11 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Anwar Fail Tuntutan Pasukan Pendakwaraya Digugurkan

Pasukan peguambela Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan ke mahkamah untuk menggugurkan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Anwar II.

Permohonan ini dibuat bersandarkan kepada kenyataan dan fakta-fakta berkaitan yang menunjukkan Peguam Negara Abdul Gani Patail bersikap "berat-sebelah dan prejudis dalam pendakwaannya" terhadap Anwar Ibrahim.

"Terdapatnya pelbagai bukti yang menguatkan hujah klien kami ini, berdasarkan kepada siri-siri laporan polis yang menunjukkan cubaan untuk menyembunyikan bukti dan/atau memalsukan bukti," kata peguam Sankara Nair.

Kenyataan ini merujuk kepada campurtangan Gani Patail dalam dua kes Anwar sebelum ini pada 1998 dan insiden lebam mata.

"Selain itu, tindakan Peguam Negara meluluskan permohonan Seksyen 418A untuk mendakwa Anwar Ibrahim disebalik dakwaan ini tidak kukuh menunjukkan bahawa Gani adalah individu yang mendalangi pendakwaan ini," kata Gani.

Sankara menambah sekiranya Peguam Negara diizinkan untuk meneruskan pendakwaan ini, ia bermaksudnya pencabulan proses undang-undang telah berlaku.

"Klien kami tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa membuat permohonan ini untuk perhatian mahkamah," tegas Sankara.

Pasukan pendakwaraya kini dianggotai oleh tujuh orang iaitu Peguamcara Negara 1 Idrus Harun, pendakwaraya kanan Mohd Yusof Zainal Abiden, pendakwaraya Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin. -TVA

Era Najib Altantuya : KDN Melakukan Penipuan Pada Keputusan Undian Di Lamanwebnya

Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin jauh merosot dalam undian di laman web berita Keselamatan Dalam Negeri (KDN) - tinggal lagi 56 peratus daripada 92 peratus sejak minggu lalu, lapor malaysiakini.

Jumlah respons bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" bagaimanapun meningkat mendadak kepada 23,106 daripada 522 respons dalam semakan awal Malaysiakini, Khamis lalu.

Sebanyak 481 respons atau 92 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan minggu lalu, hampir 24 jam selepas undian itu dimuat naik di portal berita rasmi kementerian berkenaan.

Hari ini tinggal 56 peratus atau 13,002 respons mahu ia dimansuhkan, selebihnya ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah, setakat semakan jam 3.10 petang ini - 50 peratus atau 12,210 daripada 24,418 respons menyifatkan akta itu "zalim".

Minggu lalu, 597 respons atau 88 peratus menganggapnya sedemikian.

Bagaimanapun sekumpulan pengguna internet mendakwa respons terbaru bagi dua soalan tersebut - termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." - telah dimanipulasi oleh kementerian berkenaan.

Kenaikan mendadak respons itu berbeza dengan corak jawapan bagi tiga soalan lagi sejak ia dimulakan.

Dalam semakan akhbar harian China Press setakat 4 petang semalam, soalan pertama dilaporkan menerima 13,646 respons dan soalan keempat pula 13,969 respons.

Tiga soalan lain menerima respons antara 12,246 hingga 12,578.

Semakan Malaysiakini bagi ketiga-tiga soalan tersebut menunjukkan ia tidak naik mendadak, sebaliknya mengikut corak respons seperti Khamis lepas.

Menjawab isu tahap pengetahuan pengunjung berhubung akta tersebut, 94 peratus daripada 12,974 respons memilih "faham"

Kira-kira 94 peratus daripada 12,616 respons pula menjawab soalan keempat dengan menyatakan mereka mendapat maklumat tentang isu tersebut daripada bahan bacaan.

Bagi soalan terakhir, 57 peratus daripada 12,636 respons "mengetahui" Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia".

Sementara 40 peratus lagi, atau 5,067 respons, menyifatkan soalan itu "tidak memberi apa-apa makna" kepada mereka.

Berdepan dengan kenaikan lebih 100 peratus, warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan 1BlackMalaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai "keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat berhubung ISA".


Era Najib Altantuya : Aku Bukan Pengkhianat - Anwar

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata tuduhan "pengkhianat" yang dilemparkan Umno menunjukkan parti perkauman itu semakin terdesak untuk memenangi sokongan rakyat dalam pilihanraya mendatang.

Anwar menjelaskan PKR mempunyai hujah tuntas untuk mematahkan fitnah jahat pimpinan Umno yang kembali bertaut pada taktik perkauman setiap kali kedudukan mereka terancam.

"Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak," kata Anwar.

Pemimpin reformasi itu menambah PKR dan Pakatan Rakyat mahu melaburkan masa dan tenaga untuk memacu perubahan politik baru dan enggan terjerumus dalam politik murahan Umno-Barisan Nasional.

