barisan Nasional (BN) yang terbabit dalam protes itu. Kita mempunyai maklumat itu dan bersedia mendedahkannya pada masa yang sesuai.

Hishamuddin dicabar untuk mendedahkannya seberapa segera dan ramai pemerhati politik menyifatkan kenyataan Hishamuddin berkenaan adalah percubaan Naib Presiden UMNO itu untuk melakukan "cover-up" terhadap jenayah rasisma yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO dan pemudanya yang mendalangi penunjuk perasaan kepala lembu tempohari.

Ia juga sebagai satu percubaannnya untuk menutup laporan polis yang sebanyak 25 laporan yang dibuat oleh beberapa ahli politik parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkaitan isu protes persatuan penduduk Seksyen 23 yang membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr A Xavier Jayakumar berkata, pihaknya terkejut dengan tindakan Hishammuddin yang menyatakan kumpulan berdemonstrasi berkenaan tidak berniat menimbulkan kebencian terhadap kaum lain.

“Kami terkejut dengan kenyataan Hishammuddin padahal kes berkenaan masih dalam siasatan polis.”

“Kenyataan yang dikeluarkan jelas tidak bertanggungjawab daripada seorang menteri yang menjaga ketenteraman negara dan boleh mengundang kutukan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

Xavier berkata, tindakan menteri berkenaan jelas mendahului siasatan polis dan boleh mempengaruhi proses berkenaan.



Era Najib Altantuya : UMNO Tak Boleh Bersandiwara Isu Pindah Kuil

Isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam sepatutnya diselesaikan lebih awal tanpa tercetus sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagaimanapun, isu ini berlarutan apabila pihak UMNo menjadi dalang untuk menghuru-harakan keadaan semata-mata dendam kerana kekalahan di dalam pilihanraya yang lepas.

Kelmarin, sesi dialog bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, bagi menjelaskan isu pemindahan kuil itu bukan saja tegang, malah sekumpulan pemuda yang tidak berakhlak menjadi golongan yang melampau membawa semangat rasisma melampau yang diasuh dari parti UMNO sehingga melahirkan manusia yang berperangai binatang.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

"Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

TULISAN DI ATAS ADALAH UNTUK MENJAWAB TULISAN WARTAWAN PENGAMPU INI



Ulasan Najib Altantuya Kononnya Rakyat Ragui Pembangkang Tidak Berasas

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat yang mempertikaikan keputusan dasar pentadbiran mereka jelas menunjukkan satu percubaan Najib untuk mengeksploitasi memanipulasikan isu yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, mereka berdepan pelbagai masalah kerana gagal menunaikan janji dan memenuhi hasrat rakyat seperti dijanjikan pada pilihan raya sebelum ini.

“Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang amat mudah bagi mereka mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

“Hakikatnya apabila sudah mentadbir tidak semudahnya seperti mana yang mereka cuba lakarkan waktu mereka jadi pembangkang.

Sebenarnya, rakyat 1Malaysia telah pun megetahui bahawa kekecohan yang berlaku di Selangor adalah permainan politik kotor dan hina dari sekumpulan manusia UMNO yang ekstrem, yang pelampau dan yang bersifat perkauman.

Rakyat 1Malaysia juga telah tahu dalang sebenar kekecohan itu dan rakyat 1Malaysia juga tahu mengapa polis sengaja melambat-lambat proses penahanan dan pendakwaan mereka yang terlibat denga perarakan kepala lembu beberapa hari yang lalu.

Najib mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di sesi dialog di Dewan Bankuet, MBSA yang dihadiri lebih 200 penduduk Seksyen 23, Shah Alam berhubung isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Malah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail turut di’boo’ beberapa kali oleh penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri itu, termasuk mendakwa lambat bertindak dan hanya mahu berdialog selepas ia menjadi isu nasional, lapor wartawan Berita Harian yang agak gembira untuk menulis ungkapan "Khalid kena boo" di dalam akhbar mereka.

Media massa arus perdana cuba menutup kisah sebenar yang berlaku di majlis dailog itu yang mana kekecohan itu disebabkan oleh pemuda-pemuda liar yang berakhlak rendah yang masuk ke dewan semata-mata membuat kacau dan untuk menimbulkan kekecohan, satu kaedah tipikal mana-mana pemuda dan pemimpin Umno yang terdesak dan tertekan yang akan "mengamuk" semata-mata kerana telah tewas di dalam pilihanraya yang lepas., bukan kerana isu kuil atau apa jua isu yang boleh dijadikan medan untuk menghentam dan menghamburkan makian kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.



Era Najib Altantuya : Soi Lek Cabar Ong Buat Laporan Polis

Kris politik MCA semakin parah apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya membuat laporan polis jika benar berlaku amalan politik wang dalam usaha penyokong bekas Timbalan Presiden MCA itu mengutip tandatangan untuk membolehkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.

Katanya, laporan sama juga boleh dibuat secara rasmi kepada parti supaya siasatan terperinci dilakukan dan tindakan diambil terhadap mereka.

