4 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Terengganu Makin Parah, Musa Tawar Diri Jadi Orang Tengah

Kemelut Umno Terengganu yang berlarutan sejak pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar semakin parah sehingga memaksa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut berkenaan.

Campurtangan Muhyiddin ini juga sekaligus memperlihatkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Timbalannya Ahmad Said gagal mengatasi kemelut itu.

Bagaimanapun Muhyiddin sekali lagi dilihat cuba menyembunyikan kegagalan dengan mendakwa senario kemelut berkenaan semakin baik berdanding sebelum ini.

"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkaraperkara tertentu yang perlu dibereskan.

"Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar... lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya

Namun malang bagi Muhyiddin apabila usahanya mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pulaukan 15 wakil rakyat BN.

Muhyiddin turut mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu dan ia perlu diselesaikan dengan segera.

Kenyataan dan tindakaan Muhyiddin ini secara jelas memperlihatkan kegusaran pimpinan tertinggi Umno terhadap desas desus wakil rakyat dari parti itu akan lompat parti. -TVA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.