Anwar seraya menggesa penyokong-penyokong gagasan parti pemerintah itu supaya membuka mata kepada siri laporan polis dan tuduhan rasuah yang terpalit pada tubuh pimpinan Umno-BN - jenayah dan pengkhianatan yang bukan lagi rahsia dan diketahui umum.

"Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka," kata Anwar.

"Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing," tambah beliau.

Anwar meminta rakyat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat supaya menerima dugaan ini dengan kesedaran bahawa Umno-BN semakin tertekan dengan kemaraan politik pembaharuan yang semakin hampir.

Pemimpin reformasi itu menambah PKR tidak gentar dan tidak goyah dengan serangan propaganda pemerintah.

"Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar," kata Anwar dan menambah, "Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa."

"Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan," tegas Anwar. -TVA

Era Najib Altantuya : Siapa Calon PAS Di Permtg Pasir?

Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu, lapor harakahdaily.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Siasah pula melaporkan PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.



PERMATANG PAUH, 11 Ogos: PAS Pulau Pinang menyenarai lima nama utama untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

(Gambar: Salleh Man)

Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sendiri, Ustaz Mohd Salleh Man, timbalannya yang juga AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Turut dicalonkan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang yang baru dilantik, Rosidi Hussain, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas pegawai peribadi kepada Mohd Hamdan, Shamsul Kamal Sahpie.

Kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) N11, Permatang Pasir yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh akan sekali lagi menjadi kubu peperangan sengit antara PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan Umno yang mewakili Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos yang akan datang.

(Gambar: Mohamad Sabu)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 25 Ogos pula sebagai hari pengundian yang kedua-duanya jatuh di bulan Ramadhan.

PAS telah mempertahankan kerusi ini selama tiga penggal berturut-turut sejak 1999 itu tidak mudah untuk digugat oleh Umno walaupun sebelum 1999 ia pernah menjadi milik dan kubu kuat mereka.

(Gambar: Rosidi)

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu PAS berjaya mempertahankan kerusinya bagi kali ketiga melalui Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman apabila berjaya memperolehi sebanyak 11,004 undi setelah berjaya menewaskan calon Umno yang hanya meraih sebanyak 5,571 undi.

(Gambar: Mohd Yusni)

Dun Permatang Pasir mempunyai seramai 20,350 pengundi. 72.0 peratus adalah pengundi Melayu. 25.7 peratus terdiri daripada pengundi Cina dan 1.2 peratus adalah pengundi India.

Era Najib Altantuya : INKUES YANG AMAT MERAGUKAN

Perjalanan inkues lepas sehari ke sehari menampakkan semacam ada satu konspirasi yang teratur untuk membuktikan Teoh Beng Hock "jatuh" atau "terjun" dari bangunan. Itu saja. Ia seperti mengikut keinginan pihak SPRM dan polis yang telah meletakkan kedua-dua kemungkinan itu sebagai sebab kematian Teoh.

Awal-awal lagi rakyat Malaysia meragui peranan inkues ini yang nampaknya hanya akan melakukan "rubber-stamp" terhadap hasil siasatan polis sebelum ini.

Keterangan-keterangan dari ahli kimia dan pathologi seperti seolah-olah ianya menjurus kepada satu skrip yang telah direka untuk melakukan satu penipuan di dalam usaha untuk menutup kebenaran, bukan mendedahkannya.

Dan hal ini terserlah dengan pengakuan dari ahli kimia bernama Zairaha Awang apabila ditanya oleh peguam mendiang Teoh.



"Selain ujian untuk periksa dadah dan racun, adakah anda terfikir kemungkinan ada sebab-sebab lain kematian atau melakukan pemeriksaan lain?"

Zairaha: "Tidak, hanya ikut apa yang diminta pihak polis."


Zaihara sendiri melakukan kesilapan yang materi apabila memberikan keterangan yang berubah-ubah misalnya sampel kandungan perut yang diterimanya berwarna yang pada awalnya dikatan jrnih kemdian menukarkan keterangannya kepada warna kecoklatan apabila dibuktikan warna jernih bukan warna yang tertera di dalam laporan.

Di dalam membantah teori "Teoh ditolak" yang dikemukakan oleh Gobind, Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu mengendalikan prosiding itu sewaktu membantah soalan Gobind dengan mengatakan saksi tidak boleh ditekan dengan soalan-soalan sedemikan sama ada si mati ditolak ataupun tdak.

Beliau membantah penggunaan perkataan 'ditolak' kerana ia merupakan hanya pandangan sebelah pihak dan koroner menyokong pula Peguam Tan Hock Chuan.

Persoalan utama: Mengapa mesti terima teori SPRM dan polis sahaja yang menyatakan ia "jatuh" atau "terjun"?

Pada hari ini saksi yang ke-10, Dr. Khairul Azman Ibrahim, 51, perunding kanan Bahagian Forensik Hosptital Tengku Ampuan Rahimah Klang sewaktu memberi keterangan menyatakan hasil pemeriksaan dalaman menunjukkan terdapat kerosakan di tulang tengkorak mayat Teoh.