Bagaimanapun, katanya, isu yang ditimbulkan Ong itu sengaja diadakan untuk meraih perhatian ramai selain fitnah terbaru dalam usaha mencemarkan imej dan memusnahkan dirinya.

“Cerita itu tidak berasas langsung dan sengaja direka untuk memburukkan diri saya tetapi beliau (Ong) tidak sedar, tindakannya itu turut menjejaskan nama baik MCA.

“Setiap hari, beliau menabur pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap saya. Tuduhan terbarunya itu menunjukkan seolah-olah saya terbabit dalam politik wang untuk mendapatkan tandatangan, tetapi saya mana ada duit, tiada jawatan dan ini membuktikan beliau sengaja ingin memusnahkan saya.

“Tindakannya melempar fitnah juga memburukkan imej perwakilan kononnya mereka senang dibeli dan politik wang berleluasa dalam parti walhal perkara itu tidak berlaku,” katanya, semalam.

Era Najib Altantuya : UMNO Calonkan Isa Samad Di Bagan Pinang?

Pakatan rakyat menyambut baik berita yang menyatakan Umno dijangka meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Sumber UMNO berkata, pemilihan itu berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki Mohd Isa yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi selama enam penggal, termasuk sepenggal sebagai Ahli Parlimen Jempol.

Badan Perhubungan Umno negeri dilaporkan akan meminta pucuk pimpinan parti untuk mencalonkan Mohd Isa yang dikatakan amat dikenali dan disenangi penduduk Bagan Pinang, lapor Berita Harian.

“Umno negeri dan bahagian Teluk Kemang pada prinsipnya bersetuju untuk memilih Mohd Isa sebagai calon BN. Beliau mempunyai karisma dan pengalaman yang luas sebagai pemimpin di peringkat parti serta pentadbiran kerajaan,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (HPS), kelmarin.

Umno kini dilihat akan lebih berhati-hati di dalam soal pemilihan calon kerana pengalaman di dalam pilihanraya kecil yang lepas, Umno tewas kebanyakannya disebabkan oleh perletakan calon bermasalah.

Bagi Pakatan Rakyat, pemilihan Mohd Isa jelas menunjukkan Umno "kekeringan" calon yang berwibawa. Bagi Umno, itu saja yang terbaik yang ada di dalam "stok" mereka.

Dan jika benar Mohd Isa diturunkan, ia merupakan satu peluang bagi PAS PR untuk merampas kerusi Bagan Pinang dari BN kerana banyak hal mengenai Isa dan Bn yang boleh dijadikan modal kempen pilihanraya.

Lembaga Disiplin Umno telah menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.

Beliau didapati bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang. Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.

Semua jawatannya dalam parti ketika itu, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005, Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Era Najib Altantuya : Ugutan Musa Dikesali

Banyak pihak menyelar kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berkata polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan semasa pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut undang-undang.

Beliau berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu. Katanya beliau akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian.

Ugutan Ketua Polis Negara berkenaan tidak boleh diterima kerana selama ini polis diketahui telah bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih dimana tindakan hanya dihalakan dan ditumpukan kepada pemimpin dan penyokong parti bukan-kerajaan sedangkan pengacau serta perosak dari kalangan UMNO BN tidak diambil tindakan oleh polis.

Polis sepatutnya menerima teguran dari Menteri di jabatan perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan mana-mana individu yang terbabit.

Beliau berkata cadangan ini bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.

"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan. "Tapi kalau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekacauan dan menunjukkan kekerasan atau keganasan, maka selepas merakamkannya polis boleh bertindak untuk mencegah daripada insiden ini merebak.

"Ini termasuk juga sekiranya tunjuk perasaan itu menggunakan cara yang akan melukakan atau menghina perasaan orang lain yang berbabit dengan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan polis menahan 16 individu kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit semalam selepas berarak dari pejabat Majlis Peguam ke Dataran Merdeka sambil membawa bunga ros dan beberapa kain rentang bagi memprotes perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Sebaliknya, polis masih belum menahan mana-mana individu yang terlibat dalam demonstrasi sambil membawa kepala lembu di Shah Alam barubaru ini bagi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Musa yang berhasrat untuk menambahkan bilangan anggota polis untuk tujuan pilihanraya Bagan Pinang tidak lama lagi.

"Apa tujuan mengerahkan sebegitu ramai polis ke tempat berkenaan? Nak perang dengan rakyat atau apa? Bukan bilangan berapa ramai polis yang boleh menentukan keamanan tetapi sejauh mana profesyenalnya polis menjalankan tugas mereka. Jika masih lagi bertindak sebagai kuda tunggangan UMNO BN, selagi itulah polis tidak akan dihormati dan letaklah berjuta polis sekalipun, rakyat tidak akan takut dan tidak akan mematuhinya. Jika anda bertindak profesyenal, adil dan telus, sepuloh orang anggita polis memadai kerana rakyat akan membantu polis menjaga keselamatan dan kemananan negara," tegasnya.

Era Najib Altantuya : Guan Eng Dan Salleh Man Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada fakir turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan juga calon PAS Permatang Pasir YB Ustaz Saleh Man(USM). Majlis yang di adakan petang semalam itu di adakan di pusat pengajian Ustaz Sobri Arshad di Padang Menora.

