Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional’s (BN) Bagan Pinang Azman Mohd Noor di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung di Seremban Specialist Centre, mengundang pilihanraya kecil ke sembilan selepas pilihanraya umum 2008.
Dari bukti risikan dan laporan siasatan menyatakan Negeri Sembilan adalah negeri yang lemah untuk BN dan boleh tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) di dalam pilihanraya umum akan datang.
Pandangan tersebut akan teruji dengan pilihanraya kecil dengan 14,000 pengundi yang akan mengundi di DUN yang disifatkan kubu kuat BN .
Di dalam PRU Mac lalu, BN telah kembali berkuasa di Negeri Sembilan, tetapi gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri Negeri Sembilan.
Kini terdapat 21 ADUN BN berbanding 15 DUN PR di negeri tersebut. Pilihanraya kecil Bagan Pinang akan merupakan pilihanraya kedua di Semenanjung Malaysia sejak PRU 2008 akan diadakan dimana Umno menjadi penyandangnya. Umno yang menjadi di Kuala Terengganu namun PAS berjaya merampas kerusi parlimen itu di dalam pilihanraya kecil yang diadakan.
Kecuali di Batang Ai Sarawak, kesemua pilihanraya kecil lain yang berjumlah lapan semuanya, yang terbaru di Permatang Pasir Pulau Pinang, telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN hanya menang di Batang Ai Sarawak, dimana ia adalah penyandang, dan tidak bertanding di Penanti.
Kerusi Bagan Pinang di Negeri Sembilan disifatkan sebgai kubu kuat BN, Azman memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi.
Bagan Pinang, terletak di dalam parlimen Teluk Kemang di Port Dickson yang merupakan kerusi majoritinya Melayu yang merupakan 66 peratus dari jumlah pengundi.
10 peratus pengundi adalah China manaka India 19.9 peratus.
Isu-isu yang menibatkan kaum Melayu dan India dijangkakan akan mendominasikan kempen pilihanraya, dengan UMNO masih tetap dengan status quonya mengambil pendirian menyokong kerajaan dan isu-isu perobohan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan perarakan kepala lembu di Shah Alam bakal mendominasi kempen.
Negeri Sembilan akan terus menjadi negeri yang tidak selamat untuk BN dan Umno akan cuba mempertahankan kerusi tersebut untuk mengembalikan maruah selepas kekalahan berterusan dan juga untuk mempastikan negeri itu terus dapat dikuasainya. Namun keadaan UMNO Negeri Sembilan sendiri tidak berapa mantap ketika ini.
Beberapa bahagian UMNO dikatakan tidak sehaluan dengan Mentri Besar Datuk Mohamad Hasan, tokoh korporat yang diambil dengan kesamaran politiknya dan disemai di pentas politik pada 2004 oleh bekas PM Tun Abdullah Badawi.
September lalu, Mohamad terpaksa menyelesaikan masalah pemimpin UMNO yang mengugut untuk menjatuhkan kerajaannya dengan spekulasi melompat kepada PR. Namun ia tidak menjadi kenyataan.
Sebagai tambahan, beberapa isu kebelakangan ini yang boleh menyebabkan UMNO BN akan menerima pukulan hebat yang boleh menyebabkan kerusi Bagan Pinang terlepas ke tangan PR. Diantaranya termasuklah isu-isu nasional seperti:
1) Kezaliman polis yang berterusan memukul, membelasah dan menahan pemimpin dan ahli Rakatan Rakyat
2) Perlanjutan kontrak Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang dilihat sebagai orang yang bersekongkol dengan Peguam Negara untuk memfitnah Datuk Seri Anwar.
3) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak bebas serta membuat siasatan berpilih, menumpukan hanya kepada PR tetapi memejamkan mata kepada aduan terhadap pemimpin UMNO BN
4) Isu Teoh Beng Hock di mana SPRM cuba mempertahankan teori Teoh membunuh diri dan dlihat cuba melakukan "cover-up" terhadap jenayah para pegawai penyiasatnya.
5) Muhyiddin Mohd Yassin, TPM yang dilihat sebagai pemimpin ultra-Melayu serta bermulut celupar menuduh orang lain pengkhianat bangsa
6) Hishamuddin Hussein yang dilihat sebagai pemimpin salahguna kuasa untuk campurtangan siasatan polis terhadap isu perarakan kepala lembu dengan pembelaaannya kepada ektremis Melayu
7) Najib Tun Razak yang dilihat telah cuba melakukan rampasan kuasa di negeri Selangor dan Kedah dengan memperalatkan jentera-jentera SPRM, SPR, Polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain disamping "membeli" ADUN-ADUN PR di negeri terbabit.
8) Isu tertunggak seperti kemelut Perak yang belum diadakan pilihanraya semula sekalipun didesak oleh pelbagai pihak
9) Masyarakat Cina - Krisis MCA, pemecatan Chua Soi Lek, 2 EGM dan PKFZ.
10) Masyarakat India - Isu Buah Pala dimana MIC cuba menangguk di air keruh. Isu Gobala, Kishvinder Singh yang dibelasah oleh polis, isu perarakan kepala lembu yang disokong oleh pemimpin UMNO.
11) masyarakat Melayu - Penipuan pemansuhan PPSMI, liberalisasi ekonomi
12) Isu majalah kartun Zunar yang dirampas oleh KDN
13) Isu Kota Siputeh di mana SPR dilihat bertindak sebagai pentafsir undang-undang untuk emnyebelahi UMNO BN dengan tidak mengisytiharkan kerusi Kota Seputeh kosong.
14) Isu ADUN BN Terengganu yang kini tidak menerima Menteri Besarnya
15) knaikan harga minyak dan harga barang
dan banyak lagi. Kesemua isu-isu di atas tidak akan mampu dijawab oleh UMNO BN dan mampu menggoncangkan kedudukan UMNO BN serta memberikan kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi itu dari BN.
Kezaliman polis, kebiadaban Peguam Negara, keangkuhan, kesombongan malah penipuan para pemimpin UMNO BN, kecurangan SPRM dan SPR, ketempangan dan berat sebelah media massa - kesemuanya itu akan merupaka faktor-faktor yang bakal menumbangkan UMNO BN dari persada pemerintahan negara - lambat launnya.