Beliau memaklumkan terdapat pendarahan di bahagian rongga dada sebelah kanan, juga pendarahan di bahagian paru-paru kanan disamping mengalami keretakan di bahagian leher.

Tiba-tiba kesimpulan dibuat, berdasarkan siasatan, sebab kematian adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi. Dr. Khairul jelaskan si mati dipercayai mendarat (jatuh) dengan keadaan kakinya, ia lebih pada kaki kanan dan dipercayai badannya sedikit condong ke kanan, punggung juga mungkin jatuh bersama... mungkin kemudian, mungkin serentak.

Bagaimana kesimpulan sedemikian boleh dilakukan dengan penemuan-penemuan yang bersifat dalaman tanpa menjelaskan keadaan luaran fizikal mayat, samada ia memenuhi ciri-ciri seseorang yang terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 5?

Begitu juga beliau berkata tidak terdapat kesan kecederaan akibat pergelutan ketara pada si mati. Juga tidak terdapat tanda-tanda kecederaan ketara akibat menangkis serangan di bahagian luar tangan. Sedangkan pergelutan tidak semuanya perlu mencederakan anggota luaran tubuh badan.

Keretakan, tulang yang patah, selangka dan leher yang retak, pendarahan dalaman yang dialami, seluar yang koyak, talipinggang yang putus, bukankah itu semua juga boleh menuNjukkan wujudnya pergelutan?

Kesimpulan ahli pathologi itu benar-benar memperbodohkan rakyat. Tiada pendarahan luaran walau setitik pun dilantai, hanya pendarahan dalaman, apabila terjatuh dari tingkat yang tinggi?


Berdoalah wahai rakyat Malaysia agar kita semua tidak ditipu dan tertipu.



Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan perencanaan jahat, sedangkan rancangan yang jahat itu tidak akan menimpa melainkan kepada orang yang merancangkannya. Tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang engkar yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi undang-undang peraturan Allah, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan Sunnatullah itu. - Fathiir : 43


Era Najib Altantuya : Anwar Beri Amaran Kpd Muhyiddin, Jangan Ulang Soal Pengkhianat

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menegur Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan juak-juaknya supaya bermuhasabah, sebelum menuduh orang-lain pengkhianat bangsa.

Bercakap di suatu ceramah di Kemaman malam semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu meminta ahli Umno supaya melaburkan sedikit kuasa minda melihat siri laporan polis dan rasuah yang difailkan terhadap pimpinan parti perkauman itu.

Sejarah membuktikan, tegas Anwar, bahawa yang merampas tanah, yang merasuah, dan yang menyeleweng adalah dari kalangan mereka ini.

"Mereka boleh kata dan fitnah saya macam-macam. Saya cuma mahu ingatkan mereka, terutamanya Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, jangan kamu tuduh saya pengkhianat Melayu. Tanah orang Melayu mana saya ambil? Saham mana saya rampas? Projek mana saya raih? Tunjukkan pada saya. Saya mahu tanya pada mereka, apa Muhyiddin tidak ada akaun bank dalam dan luar negara? Saya mahu ingatkan pada beliau, jangan sampai saya isytihar perang nanti kamu terduduk tidak dapat jawab pendedahan-pendedahan saya," kata Anwar.

Pada malam itu, Anwar menyorot perhatian hadirin kepada tabiat pemerintah yang bercakap mengenai pembelaan hak melayu, namun dalam masa yang sama menjarah harta negara untuk diri dan kroni.

"Negara kita tidak ikut kedaulatan undang-undang. Apabila orang kecil curi motor, curi lembu, dia ditangkap bahkan dipukul. Kalau pemimpin Umno, MCA dan geng-geng mereka ambil wang juta-juta ringgit, polis dan SPRM buat-buat tidak nampak. Satu gunung Umno bagi pada taukey judi, dan hari ini mereka tuduh kita pula yang khianat," kata Anwar.

Pemimpin reformasi itu berkata Pakatan Rakyat tidak berminat dengan permainan politik Umno-BN, kerana agenda reformasi dan politik pembaharuan yang dibawa gagasan pembangkang jauh lebih besar manfaatnya untuk rakyat.

"Minda kita harus dibuka, jika tidak kita akan ditipu. Hasil minyak misalannya harus diserahkan kepada negeri yang mengeluarkannya dan rakyat negeri terbabit. Petronas telah diuruskan oleh anak-anak Melayu dengan baik sekali, tetapi yang kita pertikaikan adalah kemana duit-duit Petronas ini diambil dan dibelanjakan oleh kerajaan Pusat. Kemana pergi wang yang sepatutnya memperkaya rakyat? Sebaliknya yang kaya hanya dua tiga kerat orang," tegas Anwar. -TVA



Era Najib Altantuya : 6 Lagi Kematian H1N1

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu. -mk



Era Najib Altantuya : Dr Chua Gesa MCA Tinggalkan BN

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) berkata, sudah beberapa kali beliau mencadangkan kepada kepimpinan MCA agar parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN).