Dalam ucapan ringkas, Ustaz Salleh Man menjelaskan bahawa pada pilihanraya lepas peningkatan undi dari calon kaum Tionghua meningkat sebanyak 5% manakala pengundi Melayu jatuh sedikit sebanyak 2%. Ini adalah kerana ianya di lakukan pada hari bekerja dan ramai yang tidak dapat pulang untuk mengundi.Namun dalam masa yang sama pencapaian ini boleh dibanggakan kerana walau pun dibuat pada hari bekerja semua gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.

Sementara itu dalam ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng pula, beliau menjelaskan bahawa masyarakat jangan terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai ketidakharmonian dalam masyarakat disebabkan beberapa insiden kecil yang sebenarnya dapat di selesaikan dengan baik.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri Bn sebelum di ambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat pembaharuan terutamanya bantuan kepada sekolah agama rakyat di mana sebelumnya Bn telah memberikan 12.5 juta sebelum itu kepada bahagian hal ehwal agama, namun selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pakatan Rakyat telah menambah hampir sekali ganda iaitu sebanyak RM20.5 juta kepada bahagian hal ehwal islam .Ini semua, menurut ketua Menteri lagi, tidak dihebahkan oleh kerajaan Bn keran mereka tahu akan kelemahan mereka selama ini.

Dalm majlis berbuka Ketua Menteri duduk bersama wakil rakyat yang lain dan bersama dengan rakyat berbuka puasa bersama. -laman reformasi

Era Najib Altantuya : UMNO Pulau Pinang Bergoncang Selepas Permatang Pasir

UMNO Pulau Pinang kini bergolak. Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed (gambar) melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mustapa Mohamed yang berkata kemelut seorang Adun dari Umno di Pulau Pinang yang mengugut untuk tarik diri boleh diselesaikan secara perbincangan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata Umno negeri dan Adun tersebut perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi menyelesaikan sebarang masalah dan bukannya melalui kaedah ugutan dan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan parti.

"Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, apa yang penting apabila kita mengadakan perbincangan pasti akan wujud tolak ansur dalam isu berkenaan daripada keduadua belah pihak.

"Sekarang ini pula adalah bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa dan kita mesti lebih banyak bersabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis agihan bantuan zakat kepada 1,500 anak yatim dan ibu tunggal di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kekecewaan dan rasa tidak puas hati seorang Adun daripada Umno di Pulau Pinang dengan layanan diterima daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Adun itu dilaporkan sebagai berkata jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi dengan meletakkan jawatan sebagai Adun kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

Mustapa berkata masalah yang wujud di Pulau Pinang itu boleh ditangani dengan kesabaran dan ikhlas.

Sementara itu ada juga khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno bahagian Permatang Pauh akan digantung 15 September ini sebagai satu usaha bagi merombak semula bahagian tersebut yang dilihat tidak bersatu di bawah Dato Jalil. Ini berikutan berlakunya kelemahan di mana calon yang dipilih tidak mempunyai kualiti dan punca kepada kekalahan Umno di Permatang Pauh.Ianya menyaksikan bahawa Umno perlu di rombak di semua bahagian dan bukan sahaja di Permatang Pauh, malah kesemua bahagian atau akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang.

Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali : Era Najib Altantuya

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.



UMNO Tidak Mudah Untuk Menang Seperti Dulu - Khaled : Era Najib Altantuya

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan UMNO bahagiannya supaya berhati-hati dan bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU-13) akan datang, memandangkan parti itu tidak lagi mudah untuk dimenangi seperti dulu.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku hari ini juga berbeza dan tidak sama seperti dahulu justeru setiap langkah yang diambil parti ini perlu berhati-hati lebih-lebih lagi dalam menghadapi hari yang semakin mencabar.

Menurutnya, UMNO seharusnya mengambil kaedah yang berbeza bagi mendekatkan parti dengan masyarakat kerana kejayaan parti itu bergantung kepada hubungan dengan pihak luar.

“Kita mesti jaga UMNO kita. Jangan rosakkan UMNO kita kerana UMNO sedang dalam menghadapi cabaran yang besar hari ini dengan parti lain.

“Dulu mudah bagi UMNO untuk menang pada setiap kali pilihan raya tetapi hari ini tidak lagi. Maka kita perlu kuatkan parti kita dengan terus mengadakan hubungan bersama masyarakat,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada ketua-ketua cawangan dalam UMNO bahagian Pasir Gudang yang akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan di sini, semalam.

Khaled turut berharap agar pendekatan kepada masyarakat dapat dilakukan sebaik setiap ketua cawangan menyerahkan bantuan sumbangan berkenaan dan menggesa setiap cawangan memainkan peranan masing-masing.

“Bagi memperkukuh dan memperkuatkan Parlimen Pasir Gudang ini, saya berharap setiap cawangan mengadakan majlis di kawasan masing-masing supaya masyarakat dapat menilai kemampuan yang dilakukan cawangan khususnya dalam kerja kebajikan,” katanya. -SH