7 Sep 2009

UMNO Tidak Mudah Untuk Menang Seperti Dulu - Khaled : Era Najib Altantuya

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan UMNO bahagiannya supaya berhati-hati dan bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU-13) akan datang, memandangkan parti itu tidak lagi mudah untuk dimenangi seperti dulu.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku hari ini juga berbeza dan tidak sama seperti dahulu justeru setiap langkah yang diambil parti ini perlu berhati-hati lebih-lebih lagi dalam menghadapi hari yang semakin mencabar.

Menurutnya, UMNO seharusnya mengambil kaedah yang berbeza bagi mendekatkan parti dengan masyarakat kerana kejayaan parti itu bergantung kepada hubungan dengan pihak luar.

“Kita mesti jaga UMNO kita. Jangan rosakkan UMNO kita kerana UMNO sedang dalam menghadapi cabaran yang besar hari ini dengan parti lain.

“Dulu mudah bagi UMNO untuk menang pada setiap kali pilihan raya tetapi hari ini tidak lagi. Maka kita perlu kuatkan parti kita dengan terus mengadakan hubungan bersama masyarakat,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada ketua-ketua cawangan dalam UMNO bahagian Pasir Gudang yang akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan di sini, semalam.

Khaled turut berharap agar pendekatan kepada masyarakat dapat dilakukan sebaik setiap ketua cawangan menyerahkan bantuan sumbangan berkenaan dan menggesa setiap cawangan memainkan peranan masing-masing.

“Bagi memperkukuh dan memperkuatkan Parlimen Pasir Gudang ini, saya berharap setiap cawangan mengadakan majlis di kawasan masing-masing supaya masyarakat dapat menilai kemampuan yang dilakukan cawangan khususnya dalam kerja kebajikan,” katanya. -SH

1 ulasan:

  1. Khalid Nordin, bersiap sedia lah untuk menerima kekalahan,,,,,,,, bagi UBN kekalahan itu memnag pahit seperti JADAM,,, bagi PR pula kekalahan itu nikmat yang tidak terperi lazat nya ,,, LU PIKIR LAH SENDIRI WAHAI KHALID NORDIN (sahabat)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.