Cadangan ini beliau buat kerana marahkan sikap buruk beberapa kerat pemimpin Umno yang mereka buat melalui kenyataan dan sikap mereka. Chua berkata demikian dalam ceramahnya di Kuantan malam tadi.

Chua adalah bekas Naib Presiden MCA. Baru-baru ini Chua telah mengisytiharkan diri keluar dari MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semasa dalam MCA, Chua pernah dua kali mencuba menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden, tetapi dalam kedua-dua percubaan, beliau ditolak oleh perwakilan.

Mengulas tentang ini, Chua dalam ceramahnya di sini semalam mendedahkan yang beliau ditolak kerana beliau telah beberapa kali mencadang dan menyarankan agar MCA membuat ketetapan keluar dari BN jika perangai beberapa kerat pemimpin Umno tidak berubah.

Bahkan dalam satu langkah yang dikira drastik, Chua pernah mengusulkan satu resolusi supaya semua menteri, timbalan menteri, exco kerajaan negeri dan wakil rakyat MCA meletak jawatan jika Umno tidak berubah dan terus membohongi rakyat. Malangnya resolusi beliau ini telah ditolak.

Chua dalam ceramahnya semalam juga menjelaskan tentang tindakannya menyertai PKR. Ujar beliau keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, apalagi perkhidmatannya bersama MCA selama 33 tahun bukanlah satu tempoh masa yang pendek.

Ia bermula bila secara sulit beliau telah berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dalam pertemuan itu Anwar sempat menitipkannya senaskah manifesto PKR, yang kemudiannya didapati begitu selari dengan perubahan yang cuba dibawanya ke dalam MCA dahulu.

Walaupun memutuskan untuk keluar MCA dan menyertai PKR adalah keputusan yang agak berat, dan sudah tentu mengundang banyak kejutan dari kalangan banyak pihak, namun Chua rela meninggalkan segalanya semata-mata perjuangan perubahannya untuk kebaikan rakyat.

Tambah Chua, beliau kini rasa bebas dan puas terutamanya bila bersuara untuk rakyat kerana beliau tidak lagi perlu berselindung seperti dalam kerajaan dan dalam MCA/BN dahulu.

Chua percaya bahawa era politik berasaskan kaum dan perkauman sudah berakhir. Mana-mana pergerakan politik yang mahu mencuba nasib pada masa ini haruslah membawa aspirasi rakyat yang pelbagai kaum dan latar belakang.

Dalam ceramahnya semalam, Chua menegaskan keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu adalah bukti akan kepercayaannya ini, BN hanya mendapat 46 peratus undi popular!

BN kalah di semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Kangar dan Johor Baru, BN hanya menang satu dari sebelas kerusi parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi Chua tidak ada kesimpulan lain yang boleh dibuat dari angka-angka ini melainkan hanya satu, ini adalah bukti kukuh yang rakyat telah menolak Umno dan BN. -Zukri Aksah


Era Najib Altantuya : UMNO Begitu Takut Dgn Anwar - Dr Jeffrey

Tindakan UMNO Johor untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa takutnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin tertinggi parti itu.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, kedudukan UMNO dilihat semakin tergugat dengan reputasi Anwar yang berjaya mendapat sokongan daripada rakyat.

"Kita dapat lihat semakin lama Anwar semakin mendapat peluang daripada rakyat untuk menyokongnya dan situasi ini menimbulkan ketidakselesaan UMNO-BN.

“Kebanyakan penyokong UMNO sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan. Oleh sebab itu mereka menggunakan perhimpunan untuk mengutuk beliau (Anwar) sebagai satu cara menyatakan bahayanya pemimpin tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Padang Merdeka, Batu Pahat dalam waktu terdekat bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dr Jeffrey berkata, UMNO kemungkinan mula menyedari bahawa kehadiran Anwar dalam politik akan menjejaskan kedudukan mereka dalam pembentukan kerajaan yang sedia ada kini.

“Jadi ini cara mereka (UMNO-BN) untuk menutup suara beliau dengan memberi tanggapan negatif terhadapnya.

“Anwar bukan pengkhianat tetapi beliau sebenarnya penyelamat negara,” katanya.

Menyentuh kenyataan Zahid, perhimpunan yang bakal diadakan itu akan mengingatkan kembali Anwar mengenai prinsip yang diperjuangkannya dahulu, menurutnya, dahulu dan sekarang banyak perbezaannya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang relevan suatu ketika dahulu mungkin sudah tidak bersesuaian dalam situasi negara kini.

“Cara mengingatkan itu hanya ingatkan beliau pada waktu itu sahaja kerana mereka bersama dalam kumpulan sama yang banyak memiskinkan Malaysia, menurunkan daya saing dan memperkaya hanya sebilangan orang berkuasa.

“Saya percaya Anwar lebih sedar terhadap dasar perjuangan dahulu. Saya yakin beliau lebih memperjuangkan untuk mencari keadilan,” katanya.

