Dan demikian juga apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin akan rasai dan perolehi.
Muhyiddin semalam mengingatkan orang Melayu mengenai kononnya ada individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.
Beliau berkata individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai, demikian lapor Bernama
"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.
Beliau cuba berretorika di depan ahli-ahli UMNO untuk menunjukkan kononnya beliaulah jaguh untuk menyelamatkan Melayu. Kononnya beliau wira penyelamat bangsa dan agama.
Sedngkan sejarah mengukirkan bahawa Muhyiddinlah manusia yang telah mengkhianati ugama bangsa dna negara bermula sejak dari zaman beliau menjadi menteri Besar Johor lagi.
"Melayu mana yang lupa bahawa Muhyiddin ini adalah pengkhianat yang sebenarnya apabila bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura," kata seorang pemimpin PR.
Tindakan Muhyiddin yang ononnya menunjukkan beliau seorang wira bangsa hanya akan mengundang serangan yang besar terhadap dirinya sendiri yang ternyata seorang pemimpin hipokrit Melayu yang lebih merbahaya.
"Malah terlalu banyak kenyataan-kenyataan yang dibuat semenjak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mana kenyataan-kenyataan bersifat perkauamn dan cuba menunjukkan beliau ulra-Malay yang sebenarnya lansung tidak layak untuk bergelar TPM," tegas pemimpin PR itu lagi.
Muhyiddin di dalam ucpannya semalam sewaktu merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.
Tanpa menjelaskan secara spesifik apa yang dituduhnya itu, beliau terus tegar di dalam mempertahan dasar perkauman UMNO apabila beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Yang anehnya sebelum dari ini beliaulah juga orang yang menyatakan kononnya Pakatan Rakyat umpama retak menanti belah. Sedangkan pada hakikatnya, beliau menyedari Barisan Nasionallah merupakan parti yang bakal hancur dan binasa apabila beliau sendiri telah membuat pengakuan UMNO menemui jalan sukar kini dan apa tah lagi di parti-parti komponen BN sedang bergelandangan dengan masalah rumahtangga masing-masing yang kesemuanya bakal mengaramkan BN ke dasar lauatan yang dalam.
Dan Pakatan Rakyat akan tentang Muhyiddin habis-habisan kerana beliau yang memulainya dahulu sehinggalah nanti orang Melayu seluruhnya akan mengucapkan selamat tenggelam UMNO dan BN !
Dan siapakah yang menjadi pengkhianat menggadai tanah kepada singapore untuk dijadikan empangan di Kota Tinggi...??
BalasPadamhttp://anakperelihblog.blogspot.com/
kita harus tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin sehabis-habisnya sebab dia lah orangnya menukar cuti hari jumaat ke ahad di Johor. Manusia yang menggalakan runtuhnya akidah umat islam di Johor. Saya adalah penduduk di Parlimen Pagoh apa yang disumbangkannya kepada pengundi di sana? kehancuran pemuda-pemudi di sana terutamanya penduduk felda, arak dan dadah sangat tinggi, sehingga kini kadar remaja hisap rokok amat tinggi di kampung-kampung apa dia buat. Banyak tanah-tanah melayu hilang ditangan orang bukan melayu. Beritahu dia jaga orang-orang di Pagoh dulu baru nak betulkan orang ditempat lain.
BalasPadam