Di samping itu, Dr Jeffrey menyifatkan Anwar mampu menubuhkan satu sistem kerajaan lebih baik daripada dulu. -SH

Najib Altantuya Umum Tangani H1N1 Apabila...

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.


Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.

Titah baginda tersebut dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Najib yang sibuk dengan politiking untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat sehingga mengabaikan wabak H1N1 yang telah mengorbankan 32 rakyat Malaysia dan ratusan malah ribuan lagi sedang diancam maut lantaran wabak tersebut.

Kealpaan Najib begitu nyata sehingga beliau sendiri memeperhebatkan majlis-majlis keramaian dan perhimpunan untuk menagih populariti bagi kepentingan peribadi dan politiknya sepertimana kehadiran beliau di beberapa majlis yang terbuka yang memaksa kehadiran rakyat menyambut beliau.

Bernama melaporkan semalam Najib akan melancarkan satu kempen besar-besaran minggu ini untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya penyakit Influenza A (H1N1) memandangkan wabaknya kini semakin serius.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menyediakan ubat antiviral di hospital dan klinik awam di seluruh negara.

Sehingga hari ini, 32 orang meninggal dunia dan 1,983 orang dijangkiti penyakit itu di negara ini.

"Sudah terhantuk baru tengadah," tegas seorang aktivis masyarakat yang menempelak kenyataan Najib itu.

Era Najib Altantuya : PR Akan Tentang Muhyiddin Habis-habisan

What goes around turns around" - Apa yang anda beri itu yang anda akan dapat semula. Demikian pepatah menyatakan.

Dan demikian juga apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin akan rasai dan perolehi.

Muhyiddin semalam mengingatkan orang Melayu mengenai kononnya ada individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai, demikian lapor Bernama

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.

Beliau cuba berretorika di depan ahli-ahli UMNO untuk menunjukkan kononnya beliaulah jaguh untuk menyelamatkan Melayu. Kononnya beliau wira penyelamat bangsa dan agama.

Sedngkan sejarah mengukirkan bahawa Muhyiddinlah manusia yang telah mengkhianati ugama bangsa dna negara bermula sejak dari zaman beliau menjadi menteri Besar Johor lagi.

"Melayu mana yang lupa bahawa Muhyiddin ini adalah pengkhianat yang sebenarnya apabila bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura," kata seorang pemimpin PR.

Tindakan Muhyiddin yang ononnya menunjukkan beliau seorang wira bangsa hanya akan mengundang serangan yang besar terhadap dirinya sendiri yang ternyata seorang pemimpin hipokrit Melayu yang lebih merbahaya.

"Malah terlalu banyak kenyataan-kenyataan yang dibuat semenjak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mana kenyataan-kenyataan bersifat perkauamn dan cuba menunjukkan beliau ulra-Malay yang sebenarnya lansung tidak layak untuk bergelar TPM," tegas pemimpin PR itu lagi.

Muhyiddin di dalam ucpannya semalam sewaktu merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

Tanpa menjelaskan secara spesifik apa yang dituduhnya itu, beliau terus tegar di dalam mempertahan dasar perkauman UMNO apabila beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Yang anehnya sebelum dari ini beliaulah juga orang yang menyatakan kononnya Pakatan Rakyat umpama retak menanti belah. Sedangkan pada hakikatnya, beliau menyedari Barisan Nasionallah merupakan parti yang bakal hancur dan binasa apabila beliau sendiri telah membuat pengakuan UMNO menemui jalan sukar kini dan apa tah lagi di parti-parti komponen BN sedang bergelandangan dengan masalah rumahtangga masing-masing yang kesemuanya bakal mengaramkan BN ke dasar lauatan yang dalam.

Dan Pakatan Rakyat akan tentang Muhyiddin habis-habisan kerana beliau yang memulainya dahulu sehinggalah nanti orang Melayu seluruhnya akan mengucapkan selamat tenggelam UMNO dan BN !


Najib Altantuya Mahu Guna Ops Pekan Tawan Selangor

Pesan saya, kalau nak menang buat cara nak menang, kata nak menang tetapi perbuatan kita menempah kekalahan.”

Demikian kata Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas cadangan kepemimpinan Umno Bahagian Kuala Selangor yang mahu menggunakan slogan “Ops Pekan” dalam usaha menawan dua dun dan satu kerusi parlimen yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Semasa berucap di dalam mesyuarat Umno bahagian, Ketua Umno Datuk Amiruddin Setro memberitahu kepemimpinan Umno bahagian akan menggunakan slogan “Ops Pekan” sebagai mengambil contoh kekalahan kerusi DUN dan majoriti kecil yang diperolehi Najib dalam pilihan raya umum 1999 lalu yang kemudiannya di menangi semula dalam pilihan raya umum 2004 oleh semua calon BN dengan majoriti yang lebih besar.

Dalam pilihan raya umum 1999 itu, Najib menang dengan 241 undi di Parlimen Pekan sementara DUN Chini tewas kepada calon PKR dan DUN Bebar pula dimenangi calon BN dengan majoriti kecil 827 undi.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum 2004, Najib menang besar dengan majoriti 22,922 undi, DUN Chini dimenangi calon BN majoriti 4,005, DUN Bebar juga calon BN dengan majoriti 3,247 sementara DUN baru iaitu Pulau Manis dan Peramu Jaya turut dimenangi calon BN dengan majoriti 4,491 undi dan 4,163 undi.

“Ops Pekan” yang bakal digunakan oleh kepemimpinan Umno bahagian dan direstui oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri disifatkan sebagai cabaran kepada kepimpinan kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon BN hanya menguasai satu kerusi daripada tiga kerusi yang dipertandingkan di Kuala Selangor. BN hanya menguasai kerusi DUN Jeram sementara Parlimen Kuala Selangor, DUN Melawati dan DUN Ijok dikuasai oleh calon dari Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik adalah DUN Ijok boleh disifatkan sebagai “ibu” kepada titik tolak kemenangan Pakatan Rakyat dan kekalahan BN di peringkat negeri mahupun parlimen. DUN Ijok kini dikuasai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga sebagai Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat.

Persaingan sengit menguasai DUN Ijok bermula dalam pilihan raya kecil pada Mac 2007 antara calon Pakatan Rakyat, Khalid dan calon BN K. Parthiban. DUN Ijok disifatkan sebagai tumpuan kepada sejauhmana kekuatan PKR dan BN dalam mencatatkan sokongan pengundi di peringkat negeri mahupun negara.

Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil ini, DUN Ijok berjaya dikekalkan oleh calon BN dengan majoriti yang besar berbanding pilihan raya umum 2004 lalu. Menyedari hakikat ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengistiharan “Semangat Ijok” yang dilancarkan di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Malewar pada 3 Mei 2007.

“Semangat Ijok” disifatkan sebagai titik tolak kepada kejayaan Pakatan Rakyat telah menimpa kegemilangan dalam sejarah pilihan raya umum ke-12 lalu. DUN Ijok mencatatkan sejarah apabila Khalid dari PKR berjaya menewaskan calon BN, Datuk Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi. Selain itu, beberapa buah negeri telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat sementara di peringkat Parlimen pula Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan kuasai 2/3.

Dalam ucapan perasmian ini, Najib memberitahu beliau telah bermukim dua minggu semasa mengetuai jentera BN dalam pilihanraya kecil DUN ini. "Saya berada di sini selama dua minggu pada Mac 2007 dengan kita menang majoriti yang besar tetapi tidak sampai setahun pada pilihan raya umum 2008, Ijok telah jatuh ke tangan PKR”.

Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan matlamat kemenangan bagi kerajaan Negeri Selangor, para pemimpin dan ahli Umno mesti sanggup melakukan proses perubahan seperti muhasabah diri, insaf, merendah diri dan berkhidmat untuk semua kaum termasuk dari para penyokong pembangkang.

“Saya juga meminta para pemimpin dan ahli Umno perlu turun padang, mendengar masalah rakyat dan setiap janji mesti ditunaikan serta berlaku adil kepada semua pihak,” katanya.

Katanya lagi, tiada gunanya menjadi ketua bahagian jika tidak menang pilihan raya.

“Apabila orang Pekan kata 'datuk OK' rupa-rupanya 'KO' semasa dalam pilihanraya umum 1999 lalu,” ketika mengimbau kembali sejarah pilihan raya umum 1999 lalu.

"Jadi adalah amat penting jika hitam kata hitam, jangan kata kelabu dan kelabu pula jangan kata putih kerana ia akan menjadi lain semasa pilihan raya,” ujarnya.

Akhirnya, sejauhmana “Ops Pekan” boleh dijadikan strategi BN dan Umno Bahagian bagi mencabar “Semangat Ijok” akan dibuktikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. -shamsuri roslan

Era Najib Altantuya : Populariti Rosmah Macam Beliaulah PM

Datin Seri Rosmah Mansor memecah rekod sebagai isteri perdana menteri Malaysia yang paling popular dan paling kerap muncul dikaca tv, bahkan mengatasi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Demikian pandangan Ahli Parlimen Seputih Teressa Kok terhadap Rosmah.

Terbaru, Rosmah dilaporkan mempunyai laman webnya sendiri yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Dan Pengurusan Ketua Esekutif (SMPKE) yang bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kegiatan sehariannya khususnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri perdana menteri.

Berita Harian edisi 5 Ogos 2009 melaporkan Rosmah hadir ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi merasmikan laman webnya dengan capaian www.pmo.gov.my/datinrosmah.

Apa yang dipertikaikan pelbagai pihak dan pemerhati politik adalah Rosmah telah menyalahgunakan sumber pejabat suaminya untuk kepentingan peribadi beliau dalam usaha mengapungkan dirinya dimata masyarakat Malaysia.

"Saya tengok Rosmah sudah ada laman webnya sendiri. Saya rasa agak hairan sebab dia isteri perdana menteri yang paling banyak kali muncul dalam kaca tv dan media. Kadang- kadang berita dia lebih banyak keluar berbanding suaminya. Saya tidak kisah kalau dia ada laman web atau blog. Tapi apakah kelayakan dia sebagai iateri perdana menteri menggunakan laman web perdana menteri ? Sebab dia bukan anggota kerajaan. Dia hanya isteri perdana menteri sahaja. Isteri perdana menteri yang gunakan kedudukannya menjadikan dirinya begitu popular, di blog, laman web dan media. Muncul tiap -tiap hari. Adakah beliau sendiri ingin menjadikan dirinya orang yang memanipulasikan perdana menteri atau kerajaan kita ?," ujar Teressa.

Rosmah sebelum ini dihambat kontroversi apabila video 'Rosmah Puaka' disebarkan secara meluas melalui capaian youtube. Beliau juga menarik perhatian ramai apabila nyaris menjadi mangsa ketidakpuasan hati mahasiswa yang nekad mensabotaj lawatannya di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam baru- baru ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan Rosmah gagal mendisiplinkan diri dan terjerumus mencampuradukkan kepentingan peribadinya dengan kuasa suaminya sebagai seorang perdana menteri.

"Ada perbezaan isteri perdana menteri memang ada keistimewaan. Seperti di Amerika Syarikat, 'first lady' diberi pengawal keselamatan dan kereta. Tetapi pernah suatu ketika anak Presiden Bill Clinton, Chelsea Clinton menemani bapanya ke luar negara. Orang tanya siapa yang bayar kos anak presiden? Dia kata 'saya sudah buat satu kesilapan. Saya akan bayar balik'. Ini membezakan di Amerika Syarikat apa yang 'first lady' boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi di Malaysia kita sudah bercampur aduk. Kita mempersoalkan adakah dia boleh guanakan laman web perdana menteri ?,'" kata Santiago. -TVA



Era Najib Altantuya : SPR Cari Jalan Batalkan Kemenangan PAS Di Permatang Pasir

Amaran SPR: Kemenangan Pas di Ptg Pasir Akan Dibatalkan!!!

Belum pun hari penamaan calon, belumpun hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun membayangkan siapa pemenangnya dan tindakan yang bakal diambil kepada pemenangnya.

Ini berikutan amaran keras Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bahawa pihaknya akan membatalkan kemenangan "mana-mana calon" sekiranya terdapat laporan dan bukti adanya kempen oleh parti calon berkenaan pada hari pengundian.

Siapa "mana-mana calon" yang dimaksudkan oleh Pengerusi SPR itu? Adakah ia calon BN? Pastinya ia bukan calon BN. Ini kerana pertama, berdasarklan sejarah pilihanraya lalu, SPR tidak pernah menghukum BN atas kesalahan sebesar mana pun yang dilakukannya. Tapi jika yang melakukannya pembangkang, kesalahan kecil pun boleh diperbesar-besarkannya. Jadi kita boleh membuat andaian dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, BN "tidak akan dilihat melakukan kesalahan pilihanraya", walaupun melakukannya.

Kedua, berdasarkan rekod siri pilihanraya-pilihanraya Permatang Pasir yang lalu, pemenang mutlaknya ialah Pas. BN tidak pernah memenanginya kecuali ketika Anwar Ibrahim masih di dalam Umno dahulu.Jadi kita boleh membuat andaian SPR menujukan amaran akan membatalkan kemenangan pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos itu kepada Pas. Jika Pas menang dalam pilihanraya itu, kemenangannya akan dibatalkan atas alasan berkempen pada hari pengundian.

Tapi jika pada hari pengundian, Pas tidak berkempen adakah kemenangan calonnya tidak dibatalkan? Jawapannya ia belum tentu kerana bagi sebuah organisasi kaya raya seperti BN dan sebuah komponen BN bergelar SPR, permainan silap mata adalah perkara biasa. Mudah saja SPR mengadakan bukti untuk BN, seperti semudah mereka memadam bukti yang disampaikan PR kepada mereka.

Jadi kepada jentera pilihanraya Pas dan PR, berhati-hatilah sepanjang kempen berlangsung. Ingat: SPR sudah memberi amaran dan amaran itu bukan main-main. Bersiap sedialah untuk merasai rasa kepedihan sebuah kemenangan yang dibatalkan!!! -pendikargungungkriang


Era Najib Altantuya : PKFZ - Kuala Dimensi Minta Bayaran Hingga RM1 Bilion

Pengurusan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan polis terhadap Kuala Dimesi Sdn. Bhd. (KDSB) ekoran percubaan mengenakan bayaran melampau antara RM500 juta dan RM1 bilion dalam mengendalikan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), lapor MSTAR.

Elemen itu dikesan oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat aspek perundangan dan kewangan PKFZ.

Kuala Dimensi merupakan pemaju utama projek PKFZ.

Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng berkata, anggota PKA telah mengadakan pertemuan pagi tadi untuk membincangkan kandungan laporan penuh yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk pada 10 Jun lalu bagi melihat secara mendalam dan terperinci akan aspek-aspek perundangan dan kewangan projek PKFZ dan juga PKA ekoran laporan yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers baru-baru ini.

"Kami juga telah membincangkan secara panjang lebar akan misalan berlakunya tuntutan-tuntutan yang tidak teratur atau tidak mengikut peraturan yang serius, kecuaian, salahlaku dan lain-lain tindak tanduk yang tidak mengikut peraturan termasuklah isu kegagalan melaksanakan beberapa aspek dalam perjanjian," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, memandangkan kemungkinan terdapatnya unsur-unsur tuntutan yang tidak mengikut peraturan dan kesemua ini melibatkan wang rakyat, maka PKA telah mengeluarkan arahan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Klang esok.

Lee sendiri akan membuat laporan itu pada pukul 11 pagi.



Era Najib Altantuya : PKFZ - Kuala Dimensi Minta Bayaran Hingga RM1 Bilion

Pengurusan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan polis terhadap Kuala Dimesi Sdn. Bhd. (KDSB) ekoran percubaan mengenakan bayaran melampau antara RM500 juta dan RM1 bilion dalam mengendalikan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), lapor MSTAR.

Elemen itu dikesan oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat aspek perundangan dan kewangan PKFZ.

Kuala Dimensi merupakan pemaju utama projek PKFZ.

Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng berkata, anggota PKA telah mengadakan pertemuan pagi tadi untuk membincangkan kandungan laporan penuh yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk pada 10 Jun lalu bagi melihat secara mendalam dan terperinci akan aspek-aspek perundangan dan kewangan projek PKFZ dan juga PKA ekoran laporan yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers baru-baru ini.

"Kami juga telah membincangkan secara panjang lebar akan misalan berlakunya tuntutan-tuntutan yang tidak teratur atau tidak mengikut peraturan yang serius, kecuaian, salahlaku dan lain-lain tindak tanduk yang tidak mengikut peraturan termasuklah isu kegagalan melaksanakan beberapa aspek dalam perjanjian," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, memandangkan kemungkinan terdapatnya unsur-unsur tuntutan yang tidak mengikut peraturan dan kesemua ini melibatkan wang rakyat, maka PKA telah mengeluarkan arahan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Klang esok.

Lee sendiri akan membuat laporan itu pada pukul 11 pagi.



Era Najib Altantuya : SUARAM Pulau Pinang Edar Risalah Mansuh ISA

<Suara Rakyat Malaysia SUARAM cawangan Pulau Pinang akan mengedarkan risalah mengenai mansuhkan ISA kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu dalam usaha mempercepatkan pemansuhan akta zalim berkenaan.

SUARAM berharap ADUN- ADUN ini akan mengetengahkan isu akta zalim ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang, selain dari turut turun padang mengedar risalah dan menyedarkan masyarakat sekeliling mereka bahana akta yang menjadi senjata politik UMNO Barisan Nasional sekian lama.

Penyelaras SUARAM, Lau Shu Shi menjelaskan gerakan hak asasi manusia ini mengisytiharkan bulan Ogos sebagai bulan menggesa pemerintah memandang serius suara rakyat yang mahukan akta penjajah ini dimansuhkan serta merta.

Menurut Shu Shi, pihaknya sudah pun mengadakan kempen mengedarkan risalah ini di negeri Perak dan Kuala Lumpur. Sasaran mereka kini di Pulau Mutiara.

1 Ogos lalu, genaplah ulangtahun ke 49 penubuhan ISA. Tarikh itu juga menyaksikan satu perhimpunan besar besaran diadakan bagi memberi amaran keras kepada jentera kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak bahawa rakyat mahukan akta yang sudah lagi tidak relevan dimansuhkan.

Perhimpunan yang pada mulanya aman, diakhiri dengan suasana kecoh apabila pihak polis bertindak menggunakan kekerasan bagi memaksa orang ramai bersurai.

Kerajaan jajahan Najib juga sekali lagi dimalukan apabila Kementerian Dalam Negeri KDN melalui laman webnya mengadakan undian atas talian berhubung isu ISA. Apa yang mengejutkan undian setakat jam 7 malam tadi menyaksikan sebanyak 90 peratus responden iaitu 12,691 orang dari 14,089 orang mahukan akta itu dimansuhkan.

Najib juga ibarat menerima tamparan hebat apabila seramai 11,931 orang dari 16,406 orang bersamaan 73 peratus responden mengatakan akta ini akta zalim walaupun pimpinan UMNO Barisan Nasional mati matian mengatakan akta ini akta yang relevan.

Keberanian rakyat Malaysia bersatu hati meneruskan perhimpuan menentang pelaksanaan ISA mula mendapat perhatian. Stesen tv antarabangsa Al- Jazeera menyiarkan acara gergasi itu secara langsung menerusi stesen tv mereka.

Persoalannya kini adakah pemerintah negara ini berani memansuhkan akta yang selama ini menjadi senjata politik mereka dan berdepan dengan rakyat jelata ? - TVA